Wednesday, July 28, 2010

Mu'allimah

Bismillahi walhamdulillah..

Segala puji hanya milik Allah Tuhanku seru sekalian alam..Ya Allah permudahkan lah setiap urusan kami untuk agama kami, untuk umat Muhammad S.A.W..amin ya Rabb

Alhamdulillah sedar tak sedar, rupanya dah separuh fasa aku meneruskan pengajian sebagai seorang bakal guru di Institut kampus Pulau Pinang..alhamdulillah sedang menjalani praktikum di sekolah..pastu pejam celik habis, pastu ambik penilaian, pastu cuti sekolah...pastu kami pun habis... insyaAllah..habislah sudah kursus perguruan yang ku idam2kan selama ini.. Tapi kenapa diidamkan? Bak kata guru senior..napa nak jadi cikgu...nanti menyesal, jadi cikgu cepat tua, jadi cikgu sebab tak de pilihan kerja lain...macam2 lagi la tanggapan..

Tapi alhamdulillah, berkat minat aku yang memang minat untuk mendidik, Allah buka kan jalan ini..lama juga tunggu panggilan nak jadi cikgu, tapi semua atas Allah kan...memang Allah dah tentukan segala2nya... lepas grad, dah jadi guru tadika sbb minatkan budak2 la sanggup nak jadi guru pra sekolah sebelum dapat keja lain...selang beberapa bulan Allah bagi rezeki jadi programmer.. ada orng kata, programmer pun boleh jadi pengajar..masalahnya aku minat mengajar sambil mendidik budak2..hehe.. bak kata pensyarah saya, "Jadilah guru yang memanusiakan manusia". Guru besar kat sekolah saya tekankan prinsip "Be a teacher whose teaching the girls, not teaching the subject". Kata2 mereka sentiasa saya ingat insyaAllah.. Ya Allah Semoga Engkau mudahkan setiap ilmu yang aku curahkan kat anak2 dan zuriatku kelak, dan anak2 didik ku nanti... amin ya Rabb

Pada mulanya, berat nak ambil kursus perguruan ni.. Bagi aku biarlah aku di sisi suami masa tu. Ramai orng berpendapat supaya berkorbanlah..nanti hidup senang (sebab gaji cikgu agak ok skit la kot dan agak terjamin).. Tambah lagi aku nak tolak kursus ni, sebab bukan itu matlamat aku..matlamat aku dalam hidup tak lain nak jadi permaisuri hati suami ku yang sentiasa dekat dengannya, sentiasa bagi sokongan untuk kerja dan agamanya...(memandangkan aku akan dihantar ke negeri yang jauh untuk mengikuti kursus ni, so kena tinggalkan suami) :(

Tapi, kata2 mama sentiasa terngiang dalam kepalaku.. memandangkan aku juga mengajar di sekolah yang sama tapi tidak mempunyai kemahiran (guru kontrak di sekolah tempat suamiku), hanya mengajar ikut kepala sahaja. Mama pesan, tak kisah klu tak nak ambil kursus tu, tapi penantian tu dah agak lama,bila dah dapat tolak pula.. berkorbanlah untuk anak bangsa.. bila dah ambil kursus, pasti akan ada kemahiran mengajar, cara untuk menghadapi pelajar, menangani masalah pelajar... mama kata, sebelum bagi ilmu kena ada ilmu dulu..itu yang penting.. kata2 mama, jadi perangsang dan semangat untuk aku... alhamdulillah, bila bincang dengan suami, suami pun redha bagi aku ke Penang..walaupun sedih sangat2..tp tak pe la.. cukup lah doa suamiku mengiringi aku ke Penang...dan yang pasti kami ambik keputusan ni setelah buat istikharah..insyaAllah semoga Allah mudahkan tiap usaha kami..amin ya Rabb