Tuesday, September 28, 2010

Bayan Masturat

BismiLlahir Rahman nir Rahim..

Terlalu banyak kepentingan dan kelebihan wanita. Apa yang saya sampaikan di sini adalah diperoleh dari Risalah buku kepentingan dan kelebihan wanita, Edisi tambahan nasihat dari Maulana dan Professor. Buku ni saya beli dari Masjid Sri Petaling, warna hijau. Jarang saya dapati isinya di buku-buku yang lain...Buku risalah ini telah disalin, diterjemah, disusun, disebar, ditulis, ditaip dan sebagainya atas maksud supaya ummat islam faham tentang kepentingan masturat (wanita) dengan cara apa sekalipun. (Mudah-mudahan Allah merahmati mereka didunia ini dan akhirat..amin ya Rabb)

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susuyang diberikannya.

5. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayannya dengan baik, dia akan mendapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami pula melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t akan memandang mereka dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dijalan Allah s.w.t, dan kemudian menjaga rumahtangganya, mereka akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari Permata Yaqut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah S.W.T memberinya 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "BISMILLAH", didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli/kamil tepung dengan bacaan "BISMILLAH", Allah s.w.t akan memberkati rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai BaituLlah.

13. Wanita yang menjaga solatnya, puasanya, dan taat kepada suaminya, ALlah s.w.t mengizinkannya masuk ke Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

14. Pahala bagi wanita hamil:
- Seperti berpuasa pada siang hari.
- Seperti beribadat pada malam hari.

15. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.

16. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

17. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

18. Apabila seorang wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib baginya.

19. Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Seorang isteri yang memicit suami tanpa disuruh memperolehi pahala 7 tola emas manakala isteri yang memicit suami apabila disuruh akan memperolehi pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan mendapat keredhaan suaminya, dia akan memasuki Syurga.

22. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

23. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya, dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Seluruh manusia akan dipanggil untuk melihat Wajah Allah S.W.T di akhirat tetapi Allah sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah (tetap).

25. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah S.W.T memberi padanya setengah pahala jihad.

26. Allah S.W.T memberkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

27. Allah S.W.T akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

28. Kepada wanita yang tidak menutup auratnya, Allah S.W.T berfirman "Hiduplah dengan apa yang kamu suka."

29. Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah:
- Seorang hamba yang tidak patuh kepada tuannya.
- Seorang isteri yang tidak taat pada suaminya.

30. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir seolah-olah dia membersihkan Kaabah.

31. Selepas seorang wanita melahirkan anaknya, Allah S.W.T menyediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa, dan setiap kesakitan melahirkan anak itu, Allah S.W.T memberi pahala haji mabrur.

32. Apabila seorang wanita yang melahirkan anak dan dia meninggal dunia maka dikira sebagai mati syahid.

33. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang mafhumnya: "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa FisabiliLlah. Apabila dia terasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Apabila telah melahirkan anaknya dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Apabila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam FisabiliLlah dengan ikhlas." (Hadis Riwayat Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)

34. Mengenai layanan terhadap suami, RasuluLlah S.A.W bersabda kepada anaknya Fatimah r.anha yang bermaksud, "mana-mana wnita yang melayan suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan dia diringakan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia memperolehi taman-taman seperti taman Syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa Neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Wallahualam bissawab...semoga kita mampu beramal dalam kebaikan..amin ya Rabb

Sumber: Sedutan Fadhilat dari Bayan Masturat oleh Maulana Syed Ahmad Khan (Pakistan)

Sunday, September 26, 2010

Alhamdulillah atas tiap nikmatMu Rabbi..

BismiLlahir rahman nir Rahim..

Sedar tak sedar, saya dah habis menjalani praktikum...alhamduliliLlah, dah nak habis kursus.. tinggal lagi beberapa hari untuk exam dan seterusnya cuti akhir tahun... cuti panjang yang saya tunggu2.. cuti yang menandakan saya dah habis kursus.. insyaAllah, boleh duduk di samping suami yang dirindui setelah sekian lama duduk berjauhan...semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang buat suamiku walaupun jauh di mataku tapi cukuplah Engkau yang memelihara dan melindungi suamiku... yang menjaga makan minumnya, menjaga keselematannya, menjaga imannya, menguatkan semangatnya... cukuplah Engkau bagi kami, Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amin ya Rabb...

24 hb aritu, bersamaan hari Jumaat yang lepas merupakan hari terakhir saya mengajar di SK Convent Green Lane.. Agak sedih nak meninggalkan murid2 tapi sudah menjadi adat, tiap pertemuan ada perpisahan.. doa saya semoga mereka menjadi anak didik yang yang mampu memberi kebaikan bila mereka dah dewasa kelak, berjaya di dunia dan di akhirat.. semoga mereka diberikan petunjuk Allah untuk mengenal Allah, untuk taat perintah Allah, jadi anak solehah dan murid yang dengar kata cikgu...amin ya Allah...untuk saya, ini baru fasa permulaan bagi saya, mendidik diri saya juga untuk menjadi seorang pendidik yang mampu memberi kebaikan untuk anak didik, yang mampu bimbing mereka untuk mengenal ilmu Allah..amin insyaALlah...

Perasaan? mestilah gembira sebab nak habis KPLI dah :) tiap hari menghitung waktu untuk berjumpa suami, untuk tinggal bersama suami, menyediakan makan minum suami, menjaga kebajikan suami.. dan sebagainya... tapi sedar x sedar, waktu yang dihitung merupakan waktu kematian yang pasti tiba.. semakin jauh masa meninggalkan kita, semakin dekat kita meninggalkan dunia. Semoga kita sama2 dapat muhasabah diri.. ya Allah, kurniakanlah kami kematian yang baik, redhailah kami di saat kami bertemu denganMu...kepadaMu kami pasti kembali....

alhamduliLlah, semakin tabah saya kat cni, makin berjauhan dengan suami..makin saya memahaminya..alhamdulillah, berkat doa suami..semuanya berjalan lancar.. kalau mula2 dulu, selalu sedih, rindukan suami sangat2..hanya Allah tempat mengadu.. kami hanya berjumpa 2 minggu sekali dalam keadaan yang sentiasa kelam kabut, mengejar masa... kadang2 Allah bagi kami peluang jumpa seminggu sekali..semuanya atas izin dan redha Allah..walaupun banyak kos yang dikeluarkan tapi Allah tambahkan lagi rezeki suami, alhamdulillah dengan belas kasih sayang Allah ta'ala juga kami tidak kesempitan rezeki...ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang baik lagi halal, buat kami menolong ahli keluarga kami, buat kami menolong orang2 yang memerlukan...kurniakan kami sifat suka bersedekah..amin ya Rabb

Buat suamiku yang kucintai, yang sentiasa kurindui... kat sini ada sajak buat kekanda, maaf ye abangku copy dari jiran sebelah...hihi, tapi apa yang tertulis tuh memang itu yang dinda nak gtau, cuma x pandai bermadah2... so bila explore2 jumpa la sajak ni...harap kanda suka :)

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


"Ya Allah..Ya Rahman..Kau yang menciptakan Cinta, Kau yang Berkuasa, Kau yang Maha Mengetahui tiap2 hati yang tersembunyi..Aku pohon PadaMU dengan rasa hina dan rendah diri..Kau pelihara tiap langkah suamiku, redhailah setiap apa yang suamiku lakukan, kurniakanlah kami zuriat yang soleh yang tidak mensyirikkan Kau, berikan kami rezeki yang halal lagi baik, matikanlah kami dalam iman dan Islam..kau ampunkanlah dosa2 kami samada yang kami sedar maupun yang tidak sedar, ampunkan juga dosa2 ibu bapaku, ibu bapa mertuaku, adik beradikku, seluruh ahli keluargaku, keturunanku, sahabat2ku, kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..makbulkan doaku ya Allah..Kau lah Tuhan Yang Maha Agung..tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu pesuruhMu.." amin, amin ya Rabbal 'alamin..

Saturday, September 25, 2010

Mari sembang2..

BismiLlahir rahman nir Rahim..

walhamduliLlahi 'ala kulli hal.. Segala pujian hanya milik Allah Tuhan semesta alam.. yang masih memberi peluang pada diriku yang serba lemah dan hina ini untuk bernafas di muka bumi ciptaanNya, masih lagi mengecap tiap nikmat yang dikurniakanNya.. subhanallah.. walhamdulillah.. Syukur juga kerana Dia masih sudi mendengarku, ya Allah..semoga Engkau sentiasa mengasihani kami..amin... selawat dan salam untuk kekasih Allah yang dirindui... Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam bersama para sahabat r.anhum yang dimuliakan Allah dan para hamba-hamba yang soleh yang sentiasa berada di jalanNya..

Terasa nak menulis sesuatu kat sini yang agak lama dipendam tapi, asyik tertangguh.. biasanya benda baik tak elok ditangguh2, tapi benda elok ni la yang sentiasa ditangguh.. tak lain tak bukan adalah kerana sebab kuatnya bisikan syaitan laknatuLlah.. kenapa nak ikut bisikan hati tu? Bukan kah dia menyesatkan? Allahuakbar...kelemahan kami ya Allah..ampunilah aku atas dosa2 ku.. Sebenarnya bukan senang nak menulis ni.. lebih-lebih dalam hal kebaikan.. ya semoga Allah sentiasa menetapkan iman kita di jalanNya yang benar.. semoga dengan tulisan-tulisan ku ini, mampu mengubah hati-hati yang keras atas izin Allah, termasuklah diriku sendiri yang serba serbi lemah ini :( alhamdulillah, disebabkan sokongan seseorang juga saya terus bersemangat untuk menghasilkan entri yang baik dan dikira di sisiNya... seseorang tu tak lain tak bukan, suami saya yang dicintai dan dikasihi.. :)

Alhamdulillah, selagi jariku masih mampu dan berupaya, yang juga atas izin Rabbku, saya cuba menulis blog saya untuk kebaikan sama ada untuk tatapan pembaca dan diri saya sendiri.. bukan apa, kadang2 orang boleh dapat hidayah melalui pembacaan. Asbab dari pembacaan juga kita akan banyak berfikir, ilmu akan bertambah dan secara tak sedar ia dapat mengajar kita untuk menjadi seorang 'guru' dan pembimbing walau kita bukan guru.. tapi tanggungjawab sebagai seorang pembimbing perlu ada untuk setiap manusia sebab Allah dah bagitau kat kita yang sebaik-baik manusia ialah mereka yang mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran...semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah untuk melaksanakan tiap tanggungjawab yang diberi..amin ya Rabb..

Tapi beringatlah saudara seagamaku, tiap tulisan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... setiap maklumat atau ilmu yang diperolehi, sebaik-baiknya beritahu lah dari mana sumbernya.. di akhirat nanti, Allah tanya sumber tersebut. Sekiranya ia berbentuk kata-kata nasihat, di akhirat nanti Allah tanya sama ada kita beramal dengan apa yang kita katakan atau tidak..Allahuakbar. Sekiranya ia dari hati kita, di akhirat nanti kita lah yang bertanggungjawab sama ada niat kita ikhlas untuk mengajak pada Allah atau untuk menunjuk2 kehebatan kita dalam berdakwah. Sekiranya, kita menceritakan keburukan2 orang lain.. maka lagi berat lah tanggungjawab kita untuk membela diri.. wa nau'zubillahi minzalik.. :( Ya Allah, Pandanglah kami dengan rahmatMu.. Lindungilah kami dari tiap kejahatan dan fitnah di muka bumi ini...hanya Engkau tempat kami kembali...

Sebenarnya, kali ni nak sembang pasal iman.. yang dah lama kita lupakan dan tinggalkan.. bahkan kita sedar dia pergi, tapi kita wat2 x tau... semoga kita berusaha mencarinya, semoga Allah kasihan kat kita, tetapkan iman kita.. :( Iman adalah sesuatu yang berharga yang apabila seseorang dah memilikinya, mustahil baginya untuk melepaskannya... Lantaran tu juga, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w bercita-cita tinggi untuk syahid dalam meraih cinta Allah mempertahankan agamanya, sanggup korbankan harta dan nyawa untuk agama. Sekali Allah dah campakkan iman dalam hati mereka.. mereka menjadi orang baru yang memiliki akhlak yang memukau.. mereka mempertahankan iman mereka walaupun mereka dibunuh, dicaci, diludah orang2 kafir...semoga Allah mengurniakan dan tetap memuliakan mereka dan ampunilah dosa2 umat Muhammad s.a.w.. :(

Saya juga lemah, amat lemah..tapi sama2lah kita perbaiki diri.. renung diri, muhasabah diri, lihat diri, minta kat Allah..solat la..solat la..solat la... berapa ramai yang x solat tapi menginginkan yang bukan2 dari Allah...macam mana Allah nak bagi tiap permintaan kita tapi tiap perintah Allah tak dihiraukan.. ibarat mak kita suh kita belajar bagi lulus pekse..tapi kita x hiraukan permintaan mak kita..tup2 nak beli laptop, hp canggih..agak2 mak bagi tak?... mak saya of course tak bagi.. jaga solat ye sahabat2 ku yang dikasihi.. Bila lagi kita nak berhubung dengan Dia kan :) dalam solatla... kalau nak minta tambah permintaan lagi, buat la solat sunat..Allah amat kasih dan sayang bila kita sentiasa mengingatiNya..

"Wahai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat." (al-Baqarah:45)

Hadrat Ibnu Abbas r.a berkata bahawa satu ketika beliau bersama baginda s.a.w di atas kenderaan. Baginda bersabda kepadanya, "wahai budak, aku hendak beritahu kamu akan beberapa perkara, maka dengannya Allah ta'ala akan memberi manfaat kepada kamu." Hadrat Ibnu Abbas berkata, saya meminta, "Ya Rasulullah, tolonglah beritahukan."

Sabda baginda s.a.w,"Jagalah Allah (yakni tunaikan hak2Nya), maka Allah ta'ala akan menjaga kamu. Untuk menjaga (hak-hak) Allah, kenallah (ingatlah) Allah tika kamu dalam keadaan berada. Maka ketika kamu mendapat musibah, maka Dia akan mengingatimu. Ketahuilah dengan baik bahawa apa sahaja musibah yang telah menimpa kamu, mustahil ia tidak pernah menimpamu dan apa yang belum menimpamu, mustahil ia pernah menimpamu. Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk memberi sesuatu musibah kepadamu sedangkan Allah ta'ala belum berkeinginan begitu, maka kesemua sekalipun tidak mampu memberi apa2 kepadamu.

Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk menjauhkan sesuatu musibah daripadamu, sedangkan Allah tidak berkeinginan begitu, maka tidak sekali2 mereka mampu menjauhkan musibah tersebut. Pena takdir sudah menulis segala-galanya yang akan berlaku hingga hari kiamat. Apabila engkau memerlukan sesuatu, maka mintalah dari Allah sahaja. Apabila engkau memerlukan bantuan, mintalah bantuan dari Allah sahaja. Jika engkau bertawakkal, maka bertawakkal lah pada Allah sahaja. Dengan iman dan yakin serta syukur beramallah kerana Allah. Ketahuilah dengan baik bahawa sabar ketika sesuatu yang tidak disenangi adalah suatu kehebatan; pertolongan Allah bersama sabar. Berserta dengan musibah ada kesenangan; berserta dengan kesempitan ada keluasan; yakni apabila sesuatu musibah menimpa kamu, maka fahamlah bahawa tidak lama lagi akan datang kesenangan. Dan apabila kamu menghadapi kesempitan, maka fahamlah bahawa sudah hampir masanya untuk keluasan."

Hari2 kita main dgn anak2.. sembang dan jumpa isteri atau suami kekasih hati.. dapat makan baik2..minum lazat2.. pakai pakaian cantik2.. tiap bulan dapat gaji.. banyak sungguh nikmatnya..subhanAllah..walhamduliLlah..tapi berapa masa je kita nak ingat Allah kan.. kadang2 dalam solat terpandang2 makanan lazat, terkenang2 buah hati yang jauh di mata, kita x ingat Dia pun :( sedangkan Dia tetap di sana..sentiasa lihat kita..suka duka kita, sedih pilu kita..hanya Dia yang tahu... malah Dia tenangkan kita, bila kita minta, Dia tunaikan..bila kita sedih Dia gembirakan, bila kita terdesak, Dia leraikan.. Allahuakbar... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Takut2 bila kita tak minta di dunia..kita jadi peminta kat akhirat nanti sedangkan di akhirat nanti, Allah dah tak dengar setiap rintihan kita..sedihnya...setiap orang x mau pandang kita masa tu..hatta suami, isteri, anak2, ibu, ayah, kawan2..seorang pun x mau tolong kita bahkan buat2 x nampak kita disebabkan kedasyatan pada hari itu, semua manusia pelbagai ragam, melutut, murung, berduka... hanya seorang yang mampu tolong kita...dialah kekasih Allah yang sentiasa rindukan umatnya..Muhammad S.A.W

Semoga Allah sentiasa tetapkan hati dan iman kita, kuatkan iman kita... moga2 Allah berkenan kat kita di dunia ini dan hinggalah di akhirat nanti.. moga Allah kurniakan kita dengan kesabaran yang tinggi.. janji Allah ada untuk orang2 yang sabar..insyaAllah

"Sesungguhnya barangsiapa bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia2kan pahala orang2 yang berbuat baik." (surah Yusuf: 90)

::Sumber rujukan hadis: Kitab Fadhilat Sedekah (Jilid2), tulisan Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi 'alaih

Friday, September 3, 2010

Malam lailatul-Qadr

Bissmillahi walhamdulillah...segala pujian bagi Allah di atas segala macam nikmat dariNya.. di atas kesudian Nya memberikan aku peluang untuk menaip kat sini sepatah dua kata..

Alhamdulillah..sedar tak sedar, arini dah hari jumaat..saat yang aku selalu tunggu2..sebab tiap kali jumaat (2 minggu sekali), msti terpk nak bercuti pada hari esoknya... tiap kali jumaat jg, aku akan bersiap2 nak jumpa suami..sama ada aku kena blk pahang nak jumpa kekasih hati..atau kekasih hati nak turun Penang... tapi untuk hari jumaat kali ni, hati aku berbunga skit sebab nak balik kg suami untuk cuti beraya.. insyaAllah ini adalah kali pertama kami beraya bersama...dan seumur hidupku, aku tak pernah jauh dari beraya dengan keluarga tersayang..tp insyaAllah kali ini, aku beraya dengan keluarga tersayang juga..keluarga suami...moga ikatan yang dibina ini akan terus mendapat limpahan kasih sayang Allah...aiseh rindu mama, bapa, adik2...

kali ni nak sembang pasal malam yang mulia dan lebih baik dari seribu bulan (lailatul-Qadr). Alhamdulillah, malam ni adalah malam ke 25..merupakan malam ganjil.. ada hikmah aku balik esok pagi..insyaAllah semoga berpeluang lagi untuk bermunajat di malam hari... mula2 sedih juga sebab balik pagi sabtu..tapi asbab tiket dah habis...Allah izinkan juga aku utk balik keesokan harinya... Malam yang tak pernah kita temui selain pada bulan Ramadhan yang mulia... Allah sudah menjanjikan bahawa pada malam tersebut, setiap doa akan didengar dan diterima...setiap dosa akan mendapat keampunan Allah azza wajalla..setiap permintaan pasti dan 'cash' Allah bagi...subhanallah...malam tu juga ibadatnya adalah sama dengan ibadat 83 tahun..subhanallah..

Moga Allah perkenankan niat kita untuk bermunajat di malam hari, untuk meratapi setiap dosa, menangisi setiap kesalahan dan kesilapan...terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.. :( tetapi atas limpahan rahmat dan kasih sayang Allah...hapus lah dosa tersebut.. bayangkan kita tak tau smpi bila hayat kita... mungkin tak sampai pun 83 tahun...kalau dah sampai dan lebih tu...sudah menjadi satu bonus...dapat la berbuat amal dan kebaikan...tapi andainya jangka hayat pendek.. insyaAllah akan menjadi satu bonus bila dapat meraih malam lailatul qadr ni..Allahuakbar....

Alhamdulillah, selagi ada hayat di kandung badan semoga kita sentiasa dan istiqomah dalam menjaga malam2 kita.. pohonlah pada Allah..sesungguhnya Allah lihat kita pada malam itu, Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang...Allah dengar kita, Allah dengar setiap rintihan kita...Allahuakbar.. lebih dari itu, Allah ampunkan segala dosa2 kita...kita cubalah usaha untuk bangun pada malam tersebut... alhamdulillah...malam2 terakhir begini, kami sentiasa pastikan supaya dapat berpeluang untuk berbisik2 kat Allah...ya Allah... kami pasti merindui malam lailatul qadr, kami pasti merindui ramadhan.. usahala ye..kurangkan makan...kurangkan bersembang yang bukan2..insyaAllah bila kita sentiasa usaha untuk jaga hubungan dgn Allah.. mudah kita nak berbuat amal...sebab Allah bantu kita...Allah tolong kita yang lemah dan hina ini untuk berbuat kebaikan..walaupun kita lemah, tp dengan sebab kasih sayang dan limpahan rahmatNya..Allah tolong kita untuk berbuat kebaikan..alhamdulillah..walhamdulillah..

insyaAllah..sambung nanti ye...nak buka posa dah....selawat dan salam ke atas junjungan Rasul Muhammad S.A.W