Tuesday, July 29, 2008

27 Rejab - Peristiwa Israk Mikraj

BismiLlahir Rahman nir Rahim..

Alhamdulillah, segala puji buat Allah yg masih memberi peluang untuk aku mengimbas kembali peristiwa bersejarah dalam kehidupan umat Islam (yg benar2 bersejarah bg ana).. Hari ini tanggal 27 rejab mengingatkan ana pada peristiwa Kekasih Nabi Allah, Rasulullah sallallahu a'laihi wassalam yang telah di perjalankan Allah Subhana wa Ta'ala bermula dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, dan seterusnya dari Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha langit yang ketujuh..subhanallah..Maha suci Allah yang memiliki Kemuliaan dan Keagungan yang telah mengurniakan hadiah yang cukup besar dan bererti buat Nabi S.A.W

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat kelak..Saat hari Qiamat itu pasti.. azab neraka itu benar, syurga itu benar adanya.. Maha suci Allah yang memperlihatkan Kebesaran dan Keagungan-Nya khusus untuk Nabi Kekasih Allah dan umatnya.. atas sebab peristiwa ini, Allah S.W.T berkenan untuk mengurniakan kemuliaan khusus untuk umat Nabi Sallallahu a'alahi wassalam...subhanAllah..

Peristiwa ini berlaku atas sebab kasih sayang dan pujukan Allah Azza Wa Jalla buat Nabi Muhammad S.A.W, yang mana pada masa tuh, Nabi Kekasih Allah mengalami tekanan yang hebat, yang mana ajaran baginda ditolak, bukan sahaja ditolak malah baginda telah dihina, dicerca dengan cukup hebat dari orang2 kafir.. Tamparan yang hebat bila mana dua orng individu yang amat dicintai Nabi S.A.W pergi menghadap Ilahi meninggalkan Rasulullah S.A.W seorang diri dalam keadaan dipulau dan dibenci orang2 kafir. Yakni isteri baginda Khadijah Khuwailid dan Ayah saudara baginda, Abu Talib.

Allahuakbar, sukar digambarkan kehidupan dan perasaan baginda S.A.W di waktu itu.. hanya Allah tempat mengadu, hanya Dia yang Tahu..dan Dia benar2 Mengetahui..Dia benar2 Melihat setiap urusan hamba-Nya..Atas sebab Kasih Sayang-Nya buat Nabi S.A.W, peristiwa Israk Mikraj berlaku..

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra' - ayat 1)

Terasa sayu bila mengenang peristiwa dan kenangan itu. Selawat dan salam ke atas Baginda rasulullah Sallallahu a'alaihi wassalam...berserta ahli keluarga baginda, seluruh para sahabat dan tabi'in dan sesiapa sahaja yang mengikuti baginda...

1001 ketaakjuban yang dilihat Baginda S.A.W ketika diisrakkan sampai ke Sidratul Muntaha, langit yang ketujuh. Antara peristiwa yang terlalu menyentuh hati ana dalam peristiwa itu adalah mengenai wanita.. semoga menjadi iktibar dan pengajaran bagi wanita Muslim dan ramainya penduduk wanita adalah 2/3 daripada penduduk dunia ini..:( wallahu 'alam

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj tersebut, Nabi S.A.W telah melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu baginda S.A.W bertanya kepada Jibril alaihissalam mengenai kawasan tersebut. Jibril menjawab, "Itulah Makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau adalah pengasuh anak Firaun LaknatuLlah, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat yang kuat, dan jiwa keislaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu ketika, Masyitah sedang menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan Allah, dia bertanya kepada Masyitah siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah Tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyitah. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda S.A.W turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah S.A.W menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda S.A.W diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda S.A.W ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi
iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda S.A.W melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda S.A.W juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

:.Sumber.: http://www.rakanmasjid.com/modules/news/article.php?keywords=rejab&storyid=26

Terlalu banyak peristiwa yang dirakam sempena peristiwa ini menurut banyak hadis sahih.. tapi ana hanya selitkan peristiwa besar yg mengaitkan wanita sahaja.

Nabi s.a.w bersabda: "Aku meninjau dalam syurga dan melihat kebanyakan ahlinya adalah org2 yg faqir. Aku meninjau ke dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita". (HR Bukhari dan Muslim)

Mengenangkan sabda Nabi S.A.W, jiwa terasa lemah..dan berkata "akulah penghuninya". Semoga Engkau mengampuni segala dosa2 kami yang lemah ini. Bimbinglah kami ke jalan Redha-Mu..Janganlah kiranya Engkau biarkan kami hanyut dalam dakapan dunia.. andainya kami dibiarkan, sungguh amat celaka lah kami. Hanya Engkau tempat mengadu. Semoga Engkau mengampuni seluruh dosa2 para kaum wanita dan seluruh umat Nabi S.A.W keseluruhannya..

“Sekiranya pada hari kiamat nanti diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam neraka kecuali seorang.” Maka saya masih menaruh harapan dengan rahmat Allah S.W.T bahawa yang seorang itu ialah saya. Jika diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam Syurga kecuali seorang. “Maka saya takut bahawa kerana kelemahan amal perbuatan saya, mungkin yang seorang itu ialah saya.” Umar r.a (wallahu'alam)

Thursday, July 24, 2008

Kisah Kijang dan anaknya

BismiLlah...

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau." Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Tuesday, July 15, 2008

Kerja Satu Ibadah (II)

Bismillah hir Rahman nir Rahim

Segala puji hanya milik Allah Tuhan Azza Wa Jalla.. mengizinkan aku masih di sini, hidup di bumi-Nya.. memberi aku peluang merasai setiap ujian demi Kasih-Nya, semoga Engkau tak lupakan aku.. Aku mohon perlindungan-Mu dari tidak mampu memuji-Mu seperti Engkau memuji Diri-Mu..Maha Suci Allah.. tidak mampu diriku untuk menghitung tiap nikmat yang Engkau berikan..tidak mampu diriku untuk mengira tiap hikmah kejadian yang telah Engkau tentukan… Terima kasih dan syukur buat-Mu, izinkan aku mengasihi-Mu sehingga nafasku terhenti… Semoga Engkau mengampuni segala dosa2 yang pernah aku lakukan..serta dosa2 seluruh umat muslimin dan muslimat di alam maya ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..amin yaa Rabbal ‘alamin…Selawat dan salam untuk Rasul junjungan Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan seluruh para sahabat r.anhum.

Minggu lepas, dengan izin Allah Ta’ala ana ditawarkan kerja, alhamduliLlah... Ana redha andai rezeki kali ini dapat bantu ana dalam segala hal khususnya dalam urusan agama.. Semoga Dia memudahkan apa yang sukar bagiku.. dan semoga rezeki yang dikurniakan ini rezeki yang baik lagi halal.. terasa sukar nak lepaskan kerja yang sedia ada..tapi sedalam mana dan telitinya perancangan manusia tak kan sama dengan perancangan Allah Ta’ala yang Maha Mengetahui..

Saat perpisahan dengan anak2 memang amat la terasa.. lebih2 lagi ana dah semakin rapat dengan mereka.. perasaan sayang tuh pun dah makin tebal semenjak mula2 ana keja bersama dorang lagi.. Saat nih aku rindukan suasana Tadika Sri Pelangi yang telah pun aku tinggalkan.. rindu kat suasana tuh hanya Dia yang Tahu.. Rindu kat anak2 lebih2 lah lagi… Rindu saat bersama mereka, bermanja bersama mereka, bermain bersama mereka, mengasuh mereka.. Semoga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala fitnah dan kejahatan dunia..amin…

Semoga Engkau memperkenankan doaku… peliharalah mereka dari segala dosa dan noda…jauhkan mereka dari azab api neraka-Mu yang dasyat… Semoga kelak mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah.. penghibur dan penawar hati ibu bapa.. amin.. Apa yang aku dah buat dalam masa 3 bulan aku mendidik mereka?? Engkau lah yang memperhitungnya kelak..dan maafkan aku andainya terdapat sesuatu perkara yang telah ku lakukan yang telah membuatkan Engkau merasa tidak senang denganku ataupun Engkau murka dengan ku..Sudilah kiranya Engkau mengampuninya…

Aqil 3 thn

Saat ini, terkenangkan Aqil Hakim..anak yang semakin rapat dengan ana.. Semakin ana nak tinggalkan dia, makin rapat pula..bukan niat ana nak merapatkan diri dengan dia saat2 nak tinggalkan dia… memang sebelum resign tuh, ana cuba2 untuk jauhkan diri dari Aqil.. ana cuba luangkan masa terhad untuk setiap budak2 kat sekolah tuh..sesiapa saja yang nak bermanja, ana layan.. sayangnya kat dorang nih.. adat bg budak kecil..bila kita sayang kat budak2 lain… yang lain2 akan rasa cemburu, termasuklah Aqil… bila bermanja dengan budak2 lain, Aqil mula sibuk nak approach…tak sampai hati nak biarkan.. bukan niat untuk membiarkannya..jauh sekali buat dia rasa cemburu… ALLAH.. makin risau dibuatnya, hanya Engkau yang Tahu..bila rules kat tadika tuh macam askar… treat budak2 macam askar..rotan sebesar lengan semata2 nak takutkan budak2 yang masih kecil..yang masih mentah…yang hanya layak dalam pelukan belaian..Tak pe lah, mungkin disiplin mcm tuh mesti diterapkan untuk anak2 kat tadika tuh.. ana pun masih belum ada pengalaman dalam mendidik anak..ALLAH..Semoga Engkau pelihara mereka dari segala kerakusan dunia ini.. bukan nak salahkan sesiapa, tapi..ntahlah cukuplah Dia yang Mengetahui apa yg tersirat di hati….



Seminggu sebelum resign, aku dah rasa semacam akan kehilangan.. aku terasa semakin aku dekat ngan mereka, semakin aku tak leh nak bermanja ngan dorang..ntah lah..hari2 yang dilalui dalam masa seminggu ,mood pun dah bertukar..mesti dorang rasa lain macam bila ana dah pandai garang..huhu.. bukan niat nak berkasar ngan dorang. Jauh di sudut hati, aku sayangkan mereka.. ntah bila lagi dapat bertemu mereka..tengok muka dorang satu persatu buat ana sebak.. setiap kali masuk kelas, ana dah mula tinggikan suara kat dorang yang sebelum nih tak pernah ana buat (mgkn tuh yang makin manja bila tak pernah di marah)..dan dalam masa seminggu tuh juga, ana dah mula berkeras dan dah kurang manjakan mereka.. selepas kelas, nasihat kat dorang supaya tak nakal2 lg lepas nih.. ikut cakap teacher..ikut ckp mak abah.. sebenarnya, ana sebak masa tuh, tapi alhamdulillah control jugak lah air mata tuh.. sebak bkn apa, tengok wajah mereka satu persatu bila ana nasihat.. semua dengar dengan muka yang tak bersalah..Allah, sayangnya kat dorang nih.. lepas nih tak tau sama ada bertemu lagi atau tidak..semuanya dalam pengetahuan ALLAH s.w.t..

dari kiri : Irfan, Iman Haziq, Tharan, Amir

Aku benar2 rindukan mereka saat nih..tapi saat perpisahan tuh tetap berlaku..kata orang jangan tangisi sebuah perpisahan, tapi tangisilah sebuah pertemuan sebab tanpa pertemuan tak kan ada perpisahan..ya, adatlah…setiap pertemuan pasti perpisahan lah jawabnya..dan semuanya dalam Tangan Allah…sebak bila rindukan dorang..ALLAH..tak pernah pula alami begini..mcm pelik rasanya.. mngkn ujian buatku subhanALLAH…Tak bleh lupakan Aqil, Irfan, Sofea, Naim, Athirah, Adib, Hazim, Iman Haziq, Ismail, Ammar (sayang Ammar), Farhan dan semuanya.. tak mampu nak tulis semua nama mereka, bnyk sangat..

Irfan, seorang yang manja sangat.. bila kena marah suka buat muka merajuk..dan bnyk sngt ceritanya. Kekadang geram juga sebab setiap ceritanya dia nak kita dengar.. bile tak pay attention, merajuk tak nak kawan teacher pulak..alahai..setiap hari pasti ada cerita yang menghiburkan.. tapi sekarang ana dah tak dengar cerita tuh lagi..kadang2 rasa menyesal bila sehari dia bercerita, ada hari yang ana tak mau dengar ceritanya (bkn tak nak dengar, tp budak2 ramai sgt yg nak kena layan..so kena fair lah kat setiap anak2)..rindu kat Irfan dan sayangnya kat dia.. seorang lagi adik pada Irfan adalah Hazim..seorang yang pemalu bila dah ditegur..ingt lagi mula2 ana masuk ngajar, setiap kali masuk kelas..biasanya sebelum dan selepas belajar kena sayang teacher dulu (hug & kiss).. dan Hazim adalah salah seorang yang cool dan malu bila dimanja..tapi sebelum tinggalkan mereka ari tuh, dia dah mula nak sayang teacher..Allah…ingat lagi sebelum kluar kelas, bila semua dah habis sayang teacher..dia duduk diam je kat belakang (malu sbnrnya)..bila ana panggil dan tanya sama ada sayang teacher atau tak..dia terus datang kat ana dan peluk..subhanALLAH… rasa tenang dan sebak sedikit..huh..

Dari kiri: Syazliana, Athirah, Athifah.

Cukuplah kisah nih.. nak tulis panjang2 makin sedih dibuatnya… sahabat yang lain pelik juga sebab ana sayangkan dorang lebih2 padahal bukan anak sendiri..hehe, memang bukan anak sendiri.. tapi sebenarnya mereka adalah penawar dan penghibur hati, penenang jiwa, di masa kita hidup kat dunia yang penuh dengan ujian dan masalah..sama ada anak sendiri atau anak orang lain…tak kira mereka siapa, mereka tetap makhluk ciptaan Allah yang menenangkan jiwa MasyaAllah…Itulah salah satu nikmat yg Allah bagi untuk setiap pasangan yang dah berumahtangga.. So, jangan sia2kan zuriat anda.. =)

Aqil dan Najla

Terlalu banyak kenangan ngan budak2 kat tadika tuh..tempat tuh pun jadi kenangan..Di sanalah pertolongan Allah buatku malam dan siang.. mana buleh lupa.. Di sanalah Allah kurniakan ujian, di sana juga la Allah sampaikan pertolongan-Nya…subhanallah..Aku tak harapkan apa2 lg saat nih melainkan perhatian-Nya walau di mana aku berada… Kenangan bersama anak2 kat tadika tuh memang amat sukar dilupakan..semoga aku dapat bertemu mereka lagi di masa akan datang. Mungkin dah besar masa tuh, mngkn dah dewasa dah masa tuh..wallahu’alam…kalau tak mampu kat dunia nih, biarlah di akhirat dapat bertemu dalam keadaan yang diredhai…Doaku semoga mereka menjadi hamba2 Allah yang soleh dan solehah..amin ya Rabbal ‘alamin…

Saturday, July 5, 2008

24 Peringatan Buat Wanita

BismiLlah hir Rahman nir Rahim...

Semoga dengan izin Allah akan beroleh manfaat untuk diri khususnya, para sahabat dan para pembaca juga. Artikel nih ana simpan sebagai koleksi..sampai terlupa dari mana sumbernya..walau bagaimanapun ana cuba cari mana sumbernya...

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari Penyusun:
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumah tangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allahlah akan datang. Rumah tangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat di tempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan contohnya masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat seperti menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumah tangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah. Waallahu'alam.

Sumber : http://www.al-azim.com/~sungairambai/a-ingat.html



Thursday, July 3, 2008

Saat ini...

BismiLlah hir Rahman nir Rahim

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam..selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat r.anhum.

Saat ini, terkenang kan orang2 yg dirindui.. mak, ayah, adik2, nenek, Mak Su (Makcik Yam yang dirindui)… rindu kat Mak Su skarang..ntah apa la khabarnya di ketika ini.. apa jua yang dia lakukan, doaku semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupannya.. daripada kecil lagi, memang aku tak pernah berenggang dengannya.. tiap kali jumpa, memang bnyk la cerita yang terpendam selama tak jumpa tuh.. Dulu masa kecik2, dia lah kawan dan dialah kakak buatku…bila aku dah makin dewasa, dia ibarat kakak..jua ibu buatku.. sebenarnya aku sayangkan dia..huhu..Cuma tak pernah luahkan…dan di kala ini, aku benar2 rindukannya…

Semenjak dah berkahwin, aku terasa dah semakin renggang dengannya..mungkin disebabkan kesibukan bersama suami dan anak2..dan yang pasti bersama keluarga barunya di negeri Terengganu.. doaku semoga Allah sentiasa merahmati Mak Su bersama keluarga yang tersayang….

Ingat lagi masa sekolah dulu…ana stay sekolah asrama…so, masa untuk berjumpa tuh memang la terhad..klu nak jumpa pun tnggu masa cuti je.. Dalam masa tak pernah berjumpa tuh, kami hanya berhubung melalui surat (dulu2 tak de emel ataupun handphone mcm skarang).. Surat2 tu lah yang menghubungkan kami..ahh, rindunyaa…Adatlah bila dah rapat, kadang2 ada juga berlaku perselisihan faham.. tapi alhamdulillah.. sbg anak sedara..hormat tuh tetap ada kat Mak su…dan persefahaman juga penting dalam sesuatu perhubungan…

Ana memang tak buleh lupakan saat2 tuh… ntah bila lagi dapat bertemu dan mengulang kembali kenangan2 semua tuh.. mustahil untuk diulang kembali.. Dulu tiap kali ada masalah, memang dia lah tmpt ana rujuk… Masa dah pun berlalu, masing2 dah ada commitment masing2…tapi bak kata orang.. air dicincang tak akan putus… walaupun setiap kenangan dulu tak mampu untuk diulang kembali…tapi ia tetap bersemadi dalam ingatan..huhu… bila lah nak jumpa..ahh rindunyaaa…….