Saturday, May 30, 2009

Muhasabah Cintaku...



Wahai Pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini..
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada Mu..

Tuhan..baru ku sedar,
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu..

Kata-kata cinta terucap indah..
Mengalir berzikir di kidung doaku..
Sakit yg ku rasa..
Biar jadi penawar dosaku..

Butir-butir cinta air mataku..
Teringat semua yang Kau beri untuk ku..
Ampuni khilaf dan salah..
Selama ini ya Ilahi
Muhasabah cintaku...

Tuhan..
Kuatkan aku, lindungi ku dari putus asa..
Jika, ku harus mati..
Pertemukan aku dgn Mu..

Saturday, May 16, 2009

Alhamdulillah..

Bismillahir Rahman nir Rahim…

WalhamduliLlahi ‘ala kulli hal…segala puji dan puja hanya tetap milik Allah Tuhanku pencipta alam..seru sekalian alam..Maha suci Allah..Tuhan yang tiada Rabb selain-Nya.. kami adalah milik-Mu, kepada Mu la kami rindu…kepada Mu tempat kami berhukum.. kepada Mu tempat kami kembali… selawat dan salam ke atas RasuluLlah s.a.w yang amat dirindui, seluruh keluarga baginda s.a.w, seluruh sahabat2 r.anhum.. dan utk hamba2 yang soleh yang tetap di jalan Allah dan RasulNya.. semoga di redhai sehingga ke hari Qiamat…amin ya Rabbi…

Agak lama tak sembang agama…makin lama, memang rindu di buatnya..memang sayu.. hanya Dia tempat bermadu kasih.. meluahkan rasa hati.. alhamdulillah, ana nak share satu perkara.. syukur ke hadrat Allah Tuhan ku pengurnia iman dan hidayah.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2ku..segala dosa2 ibu bapa yg dikenang, seluruh sahabat2 yang dikasihi sangat2.. kehidupan berkumpulan atau sebuah jemaah memang indah subhanALlah.. lebih2 lagi bila dalam jemaah tersebut, punya fikrah yg sama.. apatah lagi, keadaan dalam jemaah tersebut mementingkan ukhwah kerana Allah dan RasulNya. Berkorban kerana Allah dan RasulNya.. ingat mengingati kerana Allah dan RasulNya.., gembira kerana Allah dan RasulNya..malah sedih dan pilu kerana Allah dan RasulNya..

Ana memang rindukan saat ini :) punya sahabat2 yg satu fikrah... fikir Allah, kenang Allah, rindu Allah, cinta Allah, suka Allah,..masya Allah…alhamdulillah, walau bukan jemaah besar, alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk jmpa seorang dua yang punya fikrah yang sama, yg kdang2 bncang pasal kehebatan Allah, bncang pasal kasih sayang Allah, bncang pasal korban dan cinta rasulullah s.a.w.. nangis2, rindu2..Engkau hebat ya Allah.. ada jg sorang dua sahabat yang ana tmpt dirujuk, walaupun ada jg yang kurang tahu, tapi peluang mendengar dan membantu tiap masalah membuatkan kita ikhtiar utk dapatkan ilmu, ikhtiar kongsi ilmu.. alhamdulillah… dulu, ana selalu share hal2 agama dgn adik lelaki.. terasa lapang alhamdulillah.. skang dah makin kurang.. :( mungkin atas dosa2ku :( smoga Allah mengampuni segala dosa2 kami yg pernah kami lakukan sama ada yg sedar ataupun tidak..

Alhamdulillah, setelah tamat belajar.. Allah bg rezki utk jadi programmer kat sebuah company Melayu Islam.. walaupun agak sibuk, kekuatan hanya dari Allah Tuhanku yang amat Pengasih.. ana tak jmpa seorang sahabat yg satu fikrah dalam persekitaran pekerjaan.. tp alhamdulillah, Allah masih sayangkan diriku.. ada seorang dua, atau tiga dan empat yang suka sngat mengingatkan saya hal2 agama dan kebaikan, subhanAllah…sayang mereka sangat kerana Allah.. Allah Tuhanku mengurniakan daku hadiah dan Rahmat, semoga Allah merahmati mereka..dan sentiasa meredhai mereka..amin ya Rabb..

Alhamdulillah, dalam agak sibuk mengurus diri.. melayan dunia yg fana, mengejar akhirat yg dah sampai masanya..Allahuakbar, Allah Tuhanku yang amat Penyayang mengurniakan hidayahNya buat sahabatku (ahli bait) untuk memeluk dan mendalami agama Allah..subhanALlah…walhamduliLlahi Rabbi.. memang saat itu adalah saat paling bahagia dalam hidupku.. umpama jalanku yang gelap, disinari cahaya malam :) memang teruja hanya Allah yg Tahu.. smua perkara di dunia adalah asbab, dan ketentuan jua keputusan hanya dr Allah Tuhan kita semesta alam…Allahuakbar!..

Atas ihsan seorang yang amat ana hormati, suka memberi ana nasihat dan bg cadangan dalam hal2 utk mncari redha Allah.. asbab tunjuk ajar beliau, ana cuba bimbing, ajak, seru sahabat ana kepada hal2 kebaikan.. atas izin Allah Tuhanku yang amat Penyayang, aku diberi peluang untuk buat majlis ilmu bersama beliau, solat jemaah dan alhamduliLlah ana cuba utk istiqomah.. utk agama Allah khususnya..amin ya Rabb..

alhamduliLlah, ana dapat kwn baru.. walaupun jemaah tak besar, hanya berdua.. itu dah memadai..alhamduliLlahi Rabbi..selalu sembang agama dgn beliau, bila kita cintakan satu perkara, kita usaha untuk mendapatkannya.. bila dah dapat, hati merasa bahagia.. tapi lumrah dan sunnah, kadang2 ada pasang dan surutnya :) terpulang pada kita untuk mengawalnya.. bukan mudah kita nak kekalkan kebahagiaan untuk perkara yg dicintai.. hanya kekuatan dari Allah Tuhan Azza Wa Jalla.. mudahkanlah tiap urusan agama kami..amin ya Allah… betapa hati kita kuat untuk mengekalkan cita2 dan impian kita utk perkara yg dicintai, namun setiap kejayaan pasti ada liku2nya.. mudahkanlah tiap urusan agama kami ya Allah..

Dari dulu hingga saat ini, aku hanya pegang “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”, sy pegang di mana ada kemahuan, di situ ada redha Allah… di mana ada kemahuan utk bgn tengah malam buat solat tahajjud, ye di situlah redha Allah.. tak susah, semua dari kita…kalau para ulama’ kata nak bangun malam, persiapkan diri, kurangkan makan, kurang melayan perkara2 lagho..ya ikut je, mudah kan..semua dari kita :) ana juga lalai dan leka :( semoga kita berada dalam golongan yang tak lalai..amin ya Allah.. ibarat kita nak makan mewah bila dah ada duit banyak.. pilih lah mana2 tempat yg menyediakan makanan yg mewah2, sedap2.. kita boleh buat pilihan, kan mudah.. mana yang baik, mana yang buruk..pilihan hanya di tangan kita..

Usaha la utk jadi hamba Allah yg sentiasa ikhtiar utk perbaiki diri..walau kita bukan dari golongan sedemikian.. kita golongan manusia lemah.. tp percayalah, kelemahan tu dapat di atasi dgn niat dan kesungguhan..semoga Allah mengurniakan kita kesungguhan dalam mencari redha Allah..keimanan yg teguh..keyakinan yang mantap..usaha la utk cari ilmu, walau sukar mcm mana pun..rajin bertanya pada golongan ahli ilmu.. insyaAllah, bila kita nak sangat, Allah yang Maha Luas PengetahuanNya dan RahmatNya akan mudahkan jalan buat kita..biizniLlah.. Bersihkan hati dan sering la berbaik sangka pada ALlah, Tuhan yang Amat Pengasih, Amat Penyayang pada manusia :)

Allah yg maha Kasih amat Kasih pada hamba2Nya yang meminta, merayu apa sahaja asal saja, hati kita serahkan bulat2 pada Allah..yakinlah, hanya Dia yg berkuasa memberi, mengurnia dan sekali kali hamba yang meminta tidak pernah hampa :) percayalah, di mana ada kemahuan di situ ada redha Allah..Maha Suci Allah yang tidak sama dengan sifat manusia yang lemah.. bila kita mahukan manusia, sesetengahnya ada yang tak sudi, malah tak mampu melayan kemahuan kita, kan… bila kita mahukan redha Allah, dan sungguh2 nak Allah, sayang sungguh kat Allah.. masih Allah tak sudi?? subhanALlah, kekasih hatiku…semoga Engkau mengampuni segala dosa2 kami sama ada yang tersurat mahupun tersirat…:( kami sentiasa leka, alpa dan lalai :(

Kembali pada ahli bait tadi, aku rindu lagi suasana agama..Allah.. rindu saat ini.. rindukan pasanganku, yang dengannya aku selalu berbicara tentang kebesaran dan kehebatanMu.. kalau tak dapat peluang untuk punya sahabat2 dan jemaah2 agama, cukuplah aku miliki nnti bersama suami dan anak2..semoga ya Rabb… satu jemaah berkumpul, duduk2, sembang2, nangis2..syahdu, rindukan Allah dan RasulNya…tak sabar melihat Allah Azza Wa Jalla, Tuhan kekasihku di dunia, Pendengar setiap rintihanku, Pemujuk hati di kala sedih :( tak sabar jumpa baginda yang terlalu dirindui.. Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi, wa sohbihi wasallim.. terasa tak layak :( semoga Allah memberi peluang.. dan perkenan kan lah Rabbi…

:: Selamat hari Guru.. =) ::

Tuesday, April 28, 2009

Selamat hari lahir...




