Sunday, June 8, 2008

Percutian Mabul

BismiLlah hir Rahman nir Rahim..

Alhamdulillah..segala puji hanya milik Allah.. yang masih sudi memberi aku peluang untuk menulis.. sedikit coretan kali ini pasal percutian keluarga baru2 ini..alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai ke rumah setelah bercuti lima hari di Semporna sabah.. Segala puji dan syukur untuk-Mu Tuhan di atas peluang ini.. Peluang untuk menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Indah dan peluang bersama keluarga tersayang..

Perjalanan untuk sampai ke destinasi lebih kurang setengah hari perjalanan..jauh tuh.. bertolak selepas subuh, dan tiba ke destinasi di akhir waktu maghrib..Tapi tak terasa sangat, sebab bersama rombongan keluarga..akhirnya sampai juga ke destinasi pertama (Semporna, Sabah).. Memang first time jejak kaki kat sini, walaupun dah bertahun2 hidup kat sabah..hehe..sebelum nih tgk kat TV jer la pasal pulau2 sabah nih..:)

Segala puji dan syukur lagi untuk-Mu Tuhan..SubhanAllah..cantiknya ciptaan Tuhan.. ana memang peminat pantai..sekali sekala bercuti di pantai, memang menyenangkan dan amat2 lah mententeramkan jiwa..

Dawn Challet

Destinasi seterusnya..ke Pulau Mabul.. perjalanan ke Pulau Mabul dari Semporna memakan masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki bot. Di sepanjang perjalanan tuh mata tak habis2 pandang alam ciptaan Tuhan..SubhanALlah..cantik betul pantai.. terasa diri begitu kerdil dengan keindahan alam semula jadi, keluasan laut yang memukau..air yang jernih..Allah..memang cantik..Keindahan yang memukau di tengah2 lautan..teruja sangat2 tengok pulau (maklumlah tak pernah jejak..hehe)..

Air cetek di tengah2 lautan

SubhanALLAH..menurut kata boat driver tuh, air laut tuh memang cetek.. kalau tengah hari, boleh jalan kaki jer ke Semporna daripada Pulau Mabul disebabkan kecetekan air tuh..Bot terpaksa di slowkan sebab air yang cetek.. rasa cam nak terjun jer.. tapi takut pulak sebab berada di tengah2 lautan..lebih kurang 5 minit selepas tuh, paras air dah makin tinggi, bot pun semakin laju..destinasi tak sampai lagi..tapi alhamdulillah pulau tuh dah nampak daripada jauh lagi...masyaAllah..




Sampai ke destinasi, terasa nyaman.. walaupun penat sikit dengan cuaca yang agak panas..tapi seronok dengan orang2 kampung yang melayan dengan begitu mesra.. selepas memberi sedikit buah tangan dan merasa sedikit buah tangan daripada mereka, perjalanan kaki diteruskan untuk mencari port bermandi manda.. terasa nak mandi, tapi disebabkan cuaca yang agak panas...tak jadi pulak.. adik2 kecik jer yang mandi..Selesai bermandi manda, sembang2 pulau..kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Semporna. Menurut boat driver tuh, tak leh lelama..sbb takut ombak makin besar.. maklumlah dengan kepadatan bot tuh dengan jumlah 17 orng.. budak2 kecik pun ramai.. driver tuh naik risau..tapi alhamdulillah..perjalanan kami dimudahkan Allah s.w.t.. Segala puji dan syukur untuk Tuhan..






Alhamdulillah..selamat tiba di Semporna.. syukur ke hadrat Allah.. Sebenarnya di awal perancangan, Pulau Sipadan pun salah satu destinasi percutian..tapi disebabkan beberapa hal, terpaksa cancel.. rupanya bukan senang untuk ke pulau Sipadan.. terpaksa minta kelulusan kerajaan.. itu bukanlah masalah sebenarnya sebab memang dah minta, cuma keadaan di sana yang tak mengizinkan..tak tau kenapa..agaknya sebab cuaca ataupun keluarga kami yang terlalu ramai dengan budak2 kecik dan anak2 dara..:) wallahu'alam... semuanya dalam pengetahuan Allah..Bersyukur dengan ketentuan Allah, semuanya dimudahkan..balik dengan selamat..tiba di challet..sessi untuk merehatkan diri pulak..






p/s: Percutian kali ini agak panjang juga kisahnya, untuk yang sudi mengikuti kisah selanjutnya.. bolehlah berpaut pada pautan berikut ya :) http://wardatulshaukah.blogspot.com/2008/06/bercuti-ke-semporna-pulau-mabul-and.html

No comments: