Orang yang Disegani Malaikat
Siti Aisyah ra meriwayatkan bahawa pada suatu hari Abu Bakar minta izin bertemu Rasulullah sedang berbaring dan bajunya terangkat sehingga salah satu betisnya nampak.
Selesai berbincang, Abu Bakar pun segera pulang. Kemudian datang Umar dan selepas berbincang beberapa waktu lamanya.
Umar pun pulang. Kebetulan Uthman datang dan minta izin bertemu dengannya.
Mendengar Uthman yang datang, Rasulullah tiba-tiba duduk dan merapikan pakaiannya, lalu menutupi betisnya yang terbuka.
Selepas Uthman pulang, Aisyah bertanya: ”Ya, Rasulullah engkau tidak bersiap bagi kedatangan Abu Bakar dan Umar seperti kepada Uthman.”
Rasulullah SAW menjawab: ”Uthman seorang pemalu. Kalau dia masuk sedang aku masih berbaring, dia pasti malu untuk masuk dan akan cepat-cepat pulang sebelum menyelesaikan hajatnya. Hai Aisyah, tidakkah aku patut malu kepada seorang yang disegani malaikat”. (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah SAW mengangkat malu ke permukaan sebagai teladan dan pelita dalam mendidik umat. Bukankah Rasulullah SAW bersifat pemalu bahkan lebih pemalu daripada seorang gadis pingitan?
Bukankah beliau juga bersada: ”Malu tiada menimbulkan kecuali kebaikan”
Penyair juga menyanyikan sajak malu sebagai berikut bermaksud: ”Seorang tetap dalam kebaikan selama bersifat pemalu (Kayu gaharu tetap berharga selama ada kulitnya). Demi anda dan ayah anda, tidak ada kebaikan dalam kehidupan. Dan tidak pula di dunia bila hilang malunya”
Kesabaran Abu Bakar r.a atas kekurangan pakaian dan khabar gembira dari Jibrail a.s
Telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab Al-Hilyah daripada Ibnu Umar r.a katanya: ”sedang Nabi saw duduk dan Abu Bakar berada di sebelahnya yang sedang memakai sehelai jubah yang diikat dengan duri di bahagian dadanya. Jibrail telah turun kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan salam daripada Allah kepada baginda SAW dan berkata: ”Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat keadaan Abu Bakar memakai jubah yang diikat dadanya dengan duri”. sabda Rasulullah SAW: ”ya jibrail, beliau telah membelanjakan hartanya untukku di jalan Allah sebelum pembukaan Mekah.”
Jibrail berkata kepada Rasulullah SAW: ”Sampaikan salam dari Allah kepadanya dan tanyakan kepada beliau bahawa Tuhan kamu bertanya kepadamu: ”Adakah engkau redha denganKu dalam keadaan kefakiranmu ataupun engkau marah padaKu?”
Apabila mendengar yang sedemikian: salam dari Allah SWT dan pertanyaan itu, Abu Bakar r.a telah menangis dan berkata:”Adakah patut aku marah terhadap Tuhanku? Aku redha dengan Tuhanku. Aku redha dengan Tuhanku!”
No comments:
Post a Comment