Tuhanku...
Aku berdo'a untuk seorang lelaki yang akan menjadi bahagian dari hidupku.
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu.

Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting,
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau,
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya.
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas.
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku.
Seseorang yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah.
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi kerana hatiku.
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.
Seseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seseorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Tuhanku...
Aku juga meminta,
Jadikan aku seorang wanita yang dapat membuatnya bangga.
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah daku sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu.
Berikanlah daku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya.
Berikanlah daku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya.
Kurniakanlah daku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan. Amin ya Allah....


:: Selamat hari lahir kat seseorang yang baik hatinya, baik budi pekertinya, yang bnyk mendorong ana dalam hal-hal kebaikan..smoga Rahmat Allah sentiasa untuknya, dimudahkan segala urusan agama, dan diterima segala amal ibadatnya..amin ya Rabb

Sunday, April 19, 2009

Fadhilat al-Quran (Hadis 16)

Bismillah...

Hadis 16
Hadrat Aisyah r.anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Membaca al-Quran dalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-Quran di luar solah lebih afdhal daripada tasbih dan takbir (memuji ALLAH s.w.t). Tasbih adalah lebih afdhal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdhal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka." (Hadis Riwayat Baihaqi).

Keterangan Hadis
Ketinggian membaca al-Quran daipada zikruLlah adalah jelas kerana al-Quran adalah perkataan ALLAH s.w.t. Pengarang Kitab Ihya' Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Ali radhiaLlahu anhu : "bahawa sesiapa yang membaca al-Quran ketika berdiri dalam solah akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran dalam solah dalam keadaan duduk akan diberi lima puluh pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran di luar solah dalam keadaan berwuduk akan mendapat dua puluh lima pahala. Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa wuduk akan mendapat sepuluh dan sesiapa yang tidak membaca tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf.

::Fadhilat al-Quran, Maulana Muhammad Zakariyya (rahmatuLlahi 'alaihi)

Saturday, April 4, 2009

Allahu Rabbi..

bismillahir rahman nir rahim..

segala puji hanya bg Allah Tuhan pencipta alam, dan pencipta seluruh makhluk di langit dan di bumi...maha suci Allah...kepada Dia aku dan kita smua akan kembali.. Engkaulah keinginan, cita2 dan harapan kami...selawat dan salam buat kekasih Allah dan umat akhir zaman..smoga Allah memberikan kedudukan yg tertinggi lagi terpuji buat baginda yg dikasihi dan dirindui...salam ke atas seluruh ahli keluarga baginda, sahabat2 dan hamba2 yg mengikuti jejak kehidupan mereka..amin ya Rabb...


agak lama tak kemaskini blog.. bukannya lupa, mahupun malas..cuma belum ada keizinan utk berceloteh..idea2 utk berceloteh memang banyak...cuma, belum ada keizinan untuk menaip sesuatu.. kadang2 di dalam kehidupan kita yg serba sempit dan cepat ni, terlalu banyak yang berlaku dan semuanya tak lain dan tak bukan adalah dalam aturan Allah Azza Wa Jalla... Dia lah yg berkuasa penuh atas seluruh makhluk dan alam ini...maha suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


ujian kehidupan.. memang indah walaupun pahit utk di telan :) aku pasti merinduinya suatu hari nanti...mgkn di saat Engkau mencabut nyawaku dalam keadaan yg Engkau suka...Allah, amat indah kenangan tuh...atau mgkn di saat Engkau mencabut nyawaku dalam keadaan yg Engkau tidak suka kepadaku...Allah, amat perit buatku..andainya aku tidak memiliki kesabaran dalam menghadapi setiap ujianMu... aku juga pasti merinduinya, di suatu hari..suatu saat yg pasti tiba Engkau mendatangiku...dalam keadaan aku tidak punya apa2 utk dipersembahkan kepadaMu yg Maha santun dan halus..melainkan kesabaran ku ketika kehidupanku di dunia... Allah..amat indah kenangan itu..Aku mengharapkan keampunanMu di atas segala dosa2 kami yg telah kami lakukan..sama ada dalam keadaan kami sedar atau tak sedar.. dalam keadaan yg kami lakukan dengan bersungguh sungguh atau sambil lewa.. ampunilah ia dengan rahmatMu..dgn kasih sayangMu...kerana Engkau lah yg pengasih di antara yg pengasih..yang penyayang di antara yg penyayang... Allahu Rabbi..


Syukur buat Allah yg masih sudi memandang kami, masih sudi memberikan kami peluang utk merasai tiap ujian di dalam kehidupan dunia ini.. itulah sunnah dari Allah Tuhan penciptamu..

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu...."(dan seterusnya)-Ali Imran:186

"Dan kepunyaan Allah- lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya lah dikembalikan urusan-urusan semuanya. Maka sembahlah Dia, dan bertawakkal lah kepadaNya. Dan sekali kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." - Huud : 123

Semoga Engkau masih sudi memandang kami, dan jangan lah kami dibiarkan..jangan kami diabaikan..jangan pula kami ditinggalkan..kasihanilah kami..ampunilah segala dosa2 kami.. amin amin.. ya Rabbana....

Saturday, March 21, 2009

Amalan dan hisab

Bismillahir Rahman nir Rahim..walhamdulillah..

Satu ketika baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi majlis sahabat2 Radhiallahu ‘anhum lalu bersabda, “Pada malam aku telah melihat syurga dan martabat2 kamu di dalamnya.” Kemudian baginda berpaling ke arah Abu Bakar r.a, lalu bersabda, “Aku telah melihat seseorang yang pergi ke mana-mana pintu syurga maka daripada pintu kedengaran sambutan MARHABA, MARHABA (selamat datang, selamat datang). Maka Salman r.a berkata, “Ya Rasulullah, orang yang menerima sambutan sedemikian rupa mestilah seorang yang terlalu tinggi martabatnya.” Baginda menjawab, “Orang itu adalah Abu Bakar.”

Kemudian baginda menuju ke arah Umar r.a lalu bersabda, “Aku melihat satu mahligai yang cantik sekali daripada mutiara berwarna putih dan dihiaskan lagi dengan batu permata YAAQOOT. Aku telah bertanya kepunyaan siapakah mahligai ini. Maka aku diberitahu bahawa ini adalah milik seorang pemuda Quraisy. Aku telah menganggap bahawa akulah pemuda Quraisy itu selaku Sayyed al Mursaleen. Maka aku pun hendak memasuki mahligai tersebut. Tetapi aku telah diberitahu bahawa mahligai itu adalah milik Umar.”

Selepas itu baginda S.A.W telah menceritakan martabat dalam syurga yang ditentukan bagi sahabat2 r.anhum yang lain seperti Uthman r.a, Ali r.a dan lain2. Kemudian baginda telah menuju ke arah Abdul Rahman Ibnu Auf r.a lalu bersabda, “Dari kalangan sahabat2ku, engkaulah yang paling lambat sampai kepadaku. Sehingga aku mula bimbang dan takut kalau2 engkau telah binasa. Ketika engkau dapat menjumpaiku, engkau berada dalam keadaan berpeluh2.

Aku bertanya kepadamu apakah sebab engkau begitu lambat masuk syurga? Maka engkau telah menjawab bahawa engkau terperangkap dalam urusan penghisaban mengenai urusan harta dan bahawa engkau telah terpaksa memberi keterangan mengenai cara engkau memperolehi harta dan bagaimanakah engkau telah membelanjakannya.” Mendengar keterangan baginda S.A.W tentang penghisaban untuk dirinya di akhirat kelak, maka beliau pun menangis.

Kemudian beliau berkata, “Ya Rasulullah, pada malam tadi saya telah menerima seratus ekor unta yang muat dengan barang2 perniagaan saya di Mesir. Saya hendak mensedekahkannya untuk orang2 miskin dan anak2 yatim di Madinah. Mudah2an dengan berkatnya, Allah Ta’ala akan meringankan dan memudahkan penghisaban untuk saya pada hari itu kelak.” (Targhib)

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran..

Bismillahir Rahman nir Rahim...


Salam aidilfitri buat pengunjung blog..semoga dengan perginya ramadhan.. akan membangkitkan lagi rasa gairah kita untuk tambah ibadat, bukan rebut kat ramadhan jer, semoga Dia yg mempunyai kurnia yang luas berkenan untuk menerima segala amal ibadat kita yang ikhlas..amin ya Rabb.. dan semoga dengan tibanya syawal, dapat meningkatkan lagi rasa syukur dan terima kasih buat Allah atas segala nikmat yang telah Dia berikan.. semoga Dia masih sudi untuk mempertemukan kita lagi dengan ramadhan yang akan datang..rasa syahdu bila ramadhan mula berlalu untuk pergi...semoga diketemukan lagi..semoga ya Allah..amin ya Rabb....

salam aidilfitri buat pengunjung dan seluruh sahabat yang dikasihi dan dimuliakan Allah ta'ala.. saya mohon maaf di atas segala salah dan silap selama pernah menjadi teman anda.. mohon maaf dengan tulus ikhlas...