Saturday, March 21, 2009

Amalan dan hisab

Bismillahir Rahman nir Rahim..walhamdulillah..

Satu ketika baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi majlis sahabat2 Radhiallahu ‘anhum lalu bersabda, “Pada malam aku telah melihat syurga dan martabat2 kamu di dalamnya.” Kemudian baginda berpaling ke arah Abu Bakar r.a, lalu bersabda, “Aku telah melihat seseorang yang pergi ke mana-mana pintu syurga maka daripada pintu kedengaran sambutan MARHABA, MARHABA (selamat datang, selamat datang). Maka Salman r.a berkata, “Ya Rasulullah, orang yang menerima sambutan sedemikian rupa mestilah seorang yang terlalu tinggi martabatnya.” Baginda menjawab, “Orang itu adalah Abu Bakar.”

Kemudian baginda menuju ke arah Umar r.a lalu bersabda, “Aku melihat satu mahligai yang cantik sekali daripada mutiara berwarna putih dan dihiaskan lagi dengan batu permata YAAQOOT. Aku telah bertanya kepunyaan siapakah mahligai ini. Maka aku diberitahu bahawa ini adalah milik seorang pemuda Quraisy. Aku telah menganggap bahawa akulah pemuda Quraisy itu selaku Sayyed al Mursaleen. Maka aku pun hendak memasuki mahligai tersebut. Tetapi aku telah diberitahu bahawa mahligai itu adalah milik Umar.”

Selepas itu baginda S.A.W telah menceritakan martabat dalam syurga yang ditentukan bagi sahabat2 r.anhum yang lain seperti Uthman r.a, Ali r.a dan lain2. Kemudian baginda telah menuju ke arah Abdul Rahman Ibnu Auf r.a lalu bersabda, “Dari kalangan sahabat2ku, engkaulah yang paling lambat sampai kepadaku. Sehingga aku mula bimbang dan takut kalau2 engkau telah binasa. Ketika engkau dapat menjumpaiku, engkau berada dalam keadaan berpeluh2.

Aku bertanya kepadamu apakah sebab engkau begitu lambat masuk syurga? Maka engkau telah menjawab bahawa engkau terperangkap dalam urusan penghisaban mengenai urusan harta dan bahawa engkau telah terpaksa memberi keterangan mengenai cara engkau memperolehi harta dan bagaimanakah engkau telah membelanjakannya.” Mendengar keterangan baginda S.A.W tentang penghisaban untuk dirinya di akhirat kelak, maka beliau pun menangis.

Kemudian beliau berkata, “Ya Rasulullah, pada malam tadi saya telah menerima seratus ekor unta yang muat dengan barang2 perniagaan saya di Mesir. Saya hendak mensedekahkannya untuk orang2 miskin dan anak2 yatim di Madinah. Mudah2an dengan berkatnya, Allah Ta’ala akan meringankan dan memudahkan penghisaban untuk saya pada hari itu kelak.” (Targhib)

No comments: