Sunday, April 19, 2009

Fadhilat al-Quran (Hadis 16)

Bismillah...

Hadis 16
Hadrat Aisyah r.anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Membaca al-Quran dalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-Quran di luar solah lebih afdhal daripada tasbih dan takbir (memuji ALLAH s.w.t). Tasbih adalah lebih afdhal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdhal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka." (Hadis Riwayat Baihaqi).

Keterangan Hadis
Ketinggian membaca al-Quran daipada zikruLlah adalah jelas kerana al-Quran adalah perkataan ALLAH s.w.t. Pengarang Kitab Ihya' Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Ali radhiaLlahu anhu : "bahawa sesiapa yang membaca al-Quran ketika berdiri dalam solah akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran dalam solah dalam keadaan duduk akan diberi lima puluh pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran di luar solah dalam keadaan berwuduk akan mendapat dua puluh lima pahala. Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa wuduk akan mendapat sepuluh dan sesiapa yang tidak membaca tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf.

::Fadhilat al-Quran, Maulana Muhammad Zakariyya (rahmatuLlahi 'alaihi)

No comments: