Thursday, June 16, 2011

Rehlah Cuti Sekolah

Bismillah....

Segala puji bagi Allah yang masih melihat kami, masih sudi melimpahkan rahmatNya yang maha Luas.... 28 Mei yang lalu, sempena bermulanya cuti sekolah, saya dan suami berkesempatan mengikuti ESP (Eksklusif Sehari Bersama Tuan Pengarah Hj Ismail). Pengarah Urusan HPA Produk Halal Tanggungjawab Bersama. Sebelum daftar kursus agak malas juga nak pegi, tapi memandangkan Encik Zauji dah mendaftar awal seorang diri, saya pun beriya iya juga nak turut serta.. mana boleh ketinggalan... Alhamdulillah, menarik sangat pengisian yang disediakan oleh pihak pengurusan HPA.. berbekalkan produk yang semakin mantap, dan ucapan oleh senior2 HPA menarik minat saya dan suami untuk cuba meneruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi Islam.

Saya terkesan dengan kata2 Hj Ismail, dalam meluaskan pasaran islam kena banyak sabar, niatkan kerana Allah, bukan keuntungan semata. Kalau niat kerana Allah, insyaAllah pasti kita sabar dan tak putus asa.. Kalau niat kerana keuntungan, memang jadi tak sabar dan mudah putus asa. InsyaAllah walaupun kami belum mampu menjadi pengedar, semoga dengan penggunaan produk Muslim ni dapat membantu ekonomi Islam yang semakin mendapat sambutan ini..insyaAllah amin, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan pada kami..dan kurniakan kami rezeki yang baik lagi halal.. Tak dapat ambik gambar ari tu, disebabkan kamera hp tak canggih.. :)

Apepun, sedikit kisah mengenai persekitaran Kursus ESP hari tu.. Sila point di sini http://www.hpa.com.my/hpaic/?p=2346

Sebenarnya, nak cerita tentang balik kampung..hehe.. 30hb tu saya bersama Encik Suami dan baby dalam perut ummi ni alhamdulillah berkesempatan untuk balik ke kampung di Sabah.. wah seronok tak terkira walaupun banyak duduk rumah. Sekurang2 nya dapat jumpa keluarga yang dikasihi yang dah setahun tak jumpa. Semoga Allah panjangkan umur kami, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan dapat lagi berjumpa keluarga tersayang di lain masa.

Cuti 2 minggu rasa tak puas je, tapi memikirkan ada amanah Allah yang diberikan yang masih perlu diteruskan, kami pun kenalah balik.. Alhamdulillah walaupun rasa tak puas, tapi dengan Kasih SayangNya, dapat juga kami merumpun kasih, mengerat sillaturrahim bersama keluarga tersayang. Semoga Allah peliharan keluarga kami di dunia dan di akhirat, amin ya Rabb...

Kat sini, kami di geget2 oleh sang Ikan kelah..comel2 depa ni.. tak dapat tunjuk gmbr, sebab tak jelas.

Aida dan Fika pose di Ladang Teh, Ranau

::Gambar ni aje yang dapat share :) wassalam

No comments: