Friday, May 30, 2008

Kisah Para Sahabat r.a.hum (Bab – Kepahlawanan, keberanian serta keinginan untuk mati syahid)

Bismillah hir Rahman nir Rahim...

Dengan nama Allah...ana nak share lagi beberapa kisah para sahabat yang mulia.. dalam bab peperangan dlm jihad di jalan ALLAH S.W.T..Semoga bermanfaat buat kita yang lemah dalam hanyutan dunia..

1. Do’a Hazrat Abdullah bin Jahsh dan Hazrat Sa’ad r.a.huma

Dalam peperangan Uhud, Hazrat Abdullah bin Jahsh r.a telah berkata kepada Hazrat Sa’ad bin Abi Waqqas r.a, ”Marilah kita berdoa bersama-sama. Setiap orang bedoa sesuai dengan keinginannya dan yang seorang lagi mengaminkan doa itu maka peluang untuk doa itu diterima ialah lebih besar.” Kedua-dua mereka telah pergi ke suatu penjuru dan berdoa.

Mula-mula Hazrat Sa’ad berdoa, ”Ya Allah, esok sewaktu peperangan berlaku, temukanlah untukku seorang lawan yang sangat berani dan dia melawan dengan bersungguh-sungguh. Biarlah dia menyerangku dengan garang dan aku juga menyerangnya dengan hebat. Kemudian kurniakanlah kepadaku kemenangan ke atasnya supaya aku dapat membunuhnya di jalan-Mu dan supaya dapat aku memiliki harta rampasan.” Maka Hazrat Abdullah r.a telah mengatakan ”Amin”.

Selepas itu Hazrat Abdullah r.a pula berdoa, ”Ya Allah, esok dalam medan peperangan, temukanlah aku dengan seorang pahlawan yang akan menyerangku dengan hebat. Aku akan menyerangnya dengan sungguh-sungguh dan dia pun akan melawanku dengan hebat. Kemudian biarlah dia membunuhku lalu memotong hidung dan telingaku. Kemudian pada hari akhirat apabila dibentangkan amalanku di hadapan-Mu, Engkau akan berkata, ”Wahai Abdullah, kenapakah hidung dan telingamu dipotong?” Lalu aku akan menjawab, ”Ya Allah, hidung dan telingaku ini telah dipotong di jalan-Mu dan di jalan Rasul-Mu.” Kemudian Engkau akan berkata, ”Benarlah, ia telah dipotong di jalan-Ku.” Hazrat Sa’ad r.a pun berkata ”Amin”.

Pada keesokan hari, peperangan telah berlaku. Doa kedua-dua mereka telah dimakbulkan sebagaimana yang telah dipinta (Tarikhul-Khamis). Hazrat Sa’ad r.a berkata, ”Doa Abdullah bin Jahsh r.a lebih baik daripada doaku. Pada waktu petang aku dapati telinga dan hidungnya telah dicucuk dengan benang.”

Dalam peperangan Uhud itulah, pedang Hazrat Sa’ad r.a telah patah. Rasulullah S.A.W telah memberi sebatang ranting kepada beliau yang kemudiannya bertukar menjadi pedang sebaik sahaja dipegang oleh beliau. Pedang itu menjadi miliknya untuk beberapa lama dan kemudian dijual dengan harga dua ratus dinar.

2. Keberanian Hazrat Ali r.a dalam Peperangan Uhud.

Orang-orang Islam telah mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud. Sebab utama kekalahan tersebut ialah kerana tentera-tentera Islam tidak melaksanakan satu perintah Nabi S.A.W yang kisahnya ada disebut di hadis yang lain. Pada masa itu, orang Islam dikepung oleh orang kafir. Keadaan ini telah menyebabkan ramai tentera Islam gugur syahid dan ada juga yang lari. Rasulullah S.A.W juga telah dikepung oleh satu kumpulan orang kafir. Mereka telah menyebarkan khabar angin bahawa Rasulullah S.A.W telah syahid. Akibat daripada berita tersebut, para sahabat r.a.hum sangat sedih serta susah hati. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka yang telah lari dan ada yang berpecah ke sana sini.

Hazrat Ali r.a berkata, ”Apabila orang kafir telah mengepung orang-orang Islam dan Rasulullah S.A.W telah hilang daripada pandanganku maka aku telah mencari Baginda S.A.W di kalangan orang yang masih hidup tetapi tidak juga aku temui. Lalu aku mencari Baginda S.A.W di kalangan syuhada. Di situ juga aku tidak menemui Baginda S.A.W. Aku berkata dalam hatiku, ”Tidak mungkin sama sekali Rasulullah S.A.W lari dari medan perang. Nampaknya Allah S.W.T telah murka ke atas kami kerana perbuatan kami. Oleh sebab itu, Allah mengangkat Rasul-Nya yang suci ke langit. Sekarang tidak ada yang lebih baik bagiku kecuali aku juga merempuh ke tengah kumpulan musuh bersama pedangku sehingga aku mati. Aku telah meyerang musuh-musuh dengan pedang sehinggan mereka terlerai dari tengah medan dan serta merta aku ternampak Rasulullah S.A.W.

Aku gembira tidak terkata. Aku yakin bahawa Allah S.W.T telah memelihara kekasih-Nya dengan perantaraan para malaikat. Aku pergi ke sisi Baginda S.A.W dan berdiri di situ. Tiba-tiba satu kumpulan orang kafir telah datang hendak menyerang Rasulullah S.A.W. Baginda berkata, ”Wahai Ali, halaulah mereka.” Aku pun menyerang kumpulan musuh itu berseorangan diri sehinggan aku dapat menghalau mereka dan telah membunuh beberapa orang dari mereka.

Selepas itu, satu lagi kumpulan musuh mara untuk membunuh Rasulullah S.A.W. Baginda pun mengisyaratkan kepadaku. Aku pun menentang mereka berseorangan diri.” Selepas itu Hazrat Jibril a.s datang memuji Hazrat Ali r.a kerana keberanian dan keperwiraannya.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, ”Sesungguhnya dia daripadaku dan aku daripadanya.” Perkara yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W itu ialah penyatuan yang sempurna. Lalu Jibril a.s pun berkata, ”Dan aku daripada kamu berdua.” (Qurratul-’Uyum)

Monday, May 26, 2008

Poligami - Mampukah anda Berlaku Adil?

Berkahwin lebih dari satu sering menjadi tajuk perbualan rancak, tak kiralah sesama remaja, lebih-lebih lagi kalangan yang dewasa dan yang tua-tua. Ia bukan hanya menjadi bualan di kedai-kedai kopi, pusat-pusat hiburan malah di serambi masjid dan surau juga kadangkala. Lantaran Islam membenarkan poligami, namun tidak ramai pula menimbangkan secara serius syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka yang berniat untuk berbuat demikian, sekadar bersuka-suka membayangkan yang enak dan indah-indah belaka.


Walaupun ianya dibenarkan Islam dengan pelbagai syarat dan sememangnya merangsang naluri lelaki, namun tidak ramai yang tergamak mengamalkannya.

Saya secara peribadi merasakan diri saya tidak layak, apalagi menghayati ayat-ayat Allah yang terselit dengan syarat-syarat yang sangat berat itu. Allah swt berfirman:

.....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..... (an Nisa:3)

Memang nafsu sentiasa menghambat kehidupan seseorang lelaki normal, dengan lampu hijau yang diberikan, apakah nafsu semata-mata menjadi kriterianya? Bagaimana pula dengan keadilan yang merupakan prasyaratnya? Mungkin ada yang mampu berlaku adil, tetapi saya rasa saya tidak. Adil bukan sekadar berbahagi-bahagi hari sesama isteri, adil juga dari sudut nafkah belanja, bagaimana pula saikolgi anak-anak?

Saya tidak bermaksud mahu menyinggung mereka yang sedang mengamalkannya, teruskanlah selagi mana anda memenuhi syarat-syaratnya. Saya yang tidak mampu lalu kerana itu saya menyuarakannya di sini. Melihat wajah gembira Mohamed Nor Awang di dada-dada akhbar berserta tiga isterinya, saya hairan bagaimana beliau mampu? Mungkin dari sudut batinnya beliau serba mampu, tetapi dari aspek yang lain?

Terus terang saya nyatakan kadangkala saya merasakan saya tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak saya sendiri, ada yang lebih saya manjakan, ada yang kurang. Malah terhadap isteri saya yang seorang pun kadangkala saya merasakan saya berlaku tidak adil kepada beliau, terlalu membebankannya, membiarkannya menguruskan hal anak-anak dan rumah sedang saya sibuk dengan tugas-tugas saya. Oleh itu bagaimana mereka yang berpoligami, anak-anak dari isteri-isteri yang lain, bagaimana dengan percutian, bagaimana dengan pakaian, bagaimana dengan belanja, memang saya tidak boleh bayangkan.

Nabi Muhammad saw sebagai penghulu dan pemimpin kita memang tidak siapa pertikaikan, jangankan terhadap isteri-isteri Baginda malah kepada umatnya, di bawah bimbingan Allah swt beliau memang adil. Tetapi siapalah kita berbanding Baginda?


Kalau dengan pendapatan RM1,500 sebulan Mohamed Nor dapat hidup dengan adil dan sakasama menanggung 3 isteri dan 18 orang anaknya serta mahu menambah pula seorang lagi isteri, bagi saya memang beliau insan luar biasa yang perlu dicontohi mereka yang lain. Tetapi jika tidak, saya merasakan beliau hanya menyalah-gunakan kelonggaran yang diberi oleh Islam, sekaligus memberi kesan yang buruk kepada agama.

Dipetik dari http://n32.blogspot.com/2008/05/mampukah-anda-berlaku-adil-berkahwin.html

ana tengah survey2 blog beberapa org sahabat tadi..terjumpa artikel pasal poligami.. bicara tentang plogami nih, semua suka lebih2 lagi kaum lelaki..tapi lain pula dengan kaum wanita..isu ni memang sensitif sikit :)

Menurut pandangan ana yang tak seberapa ni, poligami adalah suruhan Allah Ta'ala yang Maha Adil lagi Maha Penyayang.. setiap kejadian dan suruhan Allah pastilah menyimpan seribu hikmah yang tak mampu dicapai dek akal fikiran kita.. Setiap kali bicara poligami, golongan yang paling menentang dan benci pasal isu nih tak lain tak bukan adalah kaum wanita.. ana bukan nak bincang pasal kedengkian dan kebencian wanita.. nantilah insyaAllah ada keizinan Allah Ta'ala, ada susulannya pula kenapa wanita sekarang tak sukakan poligami..

Merujuk pada tajuk sang penulis "Mampukah anda berlaku adil" adalah merujuk pada kaum lelaki bagaimana kemampuan mereka untuk berlaku adil dalam mendidik isteri2 yang ramai, anak2 yang ramai, malah ahli keluarga belah isteri yang ramai..Alhamdulillah segala pujian hanya milik Allah yang menjadikan poligami adalah perkara mudah bagi kaum wanita yang memerlukan.

Ana sukakan poligami :) tapi bukan bermakna ana suka nak dipoligamikan..huhu.. cukuplah hanya Dia yang Maha Tahu hikmah di sebalik kejadian-Nya..ana percaya ada juga segelintir wanita di luar sana yang cintakan Allah dan Rasul-Nya tak kisahkan poligami asal sahaja suami mampu berlaku adil..

Bicara tentang adil, ia mestilah berhubungkait dengan iman seseorang juga.. Adil bukanlah bermaksud adil dalam memberikan nafkah zahir dan batin sahaja.. tapi segala galanya..zahir dan batin, fizikal dan mental, luar dan dalam..segala galanya kena adil.. apa nak bg makan kat isteri pertama, kenalah sama dengan isteri2 yang lain..isteri pertama tak bleh lebih dari isteri2 yang lain (nanti isteri2 lain cemburu). Isteri2 yang lain tak bleh cantik dari isteri pertama (takut isteri pertama pulak makan hati, tp susahlah.. sedangkan suami skarang nak cari isteri yang lebih cantik..no komen la). Selain itu, perkara2 remeh pun turut diambil kira bak kata penulis artikel di atas seperti percutian, perbelanjaan, etc.

"Barang siapa yang mengahwini dua perempuan, sedangkan ia tidak bisa berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 168, nomor hadis: 9049).

Ana tak salahkan mahupun menghukum andainya setiap lelaki berniat untuk berpoligami (sdh menjadi lumrah agaknya), tapi sekurang2nya tuntutlah ilmu terlebih dahulu.. bukan mudah utk kita melakukan sesuatu tindakan tanpa ilmu yang benar.. rujuklah Kitab Suci al-Quran, rujuk lah sunnah2 Baginda S.A.W..insyaAllah, tujuan berpoligami bkn utk suka2 menurut hawa nafsu sahaja, tetapi matlamat utama perkahwinan adalah untuk memartabatkan agama Allah yang suci.. melahirkan generasi da'ei dan seterusnya memberikan kemuliaan untuk para wanita sebagaimana Allah telah memuliakan wanita makhluk ciptaan-Nya.

Setiap isteri adalah amanah, anak2 juga amanah..setiap amanah pastilah ditanya oleh Yang Memberikan Amanah tersebut..

"Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan akan ditanyai tentang tanggung jawabnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanya tentang mereka. Seorang laki-laki adalah penanggung jawab atas keluarganya dan kelak dia akan ditanya tentang mereka. Seorang istri adalah penanggung jawab rumah tangga dan anak-anak suaminya, dan kelak akan ditanya. Seorang hamba sahaya adalah penanggung jawab harta tuannya dan kelak dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanyai tentang tanggung jawabnya." (HR. Al-Bukhari no. 5188 dan Muslim no. 1829)

http://rinrinjamrianti.multiply.com/reviews/item/37

Manisnya Ujian (II)

Bismillah hir Rahman nir Rahim...

Segala puji hanya milik Allah Tuhan seru Sekalian Alam...Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah azza wajalla..demi Zat-Nya yang setiap kehidupan manusia berada dalam genggaman-Nya, kepada Allah lah hamba pasti kembali. Dialah yang memiliki Kekuasaan, tiada yang mampu menghalang-Nya melainkan atas izin-Nya, setiap makhluk yang bergerak adalah atas izin-Nya, hatta makhluk yang sebesar debu pun bergerak atas izin-Nya..Maha Suci ALLAH yang amat Pengasih, amat Penyayang...

”Tiadalah kehidupan dunia itu melainkan hanya mainan belaka, dah sungguh kampung akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-An’aam 6:32 )

Sambungan daripada Manisnya Ujian (1), setiap yang merasai kehidupan, pastilah merasai bagaimana kehidupan ini telah dicipta adalah dengan pelbagai ujian. Ujian sakit, Ujian perit, getir, suka, duka, tawa, gembira, menangis, bahagia. Atas Rahmat Allah lah manusia merasai kehidupan yang sebenar ini.. Inilah dia hakikat hidup yang tiada siapa pun yang tahu sebenarnya.. Hanya Allah Subhana wa Ta’ala yang Maha Tahu hikmah disebalik ujian yang diberikan buat santapan hamba kesayangan-Nya.

Setiap yang mengaku dirinya mukmin mustahil untuk menyalahkan Kekasihnya yang berkuasa mengatur alam maya ini dengan ujian-ujian yang diberati. Maha suci Allah dari menciptakan kehidupan ini dengan sia-sia.. Bukanlah Allah Subhana wa Ta’ala itu lalai, mahupun leka, mahupun tidur.. Maha Suci Allah dari memiliki sifat-sifat manusia yang lemah. Dia lah yang menyusahkan, Dia juga yang meleraikan, Dia yang memeritkan kehidupan ini, Dia juga yang membahagiakannya.. Allahu akbar.

Setiap manusia (mngkn termasuk aku sendiri) yang menghadapi saat-saat getir, pasti tertanya ”kenapalah aku diuji sebegini?” ”Apalah dosaku hingga aku diberikan ujian sebegini?” ”Allah tak kasih kah dengan ku?” Subhanallah...Dengan Rahmat Allah Subhana wa Ta’ala lah manusia merasai ujian, dengan Kasih Sayang Allah lah manusia diberi peluang dengan ujian di dunia ini.. Dengan cinta-Nya lah, Dia masih berkenan untuk menguji sedalam mana ingatan hamba kesayangan-Nya kepada-Nya... Andaikan hidup ini sentiasa suka tanpa duka, apakah kesudahannya?? Andaikan hidup ini penuh dengan gelak tawa tanpa air mata, apa pula kesudahannya?? Padahal Mati itu pasti, musnahlah kehidupan keseronokan dunia yang sebelum ini dikecapi. Bagaimana pula halnya dengan kehidupan insan yang mulia Rasulullah S.A.W dan para sahabat? Mereka diuji dengan ujian yang hebat lagi dasyat. Itulah ketetapan iman mereka.



Bersyukurlah Allah masih berkenan kat kita, Allah masih nampak kita, Allah masih berikan perhatian-Nya kepada kita, Allah masih sayangkan kita, sedangkan Allah yang Maha Mulia tak perlukan kita pun. ”hiduplah dengan sesuka hatimu, tetapi kepada Allah kamu akan dihadirkan”.. Terasa sayu bila tiada siapa yang hiraukan kita, bila ibu bapa tak pedulikan anak2, bila suami tak pedulikan isteri, bila isteri tak pedulikan suami, bila anak2 tak hiraukan mak ayah.. sayu dan sedihnya hanya Allah tempat mengadu.. Tapi fikirkah kita, bila ALLAH tak pandang kita apa kah kesudahannya kelak? Fikir kah kita, bila ALLAH tak nak pandang kita kat akhirat nanti sedangkan saat itulah kita merayu supaya Allah pandang kita dengan belas kasih-Nya..manusia dah tak de upaya masa tu.. Fikir kah kita, bila Allah pandang..hanyalah dengan pandangan kemurkaan-Nya?? Laa haw la wala quwwata illah billah.....

Dunia hanyalah sebuah persinggahan. Seorang ulama’ pernah berkata, kehidupan di dunia adalah ibarat pelayaran seorang pengembara yang menaiki kapal layarnya menuju ke destinasinya yang mengambil masa berhari-hari lamanya. Terdapat banyak tempat persinggahan yang akan dilalui dan disinggahnya.. Tempat2 persinggahan tuh adalah tempat untuk meluaskan perniagaan, mengaut keuntungan dan sebagainya. Andainya dia leka dengan keuntungan yang tak seberapa, maka dia akan ketinggalan dan kapal layarnya akan terus berlayar tanpa menunggunya.. Namun andainya dia prihatin dan tak sabar untuk menuju ke destinasi yang diharapnya, maka sampailah ia dengan selamat dan tenang..(Ana lupa siapa ulama’ tuh, tapi pernah terbaca tentang kata-katanya..wallahu ’alam)

”Sesungguhnya aku hanya mengadukan kesusahan dan duka citaku kepada ALLAH..” (Yusuf : 86)

Alangkah indahnya bila tiap saat Dia diperlukan, tidak kira di kala suka, di kala duka. Indahnya bila hati merintih ada ’sesuatu’ yang Mengetahuinya melebihi diri sendiri yang tahu. Indahnya bila hati resah, ada sesuatu yang melapangkannya. Indahnya bila terasa duka, ada ’sesuatu’ yang menghiburkan. Indahnya bila menangis, ada ’sesuatu’ yang memujuknya. Indahnya bila suka, ada ’sesuatu’ yang mengingatkan..Subhanallah... Dialah yang memiliki Kekuasaan dan Kemampuan.. Maha Suci Allah.. Tenangkanlah hati, redhalah atas setiap ujian, merintih lah di hadapan-Nya, menangislah sepuas-puasnya.. Maha Suci Allah, Dia pasti memujukmu.. kita tak akan kenal Kasih Sayang-Nya andainya tiada usaha untuk mengenali-Nya. Setiap ujian adalah pemberian-Nya, dan Dia pula yang meleraikannya..Usah lah gentar, tingkatkanlah takwa.. hanya takut dan harap yang dapat membantu dalam berhadapan dengan-Nya di akhirat kelak..

Cukuplah Dia yang Mengetahui segala-galanya tentang kita.. Janganlah hirau dengan manusia. Maha Suci Allah yang setiap makhluk berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya manusia itu tiada daya sedikitpun untuk membantu mahupun meleraikan. Hatta orang terdekat sekalipun. Mereka tak mampu sebenarnya melainkan Allah yang bagi mampu..Betapa nikmatnya bilamana setiap ujian dan kedukaan itu hanya diketahui oleh sang punya hati dan Pencipta Hati itu...Di kala hati itu merintih pada Penciptanya, tenanglah hati itu setenang angin yang mendamaikan..

(Muhasabah untuk sang penulis sendiri dan untuk sahabat2 juga...insyaAllah selamat menghadapi ujian Allah..)

Sunday, May 18, 2008

Selamat Hari Guru (16 May 2008)

Bismillahir Rahman nir Rahim..

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam... 16 May yang lepas, merupakan hari guru.. ana tak perasan nak buat artikel pasal hari guru.. Mgkn sebab tak de peristiwa, ataupun mngkn sebab ana pun seorang guru yang tak de ape2..jadi terlupa nak wish utk diri sendiri :) Banyak kemungkinan...Tanggal 16 May tuh, orang pertama yang ana wish Selamat Hari Guru adalah ayahanda.. Beliau seorang guru kat sekolah rendah... Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan dimudahkan segala urusan beliau dalam mendidik anak2 bangsa..amin ya Rabb.. dan orang pertama yang wish ana adalah sahabat ana, ustazah Hadyul Afidah kat kota kinabalu.. ingat dia kat ana.. ntah camna dia bleh ingat..sedangkan ana pun baru 2 bln keja sebagai guru.. mgkn ana ada citer pasal ana dah jadi guru..Allahuakbar, pelupa betul skarang nih...:(

Dan pada hari tuh, ana terima juga sekuntum bunga plastik berbentuk Love dari seorang pelajar ana, comel bunga tuh..time kasih sayang..nama student tuh Nur farhana Syafiqah..beliau baru 4 thn...mesti ummi dia yang belikan bunga tuh untuk bg kat cikgu2 kat sekolah..:) tak kisah lah, ada ker tak der ker.. itu bukan persoalannya..kan?..yang penting dapat didik mereka, dapat tengok mereka jadi budak2 yang baik..itu sudah cukup..alhamdulillah...

Pagi tadi walaupun lambat dua hari..huhu :( ana wish juga buat lecturer2 ana kat Unitar, masa belajar dulu..sebenarnya tiap kali hari guru, ana nih selalu ambil lewa.. kadang2 wish, kadang2 tak.. ish.. bukanlah maksudnya ana lupa kat dorang...tapi selalunya msti terlupa bila tarikh hari guru tuh.. ehehe..dasyat punya student la ana nih...alhamdulillah, tak sangka mereka masih ingat kat ana.. ada yang bertanya khabar dan tanya tentang kerjaya.. ada juga yang return call semata mata nak tanya khabar.. bagusnya, tak sangka pulak.. rasa terharu bila sorang pensyarah ana, Mr. Nisar Khan call dari negaranya, Pakistan (tak de kat Malaysia). Beliau nih lecturer Statistical Method.. Banyak support utk ana masa study dulu...

Alhamdulillah.. Mereka2 ni lah lecturers yang banyak support ana masa belajar degree dulu.. tak kisah la dari segi dunia ataupun akhirat, tapi mereka tetap mereka..mereka adalah guru yang wajar dihormati...Bagi ana, guru adalah manusia ketiga yang patut dihormati selepas ibu dan ayah...

Bercerita pasal guru lagi, mengingatkan ana pada cikgu2 masa sekolah rendah dan menengah.. Masa sekolah rendah dulu, lain pula ceritanya.. setiap kali ada event tak kisah la hari guru, hari raya, hari raya cina..masa tuh ana ingat tarikh satu persatu... agaknya sebab anak cikgu, mak dan ayah mengajar di sekolah yang sama, ayah pula guru besar di sekolah tersebut.. so tiap kali event, ayah pesan..hari ini hari guru, hari nih hari raya..etc...jadi tiap kali hari guru, semua guru ana bagi card, hari raya pun bagi card termasuk lah yang bukan islam (bkn apa, biasanya klu dah bg kad nih, mereka akan balas balik)..best bila dorang balas kad...ehehehe....itulah kisahnya, apa2 pun ana tak penah lupa dengan cikgu2 masa sekolah rendah dulu.. termasuk lah mak ana, merangkap ustazah dan guru bahasa melayu masa tuh... beliau pulak seorang guru yang garang, sapa tak kenal dengan ustazah Hasnah, mmg kecut perut dibuatnya.. tapi ana jer yang tak takut.. siap panggil ’mak’ lagi kat sekolah, tapi sekali kena sound daa..jangan panggil mak.. panggil ustazah atau cikgu... baik cikgu.. :) sekarang mak dah resign, setelah bertahun2 berkhidmat sebagai guru.. rindu kenangan sekolah dulu... sebagai kanak2 riang, memang masa sekolah dulu adalah kenangan paling hebat yang pernah ana alami.. walaupun mak seorang yang garang, tapi ana tau disebabkan kasih sayang lah mak garang, kalau tak garang..dengan asbabnya tak de la ana mcm sekarang nih...hidup mcm sekarang nih... beliau la guru ana yang paling ana kagumi.. alhamdulillahi Robbul a’lamin....

Cerita pasal sekolah menengah pula.. memang banyak ceritanya, banyak sangat.. dari cikgu yang ikhlas mendidik sampilah cikgu yang suka mengusyar..ana bukanlah seorang pelajar yang pandai, tapi terkenal juga kat sekolah..bukan sebab pandai pun..sebab nakal skit..tak la banyak, skit jer..ehehe... Cikgu yang ana tak penah lupa sampai skarang adalah cikgu Hashimah, guru matematik masa form 5.. dengan asbab beliau dan dengan izin Allah lah ana mula suka belajar matematik dan bersungguh2 dalam matapelajaran nih dan alhamdulillah dgn izin Allah, dikurniakan A dalam SPM... sayang betul kat cikgu nih.. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama beliau...kedua cikgu Rafidah (Allah, lupa nama sebenar..) guru bahasa melayu.. penyayang subhanALLAh cikgu nih... beliau bukan sahaja mendidik tapi juga memberi kasih sayang yang sewajarnya pada pelajar...sayang betul dengan dia, ingat lagi masa beliau nak berpindah ke sekolah kat semenanjung, masa tuh form 5..beliau tak sempat untuk bersama2 kami dalam SPM, ana seminggu juga menangis ingatkan dia, tak lalu makan.. dasyat penangan dia..bukan ana seorang jer yang rasa.. tapi semua pelajar.. Semoga beliau sentiasa dalam pemeliharaan Allah S.W.T di ketika ini..amin ya Rabb....

Seorang lagi cikgu yang ana tak penah lupa..cikgu Adnan nama dia.. Beliau ni org kelantan. Bukan tak bleh lupa apa, tapi beliau nih suka ushar pelajar..aisehmen..termasuk lah ana..:) ingat lagi masa tuh form 3, sebelum cuti sekolah selepas peperiksaan besar PMR, ana dapat satu bungkusan berserta surat biru.. cewah..rupanya biskut coklat.. sedapnya Allahuakbar..sampai skarang ana cari biskut tuh, tapi tak jumpa plak :( tak sangka pulak cikgu nih, rupanya beliau dah berkenan kat ana start dari form 2 lagi...nak ambik ana jadi adik angkat dia...patutlah tiap kali masuk kelas, asyik tersipu malu jer..haha, kelakar kalau ingat balik..tapi tu lah dia kenangan..

Apa pun jasa baik semua guru dan ustaz ustazah yang penah membimbing dan mendidik ana dalam segala hal tidak mungkin dilupakan sampailah akhir hayat.... untuk semua warga guru, bakal guru..sahabat sahabiyah yang dimuliakan Allah S.W.T.. Selamat Hari Guru, semoga beroleh kemenangan dari Allah azza wajalla dalam mendidik anak2 bangsa..amin ya Rabb.. Terima kasih atas sokongan dan nasihat buat ana..

Andainya diizinkan Allah untuk ana berkecimpung dalam kerjaya nih, semoga Allah menunjukkan daku jalan kebenaran dan jalan hidayah dalam mendidik anak2 kelak..amin ya Rabb... apa juga perbuatan dan amanah yang dilakukan dan dipegang kat dunia nih pasti di tanya Allah yang Maha Berkuasa di akhirat kelak..dan aku tak terkecuali.. Maha suci Allah, aku pasti ditanya.. Semoga dengan rahmat-Nya, aku dan guru2 yang lain dan sesiapa pun dapat menjawab setiap amanah yang ditanya oleh Sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Perkasa... amin ya Rabbal a’lamin......

p/s: Tak lupa untuk uztazah Nor aisyah samadi (merangkap kakak angkat yang masih lagi diingati dan dikasihi). Selamat Hari Guru... Andainya beliau terbaca blog nih, semoga jalinan ukhwah kembali terjalin... dah berapa lama tak berhubung semenjak beliau menyambung pelajaran di Mafraq Jordan dan seterusnya berkahwin. Semoga beliau sentiasa dalam pemeliharaan Allah Subhana wa Ta’ala di samping keluarga tersayang....

Saturday, May 17, 2008

Rindu pada makhluk Tuhan..

Assalamualaikum warahmatullah..

Segala puji hanya untuk Allah..yang mengizinkan aku masih di sini.. tanpa-Nya aku tiada apa...malam nih terasa lain macam.. ntah napa la agaknya, agaknya sebab ari ni cuti.. hehe, so tak de aktiviti malam.. kalau kat bangi..malam2 cam ni, tengah masak agaknya..ataupun dah tidur..maklum lah..siang penat bangat, layan anak2 sampai petang..Malam nih dah dua malam ana kat umah (kelana jaya), tanpa ditemani sesiapa..cewah.. sebenarnya, nak luahkan rasa rindu kat aida.. rindunya kat aida hanya Allah yang tahu.. ntah apa agaknya yang dia buat skang.. mesti tengah sibuk melayan keluarga baru..

Alhamdulillah, skang aida dah sarat 2 bulan.. rasa gembira yang teramat.. terasa mcm ana pulak yang nak dapat baby baru..hehe..dah lama ana nantikan cahaya matanya.. alhamdulillah, berkat sabar.. sabar dan sabar...penantian itu pasti tiba.. tu lah yg ana pesan kat dia, sabar.. pasti ada...:) alhamdulillah.. miss u aida...(bila agaknya ko nak baca blog aku nih).

semenjak ketiadaan aida nih, terasa sunyi pula.. ape tak nya, dikala kewujudannya.. dialah tempat berkasih sayang, dialah tempat bermanja, dialah yang memasak untuk ku, dialah teman di kala tgk tv, dialah teman bicara tentang hal2 akhirat dan dunia...:( aiseh cam bercinta plak yee... hehe, suami dia siap cakap yg isterinya ada "apa2" dgn ana.. aisehmen....

Last jumpa aida, adalah dalam 3 mnggu yang lepas.. tapi tak sempat nak beramah mesra, sebab dia nak cepat nak balik kampung... jauh di sudut hati, rasa mcm tak nak berpisah...semoga ukhti sentiasa dalam pemeliharaan Allah S.W.T.. jaga diri baik2 ye.. jgn kandungan tuh baik2..jgn keja kuat sangat.. ada masa, dtg la sini..Semoga ada keizinan-Nya untuk berjumpa..amin..

Fadhilat al-Quran



Hadis 1
Hazrat Anas Radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “sesungguhnya Allah subhana wa ta’ala mempunyai ahli-ahli daripada kalangan manusia.” Para Sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda S.A.W menjawab, “Orang al-Quran adalah ahli-ahli Allah S.W.T dan orang Allah S.W.T yang istimewa.” (Hadis Riwayat Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim dan Ahmad)

Keterangan Hadis
‘Orang al-Quran’ adalah mereka yang sentiasa sibuk membaca al-Quran dan mempunyai hubungan yang istimewa dengan al-Quran. Sudah jelas bahawa mereka lah ahli Allah S.W.T dan orang Allah S.W.T yang istimewa. Telah nyata bahawa apabila seseorang itu sentiasa sibuk dengan al-Quran maka kasih sayang Allah azza wajalla juga sentiasa tertumpu kepadanya.

Sesiapa yang sentiasa berada bersama seseorang pastilah dia ahli orang itu dan menjadi orang yang istimewa baginya. Betapa besarnya fadhilat ini SubhanALLAH, hanya dengan usaha dan susah payah yang sedikit sahaja dapat menjadi orang Allah S.W.T dan dikira sebagai ahli Allah azza wajalla dan mendapat kemuliaan sebagai orang istimewa-Nya.

Hadis 2
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a, RasuluLlah S.A.W bersabda, “Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah S.W.T (masjid), membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan ‘sakinah’ ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah azza wajalla menyebut nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keterangan Hadis
Turunnya ‘sakinah’ telah disebutkan dalam banyak hadis. Terdapat beberapa pendapat di kalangan para ulama hadis mengenai maksud ‘sakinah’. Diriwayatkan bahawa Hazrat Ali r.a menafsirkan ‘sakinah’ sebagai sejenis bayu yang istimewa yang berwajah seperti wajah manusia. Dinukilkan bahawa ‘Allamah Suddi rah. menyatakan ‘sakinah’ ialah nama sebuah mangkuk emas di dalam syurga. Di dalam mangkuk inilah hati-hati para Nabi ‘alahi salam dicuci.

Sesetengah ulama yang lain berpendapat bahawa ‘sakinah’ adalah satu rahmat yang istimewa. Imam Tibri rah. pula bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan ‘sakinah’ adalah ketenteraman hati. Sebahagian yang lain pula mengatakan ‘sakinah’ sebagai ketengan jiwa. Sesetengah ulama menfsirkan ‘sakinah’ sebagai ‘waqar’ (sifat jati diri) dan yang lain pula menafsirkan ‘sakinah’ sebagai malaikat-malaikat. Imam Nawawi rah. berpendapat bahawa ‘sakinah’ merupakan suatu perkara yang terhimpun daripada ketenangan, rahmat dan sebagainya dan turun bersama-sama para Malaikat. Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran:
‘Maka Allah menurunkan ketenanganNya ke atasnya (Muhammad S.A.W)’. At-Taubah : 40.

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman:
‘Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati-hati orang mukmin.’ Al-Fatah : 4.

Hadis 3
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah S.W.T tidak pernah memberi perhatian terhadap sesuatu sebagaimana Dia memberi perhatian kepada seseorang nabi yang membaca al-Quran dengan suara lunak merdu.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Keterangan Hadis
Telah diketahui sebelum ini bahawa Allah S.W.T memberi perhatian yang istimewa kepada perkataan-Nya sendiri. Antara pembaca al-Quran ialah para nabi ‘alaihi salam dan pastinya mereka membaca mengikut kaedah-kaedah pembacaan yang sempurna.

Hadis 4
Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan al-Quran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim).

Keterangan Hadis
Hadis ini bermaksud bahawa jika al-Quran mensyafaati sesiapa sahaja, syafaat al-Quran itu diterima Allah S.W.T. Maksud daripada ‘pembelaan al-Quran, yakni al-Quran akan merayu di mahkamah Allah azza wajalla bagi meninggikan darjat mereka yang menuru perintah-perintah. Sementara mereka yang tidak menunaikan hak-hak, al-Quran akan menuntut, “Kenapa engkau tidak menunaikan hak-hakku?” Sesiapa sahaja yang menyimpan al-Quran dengan baik yakni menurut perintah Allah melalui al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup maka al-Quran akan membawa orang itu ke syurga. Manakala, sesiapa yang membelakangkan al-Quran yakni tidak mengikutinya maka tidak ragu-ragu lagi al-Quran akan mencampakkannya ke dalam api neraka.

Hadis 5
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, “Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya.” Al-Quran pula berkata “Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya.” Maka kedua-dua syafaat itu akan diterima.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tabrani dan Hakim).

Keterangan Hadis
Adalah diberitakan dalam beberapa hadis bahawa al-Quran akan dating sebagai seorang pemuda dan berkata, “Sayalah yang telah menyebabkan engkau berjaga malam dan menyebabkan engkau haus pada waktu siang.” Hadis ini juga membayangkan tuntutan terhadap al-Quran ialah membaca al-Quran dalam solat sunat pada waktu malam. Dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang menggalakkan amalan tersebut.

Justeru, didapati bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.hum kadang-kadang membaca al-Quran sehingga seluruh malam berlalu. SubhanALlah… Diriwayatkan mengenai Hazrat ‘Uthman r.a bahawa kadangkala beliau membaca seluruh al-Quran pada waktu malam dalam satu rakaat witir sahaja. Keadaan yang sama juga dilakukan oleh Hazrat ‘Abdullah bin Zubair r.a, beliau selalu membaca seluruh al-Quran dalam satu malam sahaja. Hazrat Sa’id bin Jubair rah. membaca seluruh al-Quran dalam dua rakaat solat di dalam Ka’bah. Demikianlah juga keadaan ramai lagi ahlullah (orang yang hampir dengan Allah S.W.T) yang lain sebagaimana yang diceritakan oleh Hazrat Muhammad bin Nasr rah. dalam kitabnya Qiyamul-Lail. Wallahu’alam.

Dipetik dari Kitab Taklim Fadhilat Amal (Fadhilat Quran).

Sunday, May 11, 2008

Berita Sahih - RIBENA ada Kandungan Arak!

Assalamualaikum warahmatullah...

Ana baru terima e-mail dari seorang sahabat tentang minuman Ribena..nilah minuman kegemaran ana.. Rasa riang jer bila minum..Allahuakbar, ana nak kongsi maklumat nih, sebab rata-ratanya kat kedai-kedai Malaysia nih tak boikot lagi Ribena nih.. Tak tau lah kalau brand tak sama.. Tapi ana dah lama tak minum, sebab berita nih dah lama ana pernah baca... Semoga kita menitikberatkan hal-hal halal dan haram...amin..

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Manisnya Ujian

Bismillahir Rahman nir Rahim…

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.. Segala puja hanya untuk-Nya.. Segala puji-pujian dan kesyukuran hanya layak untuk-Mu.. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan-Mu..Aku mohon ampun di atas segala dosa akibat kesalahan diri sendiri..ampuni dosa seluruh umat di zaman ini ya Allah sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi menemui-Mu.. kepada-Mu kami pasti kembali…

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan yang mulia.. ahli keluarga baginda..para sahabat baginda dan hamba-hamba yang mengikuti baginda..Tempatkan mereka di kalangan yang tinggi di sisi-Mu…amin ya Rabb….

Kehidupan Rasul junjungan S.A.W amat perit..Hidup dan mati baginda hanya untuk Allah dan umatnya…betapa agungnya cinta baginda untuk Tuhan azza wa jalla..betapa tingginya cinta baginda pada umatnya..subhanALlah… Terlalu sukar hidup kekasih kita yang dikasihi..menitis air mata ini bila mengenangkan hidup Nabi S.A.W daripada kecil menjadi yatim piatu.. Bagaimanalah kehidupannya tanpa ibu bapa sewaktu umur belum cukup lagi…Tak dapat dibayangkan kehidupan ana tanpa ibu bapa…subhanAllah..cukup lah Engkau yang menjadi wali, yang menjadi penolong… Terciptanya baginda S.A.W adalah asbab dari kurniaan Kasih Sayang dan Rahmat-Mu yang Maha Mulia untuk manusia ciptaan-Mu…

Mengenangkan Sirah Rasulullah S.A.W..dan sejarah para sahabat yang memiliki kehidupan yang getir memdorong ana untuk berfikir pada diri sendiri…Andainya dibandingkan ujian yang menimpa atas mereka dengan ujian yang menimpa ana, terlalu jauhnya beza bagaikan langit dan bumi.. tapi dengan ujian yang sedikit pun, diri masih mengeluh, seakan akan tak mampu menghadapinya.. bagaimana halnya dengan insan-insan yang diredhai ini?? SubhanALlah…betapa hinanya diri…

Teringat ana pada hadis Nabi Karim S.A.W riwayat Tirmizi bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, “Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit-bukit di Mekah ini sebagai emas. Aku telah menjawab, “Ya Allah, aku lebih suka sekiranya aku dapat makan pada suatu hari dan aku berlapar pada keesokannya supaya apabila aku berlapar aku akan merayu dan mengingati-Mu dan apabila aku kenyang aku dapat bersyukur dan memuji-Mu.””..SubhanALlah..indahnya kata-kata baginda S.A.W… Syahdunya betapa cukuplah Allah bagi segala-galanya.. Bila kita rasa lapar, tiba-tiba Allah kurniakan makanan depan kita..sampai kita terlupa nak ucap syukur..terlupa bahawa makanan tuh adalah kurniaan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Bila kita kenyang, lupa lagi nak ucap syukur..lupa lagi bahawa Allah yang bagi kenyang…Allahhh… Itu baru satu hadis tentang kezuhudan dan kemiskinan hidup Nabi S.A.W… terlalu banyak hadis-hadis tentang kesusahan hidup Nabi S.A.W dan para sahabat.. insyaAllah, ada kelapangan..ana nak berkongsi sama nanti…insyaAllah ta’ala..

Cukuplah Allah bagi kita..bicara tentang ujian, masing-masing pernah mengalaminya.. Demi Allah yang kita semua berada dalam genggaman-Nya, setiap ujian menyimpan seribu hikmah yang hanya Dia yang Maha Tahu…

“Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia tidak baik bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui.” (A-Baqarah : 216)

Maha suci Allah..tenang mendengar firman dari Allah Subhana wa Ta’ala.. Ya.. memang Dialah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk manusia kesayangan-Nya..Dia juga yang Maha Mengetahui apa yang tidak baik untuk manusia kesayangan-nya.. Andainya dihitung dan direnung betapa dalamnya Kasih Sayang Allah, menitis lah air mata..rindu untuk bertemu-Nya…Terima kasih ya Allah… jadikan hidup ku dan matiku hanya untuk-Mu..

Teringat bait2 lirik lagu dari Mestica kalau tak salah ana (Rahmat ujian),
“Allah rindu mendengarkan, rintihan mu berpanjangan”…

Betapa Allah amat cinta pada hamba-hambaNya yang suka merintih pada-Nya, suka mengadu pada-Nya..suka mencari-Nya di saat suka dan duka…subhanALlah… sukar ana nak gambarkan bagaimana luasnya kasih sayang Allah…cukuplah dia Maha Mengetahui tentang Sifat-sifat-Nya yang Mulia.. Tidak mampu untuk aku memuji Diri-Mu ya Allah sepertimana Engkau memuji Diri-Mu sendiri..wa la haula wa la quwwata illah billah….

Ibarat kita punya kekasih yang amat kita cintai, hati ini pasti akan tenang bila kekasih kita mengadu tentang hal dirinya pada kita..tak kisah hal apa sekalipun, hal tentang khabarnya, tentang masalah kewangan yang dia hadapi..terasa tenang bila mendengar..seolah-olah kita lah manusia yang dia ada di dunia ini..terasa dihargai sangat2… tapi andainya kekasih kita tuh diam jer, tak bagitau apa2 tentang masalahnya..mesti kita pun berkecil hati..”kenapa dia tak bagitau masalah dia pada aku? Apa aku pada dirinya? Dah tak suka kat aku? Dah ada orang lain tempat mengadu?” Itu halnya manusia…Pada Allah lebih2 lah lagi…Segala puji hanya milik Allah..Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan…Allahuakbar!

“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan yang baik-baik, tiadalah kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya. Mereka itu adalah penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.” (Al-A’raf : 42)

Betapa ujian itu adalah selaras dengan tenaga dan daya upaya manusia.. Dalam menjalani ujian Allah, Allah tak pernah lalai..Allah tak pernah leka..Malah Allah sedang teliti..apakah kita sabar atau tak sabar.. andainya sabar dan yakin atas Allah bahawa ujian yang menimpanya adalah semata-mata kerana kasih sayang Allah..maka menang lah dia.. andainya tak sabar dan menyalahkan Allah tentang ujian yang dihadapi, tewaslah dia..wa nau’zubillahi min zalik..maha suci Allah dari menjadikan sesuatu yang sia-sia…

Betapa manisnya ujian itu duhai Allah…andainya kita menghayati betul-betul hikmah ujian yang sebenar, menitis air mata…memang tak tahan.. masakan tidak, di sanalah ada selitan kasih sayang Allah azza wa jalla…Bukan senang nak dapat kasih sayang, lebih2 lagi dari Allah Subhana wa Ta’ala.. yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Agung.. Segala pujian hanya milik Allah yang Maha Perkasa.. Di akhirat nanti, aku pasti merindu saat ini.. saat menghadapi ujian tika hidup di dunia…andainya aku beroleh kemenangan, Rahmat Allah lah yang membantu aku dalam menjalani kehidupan nikmat di akhirat..andainya aku tewas… ujian yang lebih besar lagi akan menimpa diriku di akhirat kelak…Allahu Rabbi…Aku memohon perlindungan-Mu dari azab-Mu yang Maha hebat… aku mohon perlindungan-Mu untuk kedua ibu bapaku dan untuk seluruh umat Islam di alam maya ini…amin ya Rabb

Hazrat Umar r.a berkata, “Sekiranya pada hari kiamat nanti diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam neraka kecuali seorang.” Maka saya masih menaruh harapan dengan rahmat Allah S.W.T bahawa yang seorang itu ialah saya. Jika diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam Syurga kecuali seorang. “Maka saya takut bahawa kerana kelemahan amal perbuatan saya, mungkin yang seorang itu ialah saya.”

Apabila Imam Ahmad bin Hambal rah.a hampir meninggal dunia, beliau telah memanggil anaknya dan berkata, “Perdengarkanlah kepadaku hadis-hadis yang menambahkan harapanku kepada Allah.”

InsyaAllah..semoga dengan izin Allah..akan bersambung.. (Manisnya Ujian II)

Selamat Hari Ibu..

Tanggal 11 May merupakan hari ibu. Hari Ibu?..Rupanya ada spesifikasi dalam menyambut hari ibu. Ana memula tak tau.. tak hafal tarikh pun sebenarnya. Kalau tarikh birthday ana memang hafal..:) ingat nak wish juga buat bonda tersayang yang jauh di mata.. tapi semalam adik ana ada pesan, yang hari ibu nih merupakan hari yang di create oleh kaum yahudi untuk meraihkan Ibu Mary (agama kristian), yang merupakan ibu kepada Nabi Isa ‘alaihis salam yang dipercayai ibu kepada Jesus Christ. Wallahu’alam.. ana tak tau pun.. ingat nak cari artikel tuh dalam mana2 laman web, tapi tak berkesempatan pula..insyaAllah ana cuba cari artikel untuk sejarah hari ibu..

Cerita pasal hari ibu, rasanya semua yang ada ibu tak sabar2 nak meraihkan hari ibu. Sebenarnya, hari ibu tak sepatut dispesifikasikan dengan tarikh. Apa yang penting adalah ingatan kita buat ibu. Itu hanyalah pendapat ana. Setiap hari boleh jadi hari ibu..tak semestinya dengan wish “ma, selamat hari ibu”, “saya sayang ibu”, “ibulah ibu yang terbaik sekali”.. pada hari-hari tertentu.. (setahun sekali pula tuh).. Kasih sayang untuk ibu tiada batasnya.. hari-hari lain (malah tiap-tiap hari) pun boleh luahkan kasih sayang untuk ibu.. Tapi ana tak penah buat macam tuh, agak ralat pula..aiseh..hehe, tapi memang ada niat..wallahu’alam bila? Semoga Allah masih beri ana peluang..Apa pun, setiap kali balik kampung, mesti cium pipi ibu lah.. tanda sayang kat ibu, itu sudah mesti..:)



Apa yang penting adalah ingatan kita buat ibu. Terutamanya dalam doa selepas solat.. Itulah sebaik2 hadiah buat ibu dan ayah khususnya. Biar mereka tak tau. Tapi Allah tahu apa impian kita kat mereka. Diampunkan segala dosa2 mereka.. dijauhkan dari azab neraka, azab akhirat…dikasihani, dipermudahkan segala urusan, dan yang paling penting supaya dapat bagi syafaat kat mereka di akhirat nanti.. tapi hati selalu tertanya, layak kah aku??? Betapa aku hamba hina di hadapan-Mu, terlalu melebih-lebih dalam urusan ku, layak kah aku mendapat habuan? Allahu Rabbi… Bila mengenang dosa, terasa hilang kekuatan untuk berhadapan dengan-Nya..Allahuakbar!...

Tapi aku masih mengharapkan-Nya kerana hanya Dialah Harapan, tempat bergantung.. Kasih sayang-Nya tak pernah luntur, di saat aku memerlukannya. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Semoga aku menjadi anak yang solehah sebagai buah tangan yang tak seberapa untuk kedua ibu bapa yang amat disayangi. Amin yaa Robbal a’lamin..

Happy Mothers Day..

Kisah Para Sahabat r.a.hum – Tiga Orang Sahabat yang Tidak Menyertai Nabi S.A.W ke Tabuk dan Taubat Mereka.

Bismillah hir Rahman nir Rahim..

Terlalu banyak kisah para sahabat yang menyentuh jiwa, kisah yang syahdu untuk dikongsi bersama. Kisah nih adalah antara kisah sahabat r.a.hum kegemaran ana. Setiap kali baca, mesti hiba, mesti nangis.. Betapa teguhnya iman mereka..betapa mereka lah manusia yang diredhai Allah S.W.T.. ntah bila masanya iman kita akan menjadi seperti mereka.. Ikuti kisah mereka…

Dalam peperangan Tabuk selain daripada mereka yang telah diuzurkan, terdapat lebih daripada lapan puluh orang munafik daripada kalangan Ansar dan hamper sebanyak itu juga daripada kalangan orang-orang badwi yang tidak ikut berperang. Di samping itu terdapat satu kumpulan besar daripada mereka yang tinggal di luar Madinah yang bukan setakat tidak bersama orang-orang Islam sebaliknya menghalang orang lain dengan mengatakan,
“Jangan pergi dalam keadaan panas”.

Maka dijawab oleh Allah S.W.T,

“Katakanlah api jahanam lebih panas lagi.”

Selain daripada mereka itu, terdapat tiga orang sahabat yang benar-benar Islam yang tidak menyertai peperangan itu tanpa sebarang uzur yang kuat. Mereka ialah Hazrat Ka’ab bin Malik r.a, Hazrat Hilal bin Umaiyah r.a dan Hazrat Murarah bin Rabi’ r.a. Mereka bertiga tertinggal bukanlah disebabkan kemunafikan ataupun sebarang keuzuran bahkan kemewahanlah yang menjadi sebab ketinggalan mereka. Hazrat Ka’ab r.a akan menceritakan segala-galanya yang telah berlaku tentang peristiwa ini secara terperinci.

Kebun Kurma Hazrat Murarah bin Rabi’ r.a sedang berbuah lebat. Beliau telah berfikir “Sekiranya aku pergi maka semua ini akan sia-sia. Aku sentiasa menyertai pelbagai peperangan maka tidak menjadi kesalahanku jika aku tertinggal pada kali ini.” Oleh sebab itu, beliau tidak menyertai peperangan tersebut. Namun demikian, setelah sedar beliau telah menyedekahkan semua kebunnya pada jalan Allah kerana kebun itulah yang menjadi sebab beliau tertinggal dalam peperangan.

Sementara Hazrat Hilal bin Umaiyah r.a pula, pada masa itu beliau sibuk melayani saudara-maranya yang secara kebetulan telah datang berhimpun di Madinah setelah lama berpergian di merata tempat. Beliau pun telah berfikir, “Aku selalu menyertai peperangan, apa salahnya hanya pada kali ini aku tidak pergi?” kerana itulah beliau tidak menyertai peperangan tersebut. Apabila telah sedar, beliau berniat untuk memutuskan perhubungan dengan semua kaum keluarganya kerana perhubungan itulah yang menjadi punca beliau tidak menyertai peperangan tersebut.

Kisah Hazrat Ka’ab bin Malik r.a banyak didapati dalam hadis-hadis. Beliau sering menceritakan segala yang beliau alami dengan panjang lebar. Beliau berkata, “Aku tidak pernah mempunyai kekuatan dan harta dalam mana-mana peperangan pun sebelum ini sebagaimana keadaanku semasa peperangan Tabuk. Pada masa itu, aku telah memiliki dua ekor unta untuk diriku sendiri. Sebelum ini aku tidak pernah mendapat peluang seperti mana sekarang ini( memiliki dua ekor unta ). Kebiasaanya Baginda S.A.W tidak menjelaskan tempat peperangan akan berlaku. Sebaliknya Baginda S.A.W akan bertanya tentang arah-arah lain.

Namun demikian, untuk peperangan ini, disebabkan cuaca yang tersangat panas dan perjalanan yang amat jauh serta bilangan musuh yang ramai maka Baginda S.A.W telah membuat pengisytiharan terbuka tentang tempat peperangan supaya orang ramai membuat persediaan. Oleh itu satu jemaah yang besar telah bersedia hinggakan sukar untuk menulis nama-nama mereka dalam buku catatan. Perhimpunan telah menjadi begitu besar. Seandainya ada orang yang ingin menyorok untuk melepaskan diri dari pergi berperang dan supaya tidak dapat dikesan maka tidaklah susah baginya.

Disamping itu, buah-buah tamar sedang masak. Setiap hari aku berniat untuk menyediakan bekalan perjalanan untuk peperangan tersebut. Sejak pagi lagi, aku berniat untuk menyediakan bekalan perjalanan, tetapi sehingga petang tidak ada apa-apa pun yang tersedia. Walau bagaimanapun, aku terus berfikir dalam hati bahawa aku mempunyai kemudahan, sekiranya aku mentekadkan azam maka segala-galanya akan berjalan dengan lancar.



Sehinggalah waktu Rasulullah S.A.W bertolak bersama kaum muslimin yang lain, bekalan perjalanan ku masih belum tersedia. Namun demikian aku masih berfikir dan bertekad, dalam sehari dua aku akan bersedia dan akan pergi menyertai Nabi S.A.W. Demikianlah berlaku hari demi hari silih berganti sehingga lah hampir tiba masa Nabi S.A.W sampai ke Tabuk. Pada masa itupun, aku masih berusaha untuk menyediakan bekalan tetapi tidak juga berjaya.. Apabila aku melihat di sekitar Madinah, aku telah mendapati mereka yang telah dikenali dengan kemunafikan ataupun mereka yang telah benar-benar uzur sahaja yang tinggal.

Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Tabuk, Baginda S.A.W telah bertanya, “Ka’ab tidak kelihatan, apakah yang telah berlaku?”

Seorang lelaki telah menjawab, “Kebanggaan terhadap kemewahan hidup telah menghalang beliau.”

Hazrat Mu’az berkata, “Dia telah mengatakan sesuatu yang silap. Sejauh yang kami tahu, Ka’ab ialah seorang yang baik.”

Rasulullah S.A.W sama sekali diam dan tidak berkata apa-apa. Sehinggalah beberapa hari kemudian aku telah mendengar berita tentang kepulangan baginda S.A.W. Berita itu menyebabkan aku sedikit risau dan runsing serta berfikir panjang. Dalam hati, terlintas berbagai-bagai alasan yang direka yang akan ku kemukakan demi menyelamatkan diri dari kemurkaan Baginda S.A.W dan selepas itu aku akan meminta maaf kepada Baginda S.A.W.

Aku juga bermesyuarat dengan orang-orang yang bijaksana di kalangan keluarga ku. Namun setelah aku mengetahui bahawa Nabi S.A.W akan pulang maka hatiku telah membuat keputusan bahawa tanpa sifat benar, tiada satu perkara pun yang boleh memberi kelepasan untuk ku dan aku telah bertekad untuk bercakap benar!..

Menjadi kebiasaan Rasulullah S.A.W apabila pulang dari mana-mana perjalanan, mula-mula sekali baginda S.A.W akan pergi ke masjid dan menunaikan dua rakaat solat tahiyyatul masjid. Baginda S.A.W akan berada di sana beberapa ketika untuk bertemu orang ramai. Pada hari itu pun, Baginda S.A.W telah pergi ke masjid sebagaimana biasa dan orang-orang munafik mula datang dan dengan bersumpah mereka mengemukakan alasan mereka yang dusta. Baginda S.A.W menerima keadaan zahir mereka dan menyerah urusan batin mereka kepada Allah S.W.T.

Dalam pada itu, aku pun mendekati Nabi S.A.W dan memberi salam kepada baginda. Rasulullah S.A.W hanya senyum dan berpaling dariku.

Aku menjadi runsing dan berkata, “Wahai rasulullah, tuan berpaling daripada saya? Saya bersumpah dengan nama Allah, bukanlah saya seorang munafik dan tidak juga ada keraguan terhadap iman saya.”

Nabi S.A.W berkata, “Datanglah ke sini.” Aku menghampiri baginda S.A.W dan terus duduk. Baginda bertanya, “Apakah yang telah menghalangmu? Tidak kah kamu telah membeli beberapa ekor unta?”

Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, seandainya pada masa ini aku berada di sisi mana-mana ahli dunia, aku berkeyakinan akan mendapat kelepasan daripada keadaan ini dengan alasan yang boleh diterima akal kerana Allah S.W.T telah mengurniakan kefasihan bercakap kepadaku. Apabila bersama tuan, aku mengetahui bahawa sekiranya hari ini aku dapat menyukakan tuan dengan pembohongan, tidak lama nanti Allah S.W.T pasti memurkai ku. Jika aku berterus terang dengan tuan maka tuan akan memarahi ku tetapi kemarahan itu tidak lama. Allah akan menghilangkan kemarahan tuan. Oleh sebab itulah aku ingin berterus terang, demi Allah aku tidak ada apa-apa keuzuran dan sebelum ini aku tidak pernah mengecap kelapangan dan kesenangan seperti mana sekarang ini.”

Baginda S.A.W telah bersabda, “Dia bercakap benar.” Lalu bersabda, “Pergilah kamu, ketentuan untuk kamu akan diputuskan sendiri oleh Allah S.W.T.”

Setelah meninggalkan majlis itu, ramai daripada kalangan kaum ku dating dan mencemuh, “Sebelum ini kamu tidak pernah melakukan apa-apa dosa. Sekiranya kamu memberi alasan, kemudia kamu memohon agar Baginda S.A.W beristighfar untuk kamu maka istighfar Baginda sudah cukup kamu.” Aku bertanya kepada mereka, “Adakah sesiapa lagi yang diperlakukan seumpama ini?”

Orang ramai memberitahu bahawa ada dua orang lagi diperlakukan seperti ini. Mereka juga berkata sebagaimana yang aku katakana dan mendapat jawapan yang sama daripada Baginda S.A.W. Mereka adalah Hazrat Hilal bin Umaiyah dan Hazrat Murarah bin Rabi’ r.a.huma. Aku lihat mereka adalah dua lelaki soleh dan juga Badri (gelaran bagi setiap sahabat yg menyertai peperangan Badar) serta mengalami keadaan yang sama seperti diriku. Rasulullah S.A.W juga telah melarang orang ramai daripada bercakap-cakap dengan kami bertiga.

Disebabkan larangan Rasulullah S.A.W itu orang ramai tidak bercakap dengan kami dan mula menjauhkan diri daripada kami. Aku telah merasakan bahawa dunia ini telah berubah hinggakan aku merasa bahawa bumi yang sedemikian luas ini telah menjadi sempit untuk ku. Setiap orang menjadi asing bagi diriku.. Laa hau la wala quwwata iLlah biLlahil a’liyyul a’zim..

Perkara yang amat aku runsingkan adalah andainya aku meninggal dunia tanpa mendapat keampunan Allah dan Rasul-Nya, Rasulullah S.A.W tidak akan menyembahyangkan aku dan kalaulah Rasulullah yang wafat terlebih dahulu, maka aku akan tinggal dalam keadaan demikian untuk selama lamanya tanpa mendapat redha Allah dan Rasul-Nya. Tiada siapa pun yang bercakap dengan ku dan tiada siapa pun yang akan menyembahyangkan jenazah ku. SubhanALlah..aku berada dalam keadaan yang tertekan dan kami berada dalam keadaan sedemikian selama lima puluh hari.

Sejak mula lagi, sahabat2ku yang berdua lagi hanya tinggal di rumah mengurungkan diri. Aku lah yang paling tabah di kalangan mereka. Aku ke sana, aku ke sini, pergi ke pasar, menyertai solah berjemaah tetapi tiada seorang pun yang mempedulikan aku. Aku akan menghadiri majlis majlis Nabi S.A.W dan memberi salam kepada Baginda S.A.W. Dalam penuh perhatian aku merenung bibir Baginda sama ada bergerak untuk menjawab salam ku atau tidak?

Selepas selesai solat fardhu aku pasti akan mendekati baginda untuk solat sunat dan mataku akan mencuri curi pandang ke arah Baginda S.A.W sama ada baginda memandangku atau tidak. Namun, aku terperasan semasa aku dalam solat, baginda akan memandangku dan apabila aku selesai solat dan berpaling ke arahnya, baginda akan mengalihkan wajahnya dan memalingkan diri dariku.. Betapa sukar hidupku dalam keadaan demikian tanpa pandangan Rasulullah S.A.W.

Begitulah keadaan terus berlalu. Keadaan orang Islam tidak bercakap-cakap dengan ku amat membebankan diriku lalu aku pun memanjat dinding rumah Hazrat Abu Qatadah r.a. Beliau ialah sepupu ku dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan ku. Setelah memanjat ke atas, aku pun memberi salam. Beliau tidak menjawab salam ku. Seterusnya aku bertanya dengan bersumpah, “Tidakkah kamu tahu bahawa aku ini kasihkan Allah dan Rasul-Nya?”

Soalan ini tidak dijawab beliau. Sekali lagi aku bersumpah dan bertanya soalan yang sama. Beliau pun masih senyap dan tidak berkata apa-apa. Untuk kali ketiga aku bersumpah dan bertanya lagi. Beliau menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Allahuakbar!

Mendengarkan jawapannya, air mata ku terus mengalir dan aku pun terus pulang.

Pada suatu hari, semasa mengalami keadaan demikian, sedang aku berjalan di pasar Madinah aku terpandang seorang Qibti (orang berbangsa mesir) yang merupakan penganut Nasrani. Dia datang ke Madinah dari Sham untuk menjual hasil pertaniannya. Dia berkata, “Siapakah yang akan menunjukkan kepadaku Ka’ab bin Malik?”

Orang ramai telah menunjukkan kearah ku. Lalu dia datang kepada ku dan menyerahkan surat raja negeri Ghassan yang kafir itu kepada ku. Dalam surat itu tertulis, “Kami telah mendapat khabar bahawa tuan kamu telah menganiyai kamu. Semoga Allah tidak meletakkan kamu di tempat yang hina dan tidak juga mensia-siakan kamu. Datanglah kepada kami, kami akan membantu kamu.” Sebaik sahaja aku membaca surat tersebut, aku terus mengucapkan “Inna lillahi wainna ilaihi raji’un”.

Keadaan ku telah menjadi sedemikian rupa hinggakan orang kafir pun ingin memperdayakan aku dan merancang untuk menghalang aku daripada Islam dengan berbagai-bagai cara. Ini sebenarnya satu lagi musibah yang menimpa ku. Aku telah membawa surat itu dan terus mencampakkan surat itu ke dalam api dapur yang menyala. Selepas itu aku terus pergi menemui Rasulullah S.A.W dan berkata, “Sikap tuan tidak mengendahkan saya menyebabkan saya berada dalam keadaan yang begitu dasyat sehinggakan orang kafir pun beriya untuk memesongkan saya.”

Setelah empat puluh hari berlalu dalam keadaan demikian, datanglah seorang utusan Nabi S.A.W dengan membawa perintah daripada Baginda S.A.W supaya aku meninggalkan isteriku. Aku bertanya, “Apakah yang dikehendaki Nabi S.A.W? Adakah aku harus menceraikannya?”

Jawab beliau, “Tidak, Cuma asingkan diri daripadanya.”
Utusan yang sama juga telah pergi menemui dua sahabatku dengan membawa perintah yang sama. Aku telah berkata kepada isteriku, “Pergilah kamu kepada keluargamu. Tinggallah di sana sehingga Allah S.W.T membuat keputusan terhadap perkara ini.”

Isteri Hazrat Hilal bin Umaiyah telah pergi berjumpa Nabi S.A.W dan memohon kepada Baginda S.A.W, “Hilal r.a ialah seorang yang sangat tua. Jika tiada yang menguruskan beliau maka beliau akan binasa. Sekiranya tidak keberatan bagi pihak tuan izinkanlah saya untuk melakukan sedikit sebanyak khidmat untuk beliau.”

Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak ada halangan sekiranya kamu tidak bersetubuh.” Beliau berkata, “Ya Rasulullah, beliau sudah tidak ada keinginan untuk itu. Semenjak peristiwa itu, sehingga hari ini beliau hanya menghabiskan masanya dengan menangis.”

Hazrat Ka’ab r.a berkata, “Ada orang yang mengesyorkan kepada aku jika kamu pergi meminta kebenaran untuk isterimu berkhidmat kepadamu sebagaimana Hilal r.a maka mungkin juga kamu akan dibenarkan.” Aku menjawab, “Beliau telah tua sementara aku masih muda, tidak tahu apakah jawapan yang bakal ku terima nanti? Oleh sebab itu, aku tidak akan memberanikan diriku untuk merayu.”

Sepuluh hari berlaku dalam keadaan demikian, Kami dilarang dari bercakap dan berjumpa sesiapa sehingga genap lima puluh hari. Pada hari kelima puluh, selepas menunaikan solat subuh aku duduk di atas bumbung rumah dengan penuh dukacita. Dunia begitu sempit bagiku dan untuk meneruskan hidup merupakan suatu yang beban bagi ku. Tiba-tiba dari puncak bukit Sala’ kedengaran suara seorang hamba Allah melaung, “Ka’ab! Berita gembira buatmu.” Mendengarkan suara itu aku terus merebahkan diriku sujud dan menangis kegembiraan kerana meyakini bahawa kesusahan telah berakhir.subhanALlah..

Rasulullah S.A.W telah mengisytiharkan pengampunan untuk kami selepas solat subuh. Dengan itu seorang lelaki telah memanjat bukit dan melaungkan dengan kuat. Suaranya lah yang mula-mula sampai ke pendengaranku. Tidak lama kemudian seorang pembawa berita yang menunggang kuda datang dengan begitu pantas. Oleh kerana terlalu gembira, aku telah menghadiahkan pakaian yang sedang aku pakai kepadanya. Demi Allah, pada masa itu, aku tidak mempunyai pakaian selain daripada dua helai tersebut. Selepas itu aku telah memakai dua helai kain yang dipinjam dan pergi menemui Rasulullah S.A.W. demikian juga orang ramai telah menyampaikan berita gembira itu kepada dua lagi sahabat ku.

Apabila aku tiba di Masjid Nabi, mereka yang sedang berada di majlis Baginda S.A.W bangun dan berlari-lari untuk mengucapkan tahniah kepada ku. Hazrat Abu Talhah r.a ialah orang pertama yang sampai, lalu mengucapkan tahniah dan bersalam dengan ku. Ini lah peristiwa yang tidak akan aku lupakan.

Aku pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W dan memberi salam kepada baginda. Wajah baginda S.A.W berseri-seri. Cahaya kegembiraan terserlah dari wajah baginda S.A.W. Sememangnya dalam keadaan gembira wajah baginda akan bercahaya seumpama bulan purnama. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, sebagai menyempurnakan taubatku, aku ingin membelanjakan semua harta ku di jalan Allah. (kerana keyakinan inilah yang menyebabkan aku berdosa).”

Rasulullah S.A.W bersabda, “Kalau begitu, nanti kamu akan kesempitan. Tinggalkanlah sedikit untukmu.”

Aku menjawab, “Baiklah, aku akan tinggalkan bahagian ku yang diperoleh di Khaibar. Bercakap benarlah yang telah menyelamatkan diriku. Oleh sebab itu aku berjanji untuk sentiasa bercakap benar.” (Durrul-Manthur, Fathul-Bari).

Keterangan
Ana suka betul baca kisah nih…subhanALlah.. seperti yang diketahui, Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja menjadi kekasih Allah Tuhan azza wajalla, bahkan juga baginda adalah kekasih umat muslimin di zaman itu (di zaman ini juga insyaAllah ta’ala). Menjadi suatu adat, bila seorang kekasih merajuk atau berkecil hati dengan pasangannya.. pasangan tersebut akan sedaya upaya untuk menambat hati kekasih tersebut. Dalam kisah ini, matlamat utama para sahabat tak lain tak bukan hanyalah Allah dan Rasul-Nya..

Betapa kita sedihnya bila kekasih hati yang dicintai, yang dipuja, tak nak pandang kita, tak nak tegur, tak nak balas cinta.. hanya disebabkan kesalahan yang dicipta sendiri. Bahkan perasaan cinta Ka’ab r.a kepada kekasihnya (Allah dan Rasul-Nya) disalah erti bila sahabat Abu Qatadah r.a menegaskan cukuplah Allah dan Rasul-Nya yang tahu sama ada Hazrat Ka’ab berdusta tentang perasaannya atau tidak.. SubhanALlah…Tapi akhirnya, berkat sabar.. taubat yang tak putus2, keyakinan yang teguh, keimanan yang mantap, hasil dari bercakap benar..alhamduliLlah segala puji hanya bagi-Nya yang Maha Pengampun, yang amat Pengasih, amat Penyayang…

Inilah dia contoh ketaatan dan sifat keagamaan serta ketakutan kepada Allah S.W.T yang ada pada diri sahabat r.a hum. SubhanALlah. Ketaatan mereka dalam mengharungi lima puluh hari sangat mengagumkan. Hari-hari dihabiskan hanya dengan tangisan. Harta yang menjadi sebab berlakunya peristiwa itu telah disedekahkan. Orang kafir yang cuba memperdayakannya, beliau tidak terpedaya sebaliknya merasa malu dan menyesal..kerana Hazrat Ka’ab r.a menganggap ianya adalah kerana kelemahan agamanya sendiri akibat dari kemurkaan Allah S.W.T dan kemarahan Nabi S.A.W.

Sebagaimana para sahabat, kita juga orang Islam. Sebagaimana perintah Allah dan Rasul-Nya, mereka amat takut bila melakukan sesuatu perkara yang dengannya menimbulkan kemurkaan Allah.. takut taubat mereka tak diterima Allah.. bagaimana halnya kita? Mereka yang diredhai Allah dan Allah redha atas mereka merasa sempitnya dunia ini andainya mendapat kemurkaan Allah…bagaimana hal nya diri ini?? Yang terlalu hina dan kerdil di sisi-Nya? Tapi masih lalai dan leka dan menganggap perintah Allah dan Rasul-Nya seperti angin lalu.. Maha suci Allah…

Kisah Sahabat Dipetik dari Kitab Fadhilat Amal – Kisah Para Sahabat (Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah.a)

Saturday, May 10, 2008

Kematian Sesuatu yang Pasti

Segala puji bagi Allah Tuhan azza wajalla. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon ampun pada-Nya. Kita juga berlindung dengan-Nya dari kejelekan diri dan amalan. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, tiada yang menyesatkannya. Tetapi sesiapa sahaja yang disesatkan oleh-Nya, tiada yang dapat memberi hidayah. Aku bersaksi, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Aku juga bersaksi, bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah S.W.T.

Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau limpahkan selawat bagi Ibrahim AS dan keluarga baginda. Sesungguhnya, Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa. Ya Allah, berkatilah Muhammad S.A.W dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim AS. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan.” (Al-Anbiyaa’ : 35)

Demi Allah kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tiada keraguan di dalamnya. Kematian adalah berita yang benar yang tidak dinodai syak wasangka sedikitpun. Aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih pasti dari kematian. Semua yang menjadi angan-angan akan musnah. Demi Allah, kita semua akan mati. Ia pasti datang dan tiada tempat untuk lari dari-Nya. Ia pasti datang, tiada yang mencegahnya. Ia datang dengan tiba-tiba. Ia tidak pernah mengetuk pintu, tidak pernah datang meminta izin daripadamu terlebih dahulu. Ia sentiasa dekat dengan setiap orang. Ia adalah janji yang diberikan kepadamu dan setiap orang. Semua manusia akan merasai keperitan maut yang membuatkan warna jari memucat.



Wahai pemilik kematian, mengapa engkau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana? Demi Allah, sesungguhnya mati itu pasti. Nafas kita terbatas. Seluruh gerakan kita menuju titik fana. Kalau keputusan Allah adalah perkara yang tetap, bagaimana mungkin seseorang dapat lari dan menghindar darinya? Allah berfirman yang bermaksud:

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhan, kembalikanlah daku (hidup semula ke dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Al-Mu’minun : 99-100)

Takutilah Azab Kubur

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, “Ketika ajal menjemput orang beriman, datanglah kepadanya malaikat rahmat membawa sutera putih. Mereka berkata, “Keluarlah (wahai roh) yang redha dan diredhai menuju Tuhan-Mu yang tidak akan murka serta ketenteraman dan rezeki dari-Nya.” Kemudian roh tersebut keluar seperti hembusan wangian yang harum.”

Setelah itu ia berpindah dari satu malaikat kepada malaikat yang lain hingga berada di pintu langit. Para malaikat bertanya, “betapa wanginya aroma yang kau bawa dari bumi.” Mereka dating membawa roh orang-orang beriman dengan gembira. Kegembiraan mereka melebih seseorang yang menemui barangnya yang hilang. Mereka bertanya, “Apa yang dilakukan oleh si fulan?” Dijawab, “Tinggalkan dia. Dia baru sahaja berada dalam kesedihan dunia.”

Adapun orang kafir, ketika kematian menjemputnya, datanglah malaikat azab membawa alat pemukul. Mereka membentak, “Keluarlah (wahai roh) yang murka dan dimurkai, menuju azab Allah.” Maka keluarlah roh tersebut dengan bau yang sangat busuk seperti bau bangkai. Ketika sampai di pintu langit, malaikat berkata, “Betapa busuknya bau ini.” Sampai akhirnya roh orang kafir itu datang kepada mereka.”

Umar bin Abdul Aziz berkata kepada beberapa kawan majlisnya, “Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam. Apakah pernah kau berfikir tentang kubur dan penghuninya? Kalau kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tidak akan berani mendekatinya. Kau akan dapati sebuah rumah yang diliputi resah dan nanah di dalamnya. Binatang yang melata di dalam tanah akan mengerumuni mayat sehingga berubah baunya. Kain kafan terkoyak rapuh, setelah sebelumnya beraroma harum dan bentuknya bagus.”

Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah. Ketika semuanya telah bersurai, Umar dan beberapa sahabatnya tidak beranjak dari kubur tadi. Beberapa sahabatnya bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, ini adalah jenazah yang engkau menjadi walinya. Engkau menunggunya di sini lalu akan meninggalkannya.”

Umar berkata, “Ya. Sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian aku beritahu apa yang ia katakan kepadaku?” Mereka menjawab, “Tentu.” Umar berkata, “Kubur itu memanggilku dan berkata, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku beritahu apa yang akan ku lakukan dengan orang yang kau cintai?” “Tentu”, jawabku.

Kubur itu berkata, “Aku bakar kafannya, aku robek badannya dan aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah aku beritahu apa yang akan ku lakukan pada anggota badannya?” “Tentu”, jawabku. “Aku cabut (satu persatu dari) telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan dan dari lengan menuju bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya. Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju telapak kakinya.”

Umar bin Abdul Azizi menangis dan berkata, “ketahuilah umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup di dalamnya akan mati. Celakalah yang tertipu olehnya.”

Janganlah kau tertipu oleh dunia, kerana apabila kau tahu hakikatnya, kau akan berpaling darinya. Orang yang tertipu adalah yang tertipu oleh dunia. Demi Allah, di dunia mereka menikmati kesenangan, mereka dicengkam oleh harta yang bertimbun. Dahulu di dunia, mereka berada di tengah-tengah keluarga. Di atas tempat yang empuk dan pembantu yang setia. Keluarga yang memuliakan dan kekasih yang menyertainya.

Tetapi ketika semuanya berlalu dan maut datang, lihatlah betapa dekat kubur dengan tempat tinggalnya. Tanyalah ke mana hartanya? Ke mana keluarganya? Tanyalah mereka tentang lidah, yang sebelumnya mereka gunakan untuk berbicara. Juga tentang mata yang mereka gunakan melihat perkara yang menyenangkan. Tanyakan tentang kulit yang lembut dan wajah yang menawan serta tubuh yang indah, apa yang dilakukan cacing tanah terhadap semuanya? Warnanya pudar, dagingnya hancur, wajahnya terlumuri tanah. Hilang keindahannya. Tulangnya remuk, badan membusuk dan dagingnya terlerai. MasyaAllah.

Suatu ketika Umar berkata dan menangis, “Wahai yang menjadi penghuni kubur esok hari, bagaimana dunia dapat menipumu? Di mana kafanmu, di mana minyak (wangian untuk orang mati)? di mana kemenyanmu? Bagaimana nanti ketika kamu telah berada dalam pelukan bumi?”

“Celakalah aku, dari bahagian tubuh yang mana mula-mula sekali cacing tanah itu memamahku? Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu dengan malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh Tuhanku?” beliau menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak beberapa lama kemudian beliau meninggal. Semoga beliau dirahmati Allah S.W.T.

Bahan rujukan: “Malam Pertama di Alam Kubur”, tulisan Dr. A’idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya’qub, Dr. Muhammad A.R Al-Uraifi.

Kehidupan di dunia tiada bererti apa-apa… sekali aku meninggalkan dunia, terputuslah segala galanya..terputuslah segalanya…jasad dipersembahkan untuk sang Pencipta!.. tiada apa yang dirindu, tiada apa yang dikenang… hanya diri yang dikhuatiri..dengan amal yang sedikit, iman yang nipis… meronta dan merintih agar dilepaskan dari segala azab.. merintih minta diampunkan segala dosa…meminta kasih sayangNya walau sedikit.. merintih supaya dipandang dengan belas RahmatNya. Namun sudah terlambat.. yang lepas menjadi sejarah… pada hari ini, bermula lah kehidupan yang abadi…. Semakin lama, semakin dilupakan oleh manusia dunia… diri sendiri menanggung derita, tiada siapa yang tahu… tiada siapa yang ambil peduli… seorang diri merintih.. sampai bila Tuhanku?.. izinkan daku kembali ke duniaMu…aku bersedia untuk memperbaiki diriku..izinkan aku wahai Kekasihku… “cukup la sekali kehidupanmu di dunia… diam lah engkau disini sehingga masa menentukan segala galanya”… maafkan segala salah dan silapku wahai Allah… ampunilah segala dos-dosa2ku wahai Allah…. Aku tidak punya siapa lagi disini… tolong la aku wahai Tuhanku… dengan kemuliaan dan keagunganMu… aku mohon mudahkan aku menghadapi makhluk-makhluk-Mu yang menggerunkan diriku…. Ringankanlah azab buat diriku… aku tidak berdaya wahai Allah… sungguh aku tiada daya…. Tolonglah daku….Kehidupan di dunia adalah jambatan untuk perjalanan ke destinasi yang abadi dan berkekalan!

Saturday, May 3, 2008

Kerja Satu Ibadah..

Bismillah hir Rahman nir Rahim....

Segala puji hanya bagi Allah yang mencukupkan, yang memudahkan, yang berupaya, yang dengan-Nya aku masih merasa nikmat-Nya, Kasih-Nya yang satu..MasyaAllah… AlhamduliLlah…

Sedar tak sedar dah sebulan rupanya ana bekerja kat sekolah tadika sri pelangi, bangi. Dah nak masuk bulan kedua..sungguh tak sangka, segala-galanya berjalan dgn lancar.. Segala puji dan syukur lagi untuk-Mu.. walaupun ada juga kesukarannya..tapi adatlah tuh, hidup kena ada ujian..bukan hidup namanya kalau tak de ujian… alhamduliLlah, begini rupanya kehidupan sebagai guru.. barulah ana faham.. sebelum nih ana tak berapa minat kerjaya sebagai guru.. ntah la kenapa, mungkin mak ayah kedua-duanya guru, jadi rasa tak mau pulak jadi guru..hehe.. tapi tu lah, perancangan manusia nih biasanya bagai nak rak.. tapi keputusan Allah jua yang paling tepat.. syukur alhamduliLlahi Robbul ‘alamin…

Sebenarnya, matlamat utama ana nak menjadi guru tadika adalah sebab ana memang sukakan budak2..masyaAllah.. mereka lah insan yang paling comel, paling manja, paling bnyk karenah kat dunia nih yang Allah ciptakan…alhamduliLlah… selain nak jaga dorang, tiada apa lagi yang ana nak melainkan redha Allah.. hidup di zaman nih, segala-galanya kena redha Allah..sebab zaman ni adalah zaman ujian… zaman untuk perlukan Dia, perlukan pertolongan-Nya…tak de sape lagi yang dapat tolong.. Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam dah lama meninggalkan kita, kematian pula sikit lagi nak muncul..MasyaAllah… andainya redha Allah tak dapat kat dunia nih… bagaimana halnya kat akhirat nnti??… Allahu Rabbi..

Nak kongsi juga pengalaman semasa ana bekerja kat tadika nih… suatu yang sukar dipercayai bila ana terus dapat kerja nih.. lepas berhenti kerja sebelum nih, terfikir juga nak cari kerja..berkat pertolongan Allah subhana wa ta’ala.. alhamduliLlah… terus dapat, walau gaji tak seberapa.. ana redha.. inilah masanya.. bukan gaji yang ana kejar.. memula rasa tak sedap hati (hati nih selalu jer rasa tak sedap hati…) sebab mula2 interview tuh, pengetua dia Indian woman pulak.. huhu, rasa mcm tak mau la pulak.. bukan apa, bekerja di bawah org2 kafir nih ana serik betul…tapi ana fikir, pertolongan Allah mesti ada punya.. jadi ana minta dalam doa supaya dimudahkan segala urusan, di beri keputusan yang tepat… lepas tuh ana tengok semua kanak2 kat tadika nih muslim belaka.. adalah dalam 40 lebih orng.. dan lebih kurang 6 orng yang beragama (India).. alhamduliLlah..

Hari pertama kerja… Allahuakbar.. bestnya tak terkata..hehe.. comel2 belaka dorang nih.. anak2 org kaya pulak.. eermm, bila dah anak2 org kaya nih..makin besar la tanggungjawab ana dalam mendidik mereka.. terutamanya dalam hal2 keagamaan… kat tadika nih, ana dipertanggungjawab untuk ajar mereka hal2 agama, fardhu ain.. memandangkan ada dua jer guru islam melayu kat sini.. sepatutnya ada seorang ustazah tuh yang kena ajar. Tapi beliau pula sedang sibuk exam… so ana kena take over…

Di samping insan2 yang comel nih.. tak boleh la ana selalu berkepit ngan dorang 24 jam.. walaupun dalam hati rasa mcm nak bermain2 jer ngan dorang… tapi responsibility is priority.. ana kena didik mereka..kena ajar mereka.. alhamduliLlah… dgn berkat pertolongan Allah subhana wa ta’ala juga, ana dapat didik mereka sedikit demi sedikit dengan ilmu yang tak seberapa.. ajar hal2 basic jer.. apa yang ana tengok, kat tadika nih memang budak2 dia semua bijak2 belaka.. mungkin sebab kebanyakan mereka anak2 doktor or peguam..pengetua pulak tekankan pendidikan dunia semata.. guru melayu pula ana berdua jer… jadi tanggungjawab utk bagi pendidikan ukhrawi tuh ana sendiri yang nak pikul sebab rasa macam sia2 kalau tak ajar agama… ya Allah, aku mohon bantuan dan pertolongan-Mu dalam segala hal yang tidak ku ketahui… semoga Engkau mengampuni segala dosa-dosaku.. apa yang aku ajar pasti ditanya Allah di akhirat kelak, selagi aku masih di sini, aku cuba untuk memberi dan mendidik mereka sebaik2nya…

Dalam pendidikan agama, apa yang ana tengok… mereka memang suka belajar agama.. kalau bercerita pasal akhlak mulia.. mesti dorang pun nak share citer sama… pasal syurga, pasal neraka.. alhamduliLlah.. ana harap pendidikan agama nih akan ditekankan di rumah oleh ibu bapa mereka…bukan pendidikan dunia semata jer.. kesian la budak2 nih kalau tak kenal Allah..tak kenal Rasul…

Sebenarnya, disamping nak bersama anak2.. ana nak mendidik diri sendiri juga dalam hal2 rumahtangga nih..huhu.. rupanya bukan senang ya nak jadi ibu.. terus terang ana katakana ana tak pernah rasa beban bila bersama mereka walaupun dalam jumlah yang agak ramai.. ana hairan macamna guru2 tadika yang lain boleh marah budak2 kecik nih sesuka hati, jerit sesuka hati, pukul sesuka hati… Astaghfirullahal ‘azim.. ana bukan nak salahkan siapa2.. cumanya apa yang ana belajar kat sini, budak2 nih takut betul kalau kena marah sikit.. dan dorang dah pandai memilih..nak teacher yang mana, yang garang2 tak nak… kadang2 ana kena sound juga, supaya jgn berlembut dgn dorang..kena marah sikit.. kalau tak budak2 akan pijak kepala… tapi ana tak tau lah camna mau garang… rasa tak sampai hati nak marah.. walaupun dalam kelas dorang buat bising..MasyaAllah… habis juga suara nih menjerit.. (kalau tak jerit, tak dengar)..lepas menjerit, semua pandang muka ana..rasa syahdu pulak tengok wajah mereka satu persatu.. ana terfikir..sebenarnya, mereka adalah ahli syurga pada saat ini..dengan umur belum mumayiz lagi… tuh yang nak marah..tak jadi nak marah… makin sayang pulak.. dorang nih kecik lagi.. perlukan kasih sayang..suka nak bermanja… lepas kelas mesti ana nak bermanja dengan dorang.. sampai adalah beberapa budak tuh yang nak ajer kat ana.. sampai kena sound pulak dengan pengetua…”teacher..u can’t get close for any children here, one day if u are not here.. they are feel losing u..” huhu.. ana terfikir betul juga.. kat mana2 ana pegi yang ada budak2 pun..mesti kena sound punya la… jgn rapat sangat.. nanti ana tak de..budak2 tuh mencari… mak ana pun selalu sound..tiap kali balik kampung.. sebab terlalu rapat dgn yang bongsu tuh.. ape2 jer nak kat ana.. sampai la skang nih.. dah darjah satu dah si kecil tuh.. selalu rindukan dia… cukuplah Engkau yang memelihara ahli keluargaku….

Berbalik kepada cerita anak2 nih… dari pagi sampai la petang bersama dorang.. pagi mengajar, petang mengasuh..sampai dalam pukul 6 mcm tuh..tnggu parents dorang ambik.. saat nih la saat syahdu yang ana kena terima..hehe… sebabnya, bila semua dah balik dengan parents.. rasa mcm ana ditinggalkan sorang diri pulak.. ibarat ibu ditinggalkan anak.. cewah..itu yang ana rasa..mcm pelik kan..padahal bukan darah daging ana..hehe, pernah juga mengalir air mata bila dorang semua dah balik..aiseh… tersentuh betul la pulak.. tapi ana terus redha yang sebenarnya budak2 nih adalah ‘anak orang’.. ana jaga jer.. mana leh lebih2.. bukan milik ana.. esok kan jumpa lagi.. hehe.. Ya Allah kurniakanlah daku zuriat2 yang soleh dan solehah yang akan menjadi pembela untuk agama Mu kelak..amin ya Rabb….

ana pun terus terfikir, mcm ni lah rasa ibu bapa bila ditinggalkan anak2.. terutamanya kat kampung.. atau tak balik beraya..subhanALlah…mmg banyak ana belajar kat sini khususnya tentang kehidupan..memang betul apa yang kak siti cakap.. kerjaya nih mengajar kita tentang kehidupan..MasyaAllah…

First Blog

Bismillahir Rahman nir Rahim...

Segala puji hanya bagi Allah azza wa jalla Tuhan semesta alam...di atas keizinan-Nya utk aku menulis.. tak sangka dah ada blog sendiri rupanya.. sebelum nih, hanya baca blog orang lain.. tambah pula, ana memang jenis yang suka mencari dan membaca artikel2 agama khususnya.. alhamduliLlah... dengan blog yang pertama nih, insyaAllah ana nak cuba menulis (walaupun tak pandai menulis, dgn ilmu yang tak seberapa).. tapi dengan izin Allah, aku percaya dengan kekuatan-Nya, keupayaan-Nya.. semoga Dia mudahkan segala-galanya khususnya dalam urusan dakwah secara tak langsung nih... amin ya Allah... semoga dengan ilmu yang sedikit, aku dapat berbakti seadanya khususnya untuk sahabat2 yang dikasihi, keluarga khususnya adik2 ana yang sentiasa diingati dan dikasihi.. untuk umat Nabi Allah sallahu 'alaihi wassalam..muslimin dan muslimat yang sudi melayari blog nih, harap dengan asbabnya... dapat menjadi peringatan dan nasihat..insyaAllah...

untuk diri sendiri khususnya yang sentiasa lalai...yang hina lagi lemah di sisi-Nya..ALlah!!... setiap saat dan waktu, aku perlukan Dikau.. aku perlukan didikan, bimbingan dalam menemui jalan kebenaran..dan cukuplah Engkau bagi ku... hingga saat nafasku terhenti...

Semoga blog nih akan memberi manfaat untuk diri dan pembaca khususnya... kebetulan, ana memang suka menulis (biasanya tika menghadapi ujian atau masalah).. memang ana suka menulis (lebih kurang luahan hati la gitu)..dan tiada siapa yang tahu tentang hati yg sedang berkecamuk... ada dua kaedah yang ana amal.. pertama, doa..doa..doa.. tak kira di waktu apa sekalipun (kalau boleh doa di tengah malam, tika tiap mata sedang lena dibuai mimpi).. itulah dia saat nikmat dalam berkasih sayang dengan-Nya.. MasyaAllah...

kaedah kedua...menulis atau menaip :) luahlah apa sekalipun... dan Dia Melihat..dan Dia Mendengar..dan Dia Mengetahui..hanya Dia yang layak.. dengan kaedah nih, alhamduliLlah.. mengajar ana erti sabar sebab.. cukuplah Dia bagiku...apa jua masalah dan ujian, kepada-Nya tempat mengadu..bukan lah manusia.. tapi insyaAllah, blog nih bukanlah tmpt ana nak mengadu masalah..:) semoga ia lebih bermanfaat..

hasnahzulaikha.blogspot.com.. jenuh juga nak pilih nama ya..hehe, agaknya macam tu lah agaknya nak pilihkan nama anak nanti..hehe... finally, teringat kat mak..hasnah tuh sempena nama mak..tengok dalam kamus, hasna' ertinya cantik..hasanah ertinya kebaikan... tak tau nama mak yg mana satu... apa pun, kedua duanya punya maksud yang baik alhamduliLlah.. zulaikha pula, sempena nama ana...zalikha.. tapi tengok dalam kamus, zalikha mcm tak de maksud.. zulaikha ertinya nama seorang wanita bangsawan yang memiliki kecantikan, isteri seorang raja mesir.. yg telah menggoda nabi Yusuf alaihissalam..dan akhirnya beliau bertaubat di atas segala dosa..dan menjadi wanita solehah..dan akhirnya menjadi isteri Nabi Yusuf alaihissalam setelah raja mesir wafat dan diganti dengan Nabi Yusuf...subhanALlah...bagusnya, ana pun nak jadi wanita mcm tuh... bkn nak kahwin dengan raja.. tapi menjadi wanita yang damba kan kasih sayang-Nya dan mengabdikan diri hanya untuk Tuhan seru sekalian alam... kepada-Nya aku pasti kembali...