Wednesday, June 6, 2012

Anak oh anak...


BismiLlah…walhamduliLlah…

Nak bercerita sikit…petang tadi jalan2 di Bandar Temerloh…bukan lah jalan-jalan…tapi nak kena bayar sewa kereta, bil telefon, dan ke klinik..kesian encik zauji… menderita kesakitan…ya Allah, semoga dengan kesakitan yang Engkau beri buat suamiku, akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu, sama ada dosa-dosa besar, mahupun dosa-dosa kecil…amin ya Rabb…Ayah mertua pun ikut sekali, mak mertua pun sama…ayah nak ke klinik juga sebab rasa sakit-sakit…beliau tak berapa sihat semenjak 2 bulan yang lalu…semoga Allah sembuhkan ayah mertuaku…amin ya Rabbi…

Sebenarnya, semenjak menjadi ibu ni…saya mendapat satu tabiat pula…tak tahu lah tabiat baik ke tabiat buruk…huhu..yang mana saya ni pantang betul la tengok kedai or Butik Bayi…Allahuakbar…pantang jumpa, mesti serbu… tak la bershopping sakan pun…Cuma sukanya lah nak tengok…Apa yang menjadi kegilaan saya ialah baby’s accessories such as for breastfeeding, for baby’s healthy, feeding, drinking…nak2 pulak Mahfuzah dah boleh makan sekarang…. suka tengok peralatan makan2nya.. minum2nya.. tapi, memang my baby perlukannya…Cuma saya ni agak pemilih nak yang berkualiti sangat, even harganya agak mahal…tapi bagi saya, biar lah berkualiti..saya sebagai ibu akan berpuas hati bila anak merasa selesa..dan sentiasa sihat…Apa pun, sakit dan sihat datangnya dari Allah…sebagai parents, berikan lah mana yang baik kan.. 

Tadi singgah lah ke Tunas Manja, Temerloh…hajat ayah mertua nak cari durian belanda untuk penawar kanser… rupanya dalam Tunas Manja pun ada butik bayi…seronoknya…dah lama saya mencari kedai baby pelbagai brand kat Temerloh ni tapi tak jumpa…walaupun macam2 brand ada…tapi tak la lengkap…so saya cuci mata je tadi…

Walaubagaimanapun, sempat lah beli barang ni…dah lama sangat nak beli…nak beli online…mahal pula…so, bila jumpa brand ni saya terus ambil…



benda ni ialah digital thermometer..digunakan untuk mengesan sama ada bayi memiliki suhu badan yang tinggi atau tidak…pendek kata, ia digunakan untuk nak tau sama ada baby demam atau tidak…memandangkan tempat tinggal saya jauh dari klinik…so, ia merupakan satu keperluan buat Mahfuzah…alhamduliLlah,…

Sebenarnya 2 minggu lepas, saya ada beli storage bottle for express breastmilk…alhamdulillah sangat berbaloi membeli belah online di e-mumshop.com.. AlhamduliLlah rezeki Allah buat Mahfuzah bila Ummi dah mula buat stok breastmilk awal bulan Mei lepas…so storage bottle yang berjumlah 10 botol tu habis ummi gunakan…then, guna liners pulak…tapi fikir2, memang perlu juga beli storage bottle.. Alhamdulillah, order hari ini..esoknya barang pun sampai…ape lagi, rasmi la botol2 tu keesokan harinya :)

Bumble Bee Bottle Storage

 MLO's Bottle storage

Last but not least, walaupun entry ni macam tak de faedah…tapi saya harap ia amat berfaedah dan bermanfaat buat ibu-ibu yang berkejaya yang ingin memberikan yang terbaik untuk anak2…entry ni sebagai satu sokongan untuk ibu-ibu khasnya ibu yang menyusukan..ingatlah, anak2 amanah Allah untuk kita..kita lah yang mencorak anak2 kita sama ada ingin menjadi yahudi atau nasrani…wallahualam

No comments: