Tuesday, September 28, 2010

Bayan Masturat

BismiLlahir Rahman nir Rahim..

Terlalu banyak kepentingan dan kelebihan wanita. Apa yang saya sampaikan di sini adalah diperoleh dari Risalah buku kepentingan dan kelebihan wanita, Edisi tambahan nasihat dari Maulana dan Professor. Buku ni saya beli dari Masjid Sri Petaling, warna hijau. Jarang saya dapati isinya di buku-buku yang lain...Buku risalah ini telah disalin, diterjemah, disusun, disebar, ditulis, ditaip dan sebagainya atas maksud supaya ummat islam faham tentang kepentingan masturat (wanita) dengan cara apa sekalipun. (Mudah-mudahan Allah merahmati mereka didunia ini dan akhirat..amin ya Rabb)

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susuyang diberikannya.

5. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayannya dengan baik, dia akan mendapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami pula melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t akan memandang mereka dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dijalan Allah s.w.t, dan kemudian menjaga rumahtangganya, mereka akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari Permata Yaqut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah S.W.T memberinya 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "BISMILLAH", didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli/kamil tepung dengan bacaan "BISMILLAH", Allah s.w.t akan memberkati rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai BaituLlah.

13. Wanita yang menjaga solatnya, puasanya, dan taat kepada suaminya, ALlah s.w.t mengizinkannya masuk ke Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

14. Pahala bagi wanita hamil:
- Seperti berpuasa pada siang hari.
- Seperti beribadat pada malam hari.

15. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.

16. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

17. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

18. Apabila seorang wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib baginya.

19. Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Seorang isteri yang memicit suami tanpa disuruh memperolehi pahala 7 tola emas manakala isteri yang memicit suami apabila disuruh akan memperolehi pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan mendapat keredhaan suaminya, dia akan memasuki Syurga.

22. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

23. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya, dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Seluruh manusia akan dipanggil untuk melihat Wajah Allah S.W.T di akhirat tetapi Allah sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah (tetap).

25. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah S.W.T memberi padanya setengah pahala jihad.

26. Allah S.W.T memberkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

27. Allah S.W.T akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

28. Kepada wanita yang tidak menutup auratnya, Allah S.W.T berfirman "Hiduplah dengan apa yang kamu suka."

29. Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah:
- Seorang hamba yang tidak patuh kepada tuannya.
- Seorang isteri yang tidak taat pada suaminya.

30. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir seolah-olah dia membersihkan Kaabah.

31. Selepas seorang wanita melahirkan anaknya, Allah S.W.T menyediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa, dan setiap kesakitan melahirkan anak itu, Allah S.W.T memberi pahala haji mabrur.

32. Apabila seorang wanita yang melahirkan anak dan dia meninggal dunia maka dikira sebagai mati syahid.

33. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang mafhumnya: "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa FisabiliLlah. Apabila dia terasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Apabila telah melahirkan anaknya dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Apabila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam FisabiliLlah dengan ikhlas." (Hadis Riwayat Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)

34. Mengenai layanan terhadap suami, RasuluLlah S.A.W bersabda kepada anaknya Fatimah r.anha yang bermaksud, "mana-mana wnita yang melayan suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan dia diringakan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia memperolehi taman-taman seperti taman Syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa Neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Wallahualam bissawab...semoga kita mampu beramal dalam kebaikan..amin ya Rabb

Sumber: Sedutan Fadhilat dari Bayan Masturat oleh Maulana Syed Ahmad Khan (Pakistan)

No comments: