Wednesday, May 25, 2011

Coretan Bulan Mei dedikasi untuk Suami yang Dicintai

Bismillahir Rahman nir Rahim..

Alhamdulillah..dengan kurniaNya, dapat lagi aku mencoret sepatah dua kata.. agak lama aku tak menulis apa2 di sini...huhu.. sebenarnya tak tau nak tulis apa, idea pun berkurangan... tapi atas permintaan Encik Habibi Zauji (suami kesayanganku), yang berkenan untuk mengikuti blog ku ni...so aku pun cubalah tunaikan :) Dia berpesan supaya tulis la apa2 pasal kisah aku seharian ke, kongsi hati ke perasaan ke.. hehe, ade2 je... aku ni bukannya pandai berkongsi kisah hati dan perasaan...dah macam diary pulak ye... tapi tak pe la...semoga apa yang bakal di kongsi dalam blog ni bermanfaat sama ada utk penulis mahupun pembaca sekalian...

Baru tadi aku bersembang dengan adik2 melalui Skype.. dapat lah tgk video call.. rasa rindu tak terkata, lama tak jumpa...insyaAllah kalau tak de aral, tak lama lagi jumpa la sempena cuti sekolah ni...semoga mereka sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah Ta'ala hendaknya..

Alhamdulillah... aku kini dah hamil 14 minggu. Syukur atas kurnia dan rezekiNya. Ya Allah kurniakan kami zuriat2 yang soleh dan solehah, bakal pembela agamaMu, penyejuk hati kami, yang dapat mendoakan dan mensyafaati kami kelak..amin ya Rabb... Abi tak de selama 3 hari ini.. Rasa macam nak terbang ke Muazam bila dapat tahu Abi sakit tak daya nak bangun.. :( kesian.. sembuhkanlah sakit suamiku..pelihara la suamiku... jadikanlah kesakitan kami sebagai penebus untuk segala dosa2 kami yang telah lalu... Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...amin ya Rabbana...

2 comments:

Nurul Says said...

aku pn rindu dengan entri mu ika

ZaujahSaifullah said...

time ksh ma, setia betul dgn blog aku yg usang ni..hehe, insyaAllah aku cuba merajinkan diri..