Monday, May 26, 2008

Poligami - Mampukah anda Berlaku Adil?

Berkahwin lebih dari satu sering menjadi tajuk perbualan rancak, tak kiralah sesama remaja, lebih-lebih lagi kalangan yang dewasa dan yang tua-tua. Ia bukan hanya menjadi bualan di kedai-kedai kopi, pusat-pusat hiburan malah di serambi masjid dan surau juga kadangkala. Lantaran Islam membenarkan poligami, namun tidak ramai pula menimbangkan secara serius syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka yang berniat untuk berbuat demikian, sekadar bersuka-suka membayangkan yang enak dan indah-indah belaka.


Walaupun ianya dibenarkan Islam dengan pelbagai syarat dan sememangnya merangsang naluri lelaki, namun tidak ramai yang tergamak mengamalkannya.

Saya secara peribadi merasakan diri saya tidak layak, apalagi menghayati ayat-ayat Allah yang terselit dengan syarat-syarat yang sangat berat itu. Allah swt berfirman:

.....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..... (an Nisa:3)

Memang nafsu sentiasa menghambat kehidupan seseorang lelaki normal, dengan lampu hijau yang diberikan, apakah nafsu semata-mata menjadi kriterianya? Bagaimana pula dengan keadilan yang merupakan prasyaratnya? Mungkin ada yang mampu berlaku adil, tetapi saya rasa saya tidak. Adil bukan sekadar berbahagi-bahagi hari sesama isteri, adil juga dari sudut nafkah belanja, bagaimana pula saikolgi anak-anak?

Saya tidak bermaksud mahu menyinggung mereka yang sedang mengamalkannya, teruskanlah selagi mana anda memenuhi syarat-syaratnya. Saya yang tidak mampu lalu kerana itu saya menyuarakannya di sini. Melihat wajah gembira Mohamed Nor Awang di dada-dada akhbar berserta tiga isterinya, saya hairan bagaimana beliau mampu? Mungkin dari sudut batinnya beliau serba mampu, tetapi dari aspek yang lain?

Terus terang saya nyatakan kadangkala saya merasakan saya tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak saya sendiri, ada yang lebih saya manjakan, ada yang kurang. Malah terhadap isteri saya yang seorang pun kadangkala saya merasakan saya berlaku tidak adil kepada beliau, terlalu membebankannya, membiarkannya menguruskan hal anak-anak dan rumah sedang saya sibuk dengan tugas-tugas saya. Oleh itu bagaimana mereka yang berpoligami, anak-anak dari isteri-isteri yang lain, bagaimana dengan percutian, bagaimana dengan pakaian, bagaimana dengan belanja, memang saya tidak boleh bayangkan.

Nabi Muhammad saw sebagai penghulu dan pemimpin kita memang tidak siapa pertikaikan, jangankan terhadap isteri-isteri Baginda malah kepada umatnya, di bawah bimbingan Allah swt beliau memang adil. Tetapi siapalah kita berbanding Baginda?


Kalau dengan pendapatan RM1,500 sebulan Mohamed Nor dapat hidup dengan adil dan sakasama menanggung 3 isteri dan 18 orang anaknya serta mahu menambah pula seorang lagi isteri, bagi saya memang beliau insan luar biasa yang perlu dicontohi mereka yang lain. Tetapi jika tidak, saya merasakan beliau hanya menyalah-gunakan kelonggaran yang diberi oleh Islam, sekaligus memberi kesan yang buruk kepada agama.

Dipetik dari http://n32.blogspot.com/2008/05/mampukah-anda-berlaku-adil-berkahwin.html

ana tengah survey2 blog beberapa org sahabat tadi..terjumpa artikel pasal poligami.. bicara tentang plogami nih, semua suka lebih2 lagi kaum lelaki..tapi lain pula dengan kaum wanita..isu ni memang sensitif sikit :)

Menurut pandangan ana yang tak seberapa ni, poligami adalah suruhan Allah Ta'ala yang Maha Adil lagi Maha Penyayang.. setiap kejadian dan suruhan Allah pastilah menyimpan seribu hikmah yang tak mampu dicapai dek akal fikiran kita.. Setiap kali bicara poligami, golongan yang paling menentang dan benci pasal isu nih tak lain tak bukan adalah kaum wanita.. ana bukan nak bincang pasal kedengkian dan kebencian wanita.. nantilah insyaAllah ada keizinan Allah Ta'ala, ada susulannya pula kenapa wanita sekarang tak sukakan poligami..

Merujuk pada tajuk sang penulis "Mampukah anda berlaku adil" adalah merujuk pada kaum lelaki bagaimana kemampuan mereka untuk berlaku adil dalam mendidik isteri2 yang ramai, anak2 yang ramai, malah ahli keluarga belah isteri yang ramai..Alhamdulillah segala pujian hanya milik Allah yang menjadikan poligami adalah perkara mudah bagi kaum wanita yang memerlukan.

Ana sukakan poligami :) tapi bukan bermakna ana suka nak dipoligamikan..huhu.. cukuplah hanya Dia yang Maha Tahu hikmah di sebalik kejadian-Nya..ana percaya ada juga segelintir wanita di luar sana yang cintakan Allah dan Rasul-Nya tak kisahkan poligami asal sahaja suami mampu berlaku adil..

Bicara tentang adil, ia mestilah berhubungkait dengan iman seseorang juga.. Adil bukanlah bermaksud adil dalam memberikan nafkah zahir dan batin sahaja.. tapi segala galanya..zahir dan batin, fizikal dan mental, luar dan dalam..segala galanya kena adil.. apa nak bg makan kat isteri pertama, kenalah sama dengan isteri2 yang lain..isteri pertama tak bleh lebih dari isteri2 yang lain (nanti isteri2 lain cemburu). Isteri2 yang lain tak bleh cantik dari isteri pertama (takut isteri pertama pulak makan hati, tp susahlah.. sedangkan suami skarang nak cari isteri yang lebih cantik..no komen la). Selain itu, perkara2 remeh pun turut diambil kira bak kata penulis artikel di atas seperti percutian, perbelanjaan, etc.

"Barang siapa yang mengahwini dua perempuan, sedangkan ia tidak bisa berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 168, nomor hadis: 9049).

Ana tak salahkan mahupun menghukum andainya setiap lelaki berniat untuk berpoligami (sdh menjadi lumrah agaknya), tapi sekurang2nya tuntutlah ilmu terlebih dahulu.. bukan mudah utk kita melakukan sesuatu tindakan tanpa ilmu yang benar.. rujuklah Kitab Suci al-Quran, rujuk lah sunnah2 Baginda S.A.W..insyaAllah, tujuan berpoligami bkn utk suka2 menurut hawa nafsu sahaja, tetapi matlamat utama perkahwinan adalah untuk memartabatkan agama Allah yang suci.. melahirkan generasi da'ei dan seterusnya memberikan kemuliaan untuk para wanita sebagaimana Allah telah memuliakan wanita makhluk ciptaan-Nya.

Setiap isteri adalah amanah, anak2 juga amanah..setiap amanah pastilah ditanya oleh Yang Memberikan Amanah tersebut..

"Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan akan ditanyai tentang tanggung jawabnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanya tentang mereka. Seorang laki-laki adalah penanggung jawab atas keluarganya dan kelak dia akan ditanya tentang mereka. Seorang istri adalah penanggung jawab rumah tangga dan anak-anak suaminya, dan kelak akan ditanya. Seorang hamba sahaya adalah penanggung jawab harta tuannya dan kelak dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanyai tentang tanggung jawabnya." (HR. Al-Bukhari no. 5188 dan Muslim no. 1829)

http://rinrinjamrianti.multiply.com/reviews/item/37

No comments: