Saturday, September 25, 2010

Mari sembang2..

BismiLlahir rahman nir Rahim..

walhamduliLlahi 'ala kulli hal.. Segala pujian hanya milik Allah Tuhan semesta alam.. yang masih memberi peluang pada diriku yang serba lemah dan hina ini untuk bernafas di muka bumi ciptaanNya, masih lagi mengecap tiap nikmat yang dikurniakanNya.. subhanallah.. walhamdulillah.. Syukur juga kerana Dia masih sudi mendengarku, ya Allah..semoga Engkau sentiasa mengasihani kami..amin... selawat dan salam untuk kekasih Allah yang dirindui... Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam bersama para sahabat r.anhum yang dimuliakan Allah dan para hamba-hamba yang soleh yang sentiasa berada di jalanNya..

Terasa nak menulis sesuatu kat sini yang agak lama dipendam tapi, asyik tertangguh.. biasanya benda baik tak elok ditangguh2, tapi benda elok ni la yang sentiasa ditangguh.. tak lain tak bukan adalah kerana sebab kuatnya bisikan syaitan laknatuLlah.. kenapa nak ikut bisikan hati tu? Bukan kah dia menyesatkan? Allahuakbar...kelemahan kami ya Allah..ampunilah aku atas dosa2 ku.. Sebenarnya bukan senang nak menulis ni.. lebih-lebih dalam hal kebaikan.. ya semoga Allah sentiasa menetapkan iman kita di jalanNya yang benar.. semoga dengan tulisan-tulisan ku ini, mampu mengubah hati-hati yang keras atas izin Allah, termasuklah diriku sendiri yang serba serbi lemah ini :( alhamdulillah, disebabkan sokongan seseorang juga saya terus bersemangat untuk menghasilkan entri yang baik dan dikira di sisiNya... seseorang tu tak lain tak bukan, suami saya yang dicintai dan dikasihi.. :)

Alhamdulillah, selagi jariku masih mampu dan berupaya, yang juga atas izin Rabbku, saya cuba menulis blog saya untuk kebaikan sama ada untuk tatapan pembaca dan diri saya sendiri.. bukan apa, kadang2 orang boleh dapat hidayah melalui pembacaan. Asbab dari pembacaan juga kita akan banyak berfikir, ilmu akan bertambah dan secara tak sedar ia dapat mengajar kita untuk menjadi seorang 'guru' dan pembimbing walau kita bukan guru.. tapi tanggungjawab sebagai seorang pembimbing perlu ada untuk setiap manusia sebab Allah dah bagitau kat kita yang sebaik-baik manusia ialah mereka yang mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran...semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah untuk melaksanakan tiap tanggungjawab yang diberi..amin ya Rabb..

Tapi beringatlah saudara seagamaku, tiap tulisan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... setiap maklumat atau ilmu yang diperolehi, sebaik-baiknya beritahu lah dari mana sumbernya.. di akhirat nanti, Allah tanya sumber tersebut. Sekiranya ia berbentuk kata-kata nasihat, di akhirat nanti Allah tanya sama ada kita beramal dengan apa yang kita katakan atau tidak..Allahuakbar. Sekiranya ia dari hati kita, di akhirat nanti kita lah yang bertanggungjawab sama ada niat kita ikhlas untuk mengajak pada Allah atau untuk menunjuk2 kehebatan kita dalam berdakwah. Sekiranya, kita menceritakan keburukan2 orang lain.. maka lagi berat lah tanggungjawab kita untuk membela diri.. wa nau'zubillahi minzalik.. :( Ya Allah, Pandanglah kami dengan rahmatMu.. Lindungilah kami dari tiap kejahatan dan fitnah di muka bumi ini...hanya Engkau tempat kami kembali...

Sebenarnya, kali ni nak sembang pasal iman.. yang dah lama kita lupakan dan tinggalkan.. bahkan kita sedar dia pergi, tapi kita wat2 x tau... semoga kita berusaha mencarinya, semoga Allah kasihan kat kita, tetapkan iman kita.. :( Iman adalah sesuatu yang berharga yang apabila seseorang dah memilikinya, mustahil baginya untuk melepaskannya... Lantaran tu juga, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w bercita-cita tinggi untuk syahid dalam meraih cinta Allah mempertahankan agamanya, sanggup korbankan harta dan nyawa untuk agama. Sekali Allah dah campakkan iman dalam hati mereka.. mereka menjadi orang baru yang memiliki akhlak yang memukau.. mereka mempertahankan iman mereka walaupun mereka dibunuh, dicaci, diludah orang2 kafir...semoga Allah mengurniakan dan tetap memuliakan mereka dan ampunilah dosa2 umat Muhammad s.a.w.. :(

Saya juga lemah, amat lemah..tapi sama2lah kita perbaiki diri.. renung diri, muhasabah diri, lihat diri, minta kat Allah..solat la..solat la..solat la... berapa ramai yang x solat tapi menginginkan yang bukan2 dari Allah...macam mana Allah nak bagi tiap permintaan kita tapi tiap perintah Allah tak dihiraukan.. ibarat mak kita suh kita belajar bagi lulus pekse..tapi kita x hiraukan permintaan mak kita..tup2 nak beli laptop, hp canggih..agak2 mak bagi tak?... mak saya of course tak bagi.. jaga solat ye sahabat2 ku yang dikasihi.. Bila lagi kita nak berhubung dengan Dia kan :) dalam solatla... kalau nak minta tambah permintaan lagi, buat la solat sunat..Allah amat kasih dan sayang bila kita sentiasa mengingatiNya..

"Wahai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat." (al-Baqarah:45)

Hadrat Ibnu Abbas r.a berkata bahawa satu ketika beliau bersama baginda s.a.w di atas kenderaan. Baginda bersabda kepadanya, "wahai budak, aku hendak beritahu kamu akan beberapa perkara, maka dengannya Allah ta'ala akan memberi manfaat kepada kamu." Hadrat Ibnu Abbas berkata, saya meminta, "Ya Rasulullah, tolonglah beritahukan."

Sabda baginda s.a.w,"Jagalah Allah (yakni tunaikan hak2Nya), maka Allah ta'ala akan menjaga kamu. Untuk menjaga (hak-hak) Allah, kenallah (ingatlah) Allah tika kamu dalam keadaan berada. Maka ketika kamu mendapat musibah, maka Dia akan mengingatimu. Ketahuilah dengan baik bahawa apa sahaja musibah yang telah menimpa kamu, mustahil ia tidak pernah menimpamu dan apa yang belum menimpamu, mustahil ia pernah menimpamu. Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk memberi sesuatu musibah kepadamu sedangkan Allah ta'ala belum berkeinginan begitu, maka kesemua sekalipun tidak mampu memberi apa2 kepadamu.

Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk menjauhkan sesuatu musibah daripadamu, sedangkan Allah tidak berkeinginan begitu, maka tidak sekali2 mereka mampu menjauhkan musibah tersebut. Pena takdir sudah menulis segala-galanya yang akan berlaku hingga hari kiamat. Apabila engkau memerlukan sesuatu, maka mintalah dari Allah sahaja. Apabila engkau memerlukan bantuan, mintalah bantuan dari Allah sahaja. Jika engkau bertawakkal, maka bertawakkal lah pada Allah sahaja. Dengan iman dan yakin serta syukur beramallah kerana Allah. Ketahuilah dengan baik bahawa sabar ketika sesuatu yang tidak disenangi adalah suatu kehebatan; pertolongan Allah bersama sabar. Berserta dengan musibah ada kesenangan; berserta dengan kesempitan ada keluasan; yakni apabila sesuatu musibah menimpa kamu, maka fahamlah bahawa tidak lama lagi akan datang kesenangan. Dan apabila kamu menghadapi kesempitan, maka fahamlah bahawa sudah hampir masanya untuk keluasan."

Hari2 kita main dgn anak2.. sembang dan jumpa isteri atau suami kekasih hati.. dapat makan baik2..minum lazat2.. pakai pakaian cantik2.. tiap bulan dapat gaji.. banyak sungguh nikmatnya..subhanAllah..walhamduliLlah..tapi berapa masa je kita nak ingat Allah kan.. kadang2 dalam solat terpandang2 makanan lazat, terkenang2 buah hati yang jauh di mata, kita x ingat Dia pun :( sedangkan Dia tetap di sana..sentiasa lihat kita..suka duka kita, sedih pilu kita..hanya Dia yang tahu... malah Dia tenangkan kita, bila kita minta, Dia tunaikan..bila kita sedih Dia gembirakan, bila kita terdesak, Dia leraikan.. Allahuakbar... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Takut2 bila kita tak minta di dunia..kita jadi peminta kat akhirat nanti sedangkan di akhirat nanti, Allah dah tak dengar setiap rintihan kita..sedihnya...setiap orang x mau pandang kita masa tu..hatta suami, isteri, anak2, ibu, ayah, kawan2..seorang pun x mau tolong kita bahkan buat2 x nampak kita disebabkan kedasyatan pada hari itu, semua manusia pelbagai ragam, melutut, murung, berduka... hanya seorang yang mampu tolong kita...dialah kekasih Allah yang sentiasa rindukan umatnya..Muhammad S.A.W

Semoga Allah sentiasa tetapkan hati dan iman kita, kuatkan iman kita... moga2 Allah berkenan kat kita di dunia ini dan hinggalah di akhirat nanti.. moga Allah kurniakan kita dengan kesabaran yang tinggi.. janji Allah ada untuk orang2 yang sabar..insyaAllah

"Sesungguhnya barangsiapa bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia2kan pahala orang2 yang berbuat baik." (surah Yusuf: 90)

::Sumber rujukan hadis: Kitab Fadhilat Sedekah (Jilid2), tulisan Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi 'alaih