BismiLlahir rahman nir Rahim..
walhamduliLlahi 'ala kulli hal.. Segala pujian hanya milik Allah Tuhan semesta alam.. yang masih memberi peluang pada diriku yang serba lemah dan hina ini untuk bernafas di muka bumi ciptaanNya, masih lagi mengecap tiap nikmat yang dikurniakanNya.. subhanallah.. walhamdulillah.. Syukur juga kerana Dia masih sudi mendengarku, ya Allah..semoga Engkau sentiasa mengasihani kami..amin... selawat dan salam untuk kekasih Allah yang dirindui... Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam bersama para sahabat r.anhum yang dimuliakan Allah dan para hamba-hamba yang soleh yang sentiasa berada di jalanNya..
Terasa nak menulis sesuatu kat sini yang agak lama dipendam tapi, asyik tertangguh.. biasanya benda baik tak elok ditangguh2, tapi benda elok ni la yang sentiasa ditangguh.. tak lain tak bukan adalah kerana sebab kuatnya bisikan syaitan laknatuLlah.. kenapa nak ikut bisikan hati tu? Bukan kah dia menyesatkan? Allahuakbar...kelemahan kami ya Allah..ampunilah aku atas dosa2 ku.. Sebenarnya bukan senang nak menulis ni.. lebih-lebih dalam hal kebaikan.. ya semoga Allah sentiasa menetapkan iman kita di jalanNya yang benar.. semoga dengan tulisan-tulisan ku ini, mampu mengubah hati-hati yang keras atas izin Allah, termasuklah diriku sendiri yang serba serbi lemah ini :( alhamdulillah, disebabkan sokongan seseorang juga saya terus bersemangat untuk menghasilkan entri yang baik dan dikira di sisiNya... seseorang tu tak lain tak bukan, suami saya yang dicintai dan dikasihi.. :)
Alhamdulillah, selagi jariku masih mampu dan berupaya, yang juga atas izin Rabbku, saya cuba menulis blog saya untuk kebaikan sama ada untuk tatapan pembaca dan diri saya sendiri.. bukan apa, kadang2 orang boleh dapat hidayah melalui pembacaan. Asbab dari pembacaan juga kita akan banyak berfikir, ilmu akan bertambah dan secara tak sedar ia dapat mengajar kita untuk menjadi seorang 'guru' dan pembimbing walau kita bukan guru.. tapi tanggungjawab sebagai seorang pembimbing perlu ada untuk setiap manusia sebab Allah dah bagitau kat kita yang sebaik-baik manusia ialah mereka yang mengajak pada kebaikan dan mencegah kemungkaran...semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah untuk melaksanakan tiap tanggungjawab yang diberi..amin ya Rabb..
Tapi beringatlah saudara seagamaku, tiap tulisan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... setiap maklumat atau ilmu yang diperolehi, sebaik-baiknya beritahu lah dari mana sumbernya.. di akhirat nanti, Allah tanya sumber tersebut. Sekiranya ia berbentuk kata-kata nasihat, di akhirat nanti Allah tanya sama ada kita beramal dengan apa yang kita katakan atau tidak..Allahuakbar. Sekiranya ia dari hati kita, di akhirat nanti kita lah yang bertanggungjawab sama ada niat kita ikhlas untuk mengajak pada Allah atau untuk menunjuk2 kehebatan kita dalam berdakwah. Sekiranya, kita menceritakan keburukan2 orang lain.. maka lagi berat lah tanggungjawab kita untuk membela diri.. wa nau'zubillahi minzalik.. :( Ya Allah, Pandanglah kami dengan rahmatMu.. Lindungilah kami dari tiap kejahatan dan fitnah di muka bumi ini...hanya Engkau tempat kami kembali...
Sebenarnya, kali ni nak sembang pasal iman.. yang dah lama kita lupakan dan tinggalkan.. bahkan kita sedar dia pergi, tapi kita wat2 x tau... semoga kita berusaha mencarinya, semoga Allah kasihan kat kita, tetapkan iman kita.. :( Iman adalah sesuatu yang berharga yang apabila seseorang dah memilikinya, mustahil baginya untuk melepaskannya... Lantaran tu juga, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w bercita-cita tinggi untuk syahid dalam meraih cinta Allah mempertahankan agamanya, sanggup korbankan harta dan nyawa untuk agama. Sekali Allah dah campakkan iman dalam hati mereka.. mereka menjadi orang baru yang memiliki akhlak yang memukau.. mereka mempertahankan iman mereka walaupun mereka dibunuh, dicaci, diludah orang2 kafir...semoga Allah mengurniakan dan tetap memuliakan mereka dan ampunilah dosa2 umat Muhammad s.a.w.. :(
Saya juga lemah, amat lemah..tapi sama2lah kita perbaiki diri.. renung diri, muhasabah diri, lihat diri, minta kat Allah..solat la..solat la..solat la... berapa ramai yang x solat tapi menginginkan yang bukan2 dari Allah...macam mana Allah nak bagi tiap permintaan kita tapi tiap perintah Allah tak dihiraukan.. ibarat mak kita suh kita belajar bagi lulus pekse..tapi kita x hiraukan permintaan mak kita..tup2 nak beli laptop, hp canggih..agak2 mak bagi tak?... mak saya of course tak bagi.. jaga solat ye sahabat2 ku yang dikasihi.. Bila lagi kita nak berhubung dengan Dia kan :) dalam solatla... kalau nak minta tambah permintaan lagi, buat la solat sunat..Allah amat kasih dan sayang bila kita sentiasa mengingatiNya..
"Wahai orang2 yang beriman, mintalah pertolongan (Allah) dengan sabar dan solat." (al-Baqarah:45)
Hadrat Ibnu Abbas r.a berkata bahawa satu ketika beliau bersama baginda s.a.w di atas kenderaan. Baginda bersabda kepadanya, "wahai budak, aku hendak beritahu kamu akan beberapa perkara, maka dengannya Allah ta'ala akan memberi manfaat kepada kamu." Hadrat Ibnu Abbas berkata, saya meminta, "Ya Rasulullah, tolonglah beritahukan."
Sabda baginda s.a.w,"Jagalah Allah (yakni tunaikan hak2Nya), maka Allah ta'ala akan menjaga kamu. Untuk menjaga (hak-hak) Allah, kenallah (ingatlah) Allah tika kamu dalam keadaan berada. Maka ketika kamu mendapat musibah, maka Dia akan mengingatimu. Ketahuilah dengan baik bahawa apa sahaja musibah yang telah menimpa kamu, mustahil ia tidak pernah menimpamu dan apa yang belum menimpamu, mustahil ia pernah menimpamu. Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk memberi sesuatu musibah kepadamu sedangkan Allah ta'ala belum berkeinginan begitu, maka kesemua sekalipun tidak mampu memberi apa2 kepadamu.
Jika kesemua makhluk sekali bersama mencuba untuk menjauhkan sesuatu musibah daripadamu, sedangkan Allah tidak berkeinginan begitu, maka tidak sekali2 mereka mampu menjauhkan musibah tersebut. Pena takdir sudah menulis segala-galanya yang akan berlaku hingga hari kiamat. Apabila engkau memerlukan sesuatu, maka mintalah dari Allah sahaja. Apabila engkau memerlukan bantuan, mintalah bantuan dari Allah sahaja. Jika engkau bertawakkal, maka bertawakkal lah pada Allah sahaja. Dengan iman dan yakin serta syukur beramallah kerana Allah. Ketahuilah dengan baik bahawa sabar ketika sesuatu yang tidak disenangi adalah suatu kehebatan; pertolongan Allah bersama sabar. Berserta dengan musibah ada kesenangan; berserta dengan kesempitan ada keluasan; yakni apabila sesuatu musibah menimpa kamu, maka fahamlah bahawa tidak lama lagi akan datang kesenangan. Dan apabila kamu menghadapi kesempitan, maka fahamlah bahawa sudah hampir masanya untuk keluasan."
Hari2 kita main dgn anak2.. sembang dan jumpa isteri atau suami kekasih hati.. dapat makan baik2..minum lazat2.. pakai pakaian cantik2.. tiap bulan dapat gaji.. banyak sungguh nikmatnya..subhanAllah..walhamduliLlah..tapi berapa masa je kita nak ingat Allah kan.. kadang2 dalam solat terpandang2 makanan lazat, terkenang2 buah hati yang jauh di mata, kita x ingat Dia pun :( sedangkan Dia tetap di sana..sentiasa lihat kita..suka duka kita, sedih pilu kita..hanya Dia yang tahu... malah Dia tenangkan kita, bila kita minta, Dia tunaikan..bila kita sedih Dia gembirakan, bila kita terdesak, Dia leraikan.. Allahuakbar... "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Takut2 bila kita tak minta di dunia..kita jadi peminta kat akhirat nanti sedangkan di akhirat nanti, Allah dah tak dengar setiap rintihan kita..sedihnya...setiap orang x mau pandang kita masa tu..hatta suami, isteri, anak2, ibu, ayah, kawan2..seorang pun x mau tolong kita bahkan buat2 x nampak kita disebabkan kedasyatan pada hari itu, semua manusia pelbagai ragam, melutut, murung, berduka... hanya seorang yang mampu tolong kita...dialah kekasih Allah yang sentiasa rindukan umatnya..Muhammad S.A.W
Semoga Allah sentiasa tetapkan hati dan iman kita, kuatkan iman kita... moga2 Allah berkenan kat kita di dunia ini dan hinggalah di akhirat nanti.. moga Allah kurniakan kita dengan kesabaran yang tinggi.. janji Allah ada untuk orang2 yang sabar..insyaAllah
"Sesungguhnya barangsiapa bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia2kan pahala orang2 yang berbuat baik." (surah Yusuf: 90)
::Sumber rujukan hadis: Kitab Fadhilat Sedekah (Jilid2), tulisan Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi 'alaih
"Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmat-Ku)" Al-Baqarah 152
Showing posts with label Peringatan Buatku. Show all posts

Saturday, September 25, 2010
Friday, September 3, 2010
Malam lailatul-Qadr
Bissmillahi walhamdulillah...segala pujian bagi Allah di atas segala macam nikmat dariNya.. di atas kesudian Nya memberikan aku peluang untuk menaip kat sini sepatah dua kata..
Alhamdulillah..sedar tak sedar, arini dah hari jumaat..saat yang aku selalu tunggu2..sebab tiap kali jumaat (2 minggu sekali), msti terpk nak bercuti pada hari esoknya... tiap kali jumaat jg, aku akan bersiap2 nak jumpa suami..sama ada aku kena blk pahang nak jumpa kekasih hati..atau kekasih hati nak turun Penang... tapi untuk hari jumaat kali ni, hati aku berbunga skit sebab nak balik kg suami untuk cuti beraya.. insyaAllah ini adalah kali pertama kami beraya bersama...dan seumur hidupku, aku tak pernah jauh dari beraya dengan keluarga tersayang..tp insyaAllah kali ini, aku beraya dengan keluarga tersayang juga..keluarga suami...moga ikatan yang dibina ini akan terus mendapat limpahan kasih sayang Allah...aiseh rindu mama, bapa, adik2...
kali ni nak sembang pasal malam yang mulia dan lebih baik dari seribu bulan (lailatul-Qadr). Alhamdulillah, malam ni adalah malam ke 25..merupakan malam ganjil.. ada hikmah aku balik esok pagi..insyaAllah semoga berpeluang lagi untuk bermunajat di malam hari... mula2 sedih juga sebab balik pagi sabtu..tapi asbab tiket dah habis...Allah izinkan juga aku utk balik keesokan harinya... Malam yang tak pernah kita temui selain pada bulan Ramadhan yang mulia... Allah sudah menjanjikan bahawa pada malam tersebut, setiap doa akan didengar dan diterima...setiap dosa akan mendapat keampunan Allah azza wajalla..setiap permintaan pasti dan 'cash' Allah bagi...subhanallah...malam tu juga ibadatnya adalah sama dengan ibadat 83 tahun..subhanallah..
Moga Allah perkenankan niat kita untuk bermunajat di malam hari, untuk meratapi setiap dosa, menangisi setiap kesalahan dan kesilapan...terlalu banyak dosa yang telah dilakukan.. :( tetapi atas limpahan rahmat dan kasih sayang Allah...hapus lah dosa tersebut.. bayangkan kita tak tau smpi bila hayat kita... mungkin tak sampai pun 83 tahun...kalau dah sampai dan lebih tu...sudah menjadi satu bonus...dapat la berbuat amal dan kebaikan...tapi andainya jangka hayat pendek.. insyaAllah akan menjadi satu bonus bila dapat meraih malam lailatul qadr ni..Allahuakbar....
Alhamdulillah, selagi ada hayat di kandung badan semoga kita sentiasa dan istiqomah dalam menjaga malam2 kita.. pohonlah pada Allah..sesungguhnya Allah lihat kita pada malam itu, Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang...Allah dengar kita, Allah dengar setiap rintihan kita...Allahuakbar.. lebih dari itu, Allah ampunkan segala dosa2 kita...kita cubalah usaha untuk bangun pada malam tersebut... alhamdulillah...malam2 terakhir begini, kami sentiasa pastikan supaya dapat berpeluang untuk berbisik2 kat Allah...ya Allah... kami pasti merindui malam lailatul qadr, kami pasti merindui ramadhan.. usahala ye..kurangkan makan...kurangkan bersembang yang bukan2..insyaAllah bila kita sentiasa usaha untuk jaga hubungan dgn Allah.. mudah kita nak berbuat amal...sebab Allah bantu kita...Allah tolong kita yang lemah dan hina ini untuk berbuat kebaikan..walaupun kita lemah, tp dengan sebab kasih sayang dan limpahan rahmatNya..Allah tolong kita untuk berbuat kebaikan..alhamdulillah..walhamdulillah..
insyaAllah..sambung nanti ye...nak buka posa dah....selawat dan salam ke atas junjungan Rasul Muhammad S.A.W

Sunday, September 27, 2009
Aku cemburu.. ya Allah..
Bismillah...Dengan Nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, di atas segala nikmat..di atas setiap urusan ku...segala puji hanya buatMu...aku masih bernafas di Bumi Mu dengan Rahmat dan Kasih SayangMu...Engkau masih melihat kami..syukur Allah...jadikan kami hambaMu yang kuat, redhailah kehidupan kami di dunia ini, dan di akhirat sana... hanya Engkau tujuan hidup kami..
Dua hari lepas, ana ada bersembang skit dgn adik perempuan ana yg belajar kat Medan.. biasanya isu yang kami sembangkan adalah hal2 agama, biase la kan dah agak2 berumur ni..hehe, sebenarnya tiap hari kita membicarakan dunia, sedikit demi sedikit dunia yang fana ni makin cinta dgn kita, sebaliknya bila tiap hari kita membicarakan tentang Allah dan kehebatanNya, dunia yang fana makin jauh dari kita..percaya tak? try la.. insyaAllah. bila agama diselitkan memang tenang dan nyaman, kadang2 kami berbincang pasal diri, camna nak kasi maju dari segi iman dan amal..pasal keluarga juga wajib, pasal masalah peribadi pun tak ketinggalan.. alhamdulillah, bersyukur dgn adik ku yang sorang ni.. semoga Allah sentiasa memeliharanya di sana.. alhamdulillah, kami mempunyai fikir yang sama, tujuan yang sama, dan pendapat yang sama juga..bila berbincang bersama, rasa tenang kembali.. rasa yakin dan masih ada harapan...ya Allah sentiasa melihat kita, sentiasa memberi kita yg terbaik...hanya saja dari kita sendiri, rendahkan diri, serahkan diri, nescaya Allah beri kita ruang untuk mencari redhaNya.
Persembangan kami diakhiri dengan rasa kesal, teruja, insaf, sedih, rendah diri dan yang pastinya rasa cemburu yang tebal...dan Allah lebih mengetahui.. hehe, dan begitulah teeny.. ada seorng temannya yang bukan dalam bidang agama, bukan juga dalam bidang Al-Quran tetapi begitu kuat hati dan semangatnya untuk menjadi hafizah..masya Allah, baru2 ini beliau telah menghabiskan bacaan dan hafalannya sehingga juz 9.. subhanAllah, Allahuakbar...bagi ana, itu sdh cukup hebat.. mungkin bagi mereka yng mempelajari al-Quran khususnya, menjadi perkara biasa menghafal dan menghabiskan 30 juzuk.. tetapi bagi ana yang bukan khusus dalam bidang ini, subhanAllah..terujanya...semoga aku dikurniakan kekuatan dalam menghafal... semoga aku mampu mendidik zuiat2ku dengan al-Quran dan sunnah..amin ya Rabb. Seseorang telah memberitahu ana, setiap orang Mukmin, hatinya perlu ada surah Yasin dan surah al-Mulk.. Semoga kita mampu dan dikurniakan iman dan kekuatan dalam menjadikan al-Quran sebagai sumber bacaan dan rujukan yang teragung,
sebenarnya, itulah agama..agama atas Islam..itulah kasih sayang Allah..walau kita berada dalam aliran yang berbeza, tapi andai kita punya tujuan dan matlamat yang sama, iaitu usaha atas iman dan agama..insyaAllah... "Allah menentukan rahmat-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai karunia yang besar." [Al-Imran:74]
Ya Allah, lapangkanlah hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
alhamdulillah, selain bersembang YM dengan ahli keluarga, ana suka mengexplore blog2 sahabat seaqidah..baca pengalaman2 mereka, luahan hati mereka kadang2 membuatkan ana rasa teruja dan ada sedikit cemburu.. bukan lah cemburu tandanya membenci mereka, nauzubillah...tapi cemburu dan rendah diri..terasa ingin nak jadi seperti mereka..cemburu lalu bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang untuk perbaiki diri..nak jadi macam depa..insyaAllah..amin ya Rabb..
sahabat seaqidah ana, meluahkan hatinya berkenaan isu pemerintahan kita kat Malaysia ni, beliau menentang habis habisan pemerintahan yang membelakangkan hukum dan agama Islam.. beliau juga mula dari awal, dan semangatnya yang kuat dan kental dan masih bergelar pelajar dalam jurusan syariah Islam membuat ana terpana dan respek sangat2.. masyaAllah, umur pun masih muda..tapi semngat dalam memperjuangkan agama..Allahuakbar...semoga Allah merahmatinya...memberikan kebaikan ke atasnya dan seluruh ahli keluarganya di dunia dan di akhirat..amin ya Allah
Dalam blog beliau juga turut di selitkan isu2 Muslimah, dari segi aurat, pemakaian hijab dan purdah..beliau juga bermula dari awal..dan banyak pengalaman pahitnya dalam merubah kepada kebaikan...sedikit sebanyak memang mempengaruhi aku ...semoga Allah memudahkan tiap urusan agama kami..."Dan jangan lah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk,Kasihanilah kami ya Allah"..
buat ukhti hayati, semoga Allah merahmatimu..
http://srikandiumar.blog.friendster.com
alhamdulillah..setiap nikmat datangnya dari Allah, setiap kebaikan juga datangnya dari Allah.. "Adapun terhadap nikmat Tuhanmu,Maka ceritakanlah!" [11 : Surah AdDhuha]

Saturday, March 21, 2009
Amalan dan hisab
Bismillahir Rahman nir Rahim..walhamdulillah..
Satu ketika baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi majlis sahabat2 Radhiallahu ‘anhum lalu bersabda, “Pada malam aku telah melihat syurga dan martabat2 kamu di dalamnya.” Kemudian baginda berpaling ke arah Abu Bakar r.a, lalu bersabda, “Aku telah melihat seseorang yang pergi ke mana-mana pintu syurga maka daripada pintu kedengaran sambutan MARHABA, MARHABA (selamat datang, selamat datang). Maka Salman r.a berkata, “Ya Rasulullah, orang yang menerima sambutan sedemikian rupa mestilah seorang yang terlalu tinggi martabatnya.” Baginda menjawab, “Orang itu adalah Abu Bakar.”
Kemudian baginda menuju ke arah Umar r.a lalu bersabda, “Aku melihat satu mahligai yang cantik sekali daripada mutiara berwarna putih dan dihiaskan lagi dengan batu permata YAAQOOT. Aku telah bertanya kepunyaan siapakah mahligai ini. Maka aku diberitahu bahawa ini adalah milik seorang pemuda Quraisy. Aku telah menganggap bahawa akulah pemuda Quraisy itu selaku Sayyed al Mursaleen. Maka aku pun hendak memasuki mahligai tersebut. Tetapi aku telah diberitahu bahawa mahligai itu adalah milik Umar.”
Selepas itu baginda S.A.W telah menceritakan martabat dalam syurga yang ditentukan bagi sahabat2 r.anhum yang lain seperti Uthman r.a, Ali r.a dan lain2. Kemudian baginda telah menuju ke arah Abdul Rahman Ibnu Auf r.a lalu bersabda, “Dari kalangan sahabat2ku, engkaulah yang paling lambat sampai kepadaku. Sehingga aku mula bimbang dan takut kalau2 engkau telah binasa. Ketika engkau dapat menjumpaiku, engkau berada dalam keadaan berpeluh2.
Aku bertanya kepadamu apakah sebab engkau begitu lambat masuk syurga? Maka engkau telah menjawab bahawa engkau terperangkap dalam urusan penghisaban mengenai urusan harta dan bahawa engkau telah terpaksa memberi keterangan mengenai cara engkau memperolehi harta dan bagaimanakah engkau telah membelanjakannya.” Mendengar keterangan baginda S.A.W tentang penghisaban untuk dirinya di akhirat kelak, maka beliau pun menangis.
Kemudian beliau berkata, “Ya Rasulullah, pada malam tadi saya telah menerima seratus ekor unta yang muat dengan barang2 perniagaan saya di Mesir. Saya hendak mensedekahkannya untuk orang2 miskin dan anak2 yatim di Madinah. Mudah2an dengan berkatnya, Allah Ta’ala akan meringankan dan memudahkan penghisaban untuk saya pada hari itu kelak.” (Targhib)

Saturday, July 5, 2008
24 Peringatan Buat Wanita
BismiLlah hir Rahman nir Rahim...
Semoga dengan izin Allah akan beroleh manfaat untuk diri khususnya, para sahabat dan para pembaca juga. Artikel nih ana simpan sebagai koleksi..sampai terlupa dari mana sumbernya..walau bagaimanapun ana cuba cari mana sumbernya...
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Nota dari Penyusun:
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumah tangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allahlah akan datang. Rumah tangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat di tempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan contohnya masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat seperti menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumah tangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah. Waallahu'alam.
Sumber : http://www.al-azim.com/~sungairambai/a-ingat.html

Saturday, May 10, 2008
Kematian Sesuatu yang Pasti
Segala puji bagi Allah Tuhan azza wajalla. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon ampun pada-Nya. Kita juga berlindung dengan-Nya dari kejelekan diri dan amalan. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, tiada yang menyesatkannya. Tetapi sesiapa sahaja yang disesatkan oleh-Nya, tiada yang dapat memberi hidayah. Aku bersaksi, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Aku juga bersaksi, bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah S.W.T.
Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau limpahkan selawat bagi Ibrahim AS dan keluarga baginda. Sesungguhnya, Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa. Ya Allah, berkatilah Muhammad S.A.W dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim AS. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua dikembalikan.” (Al-Anbiyaa’ : 35)
Demi Allah kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tiada keraguan di dalamnya. Kematian adalah berita yang benar yang tidak dinodai syak wasangka sedikitpun. Aku belum pernah melihat sesuatu yang lebih pasti dari kematian. Semua yang menjadi angan-angan akan musnah. Demi Allah, kita semua akan mati. Ia pasti datang dan tiada tempat untuk lari dari-Nya. Ia pasti datang, tiada yang mencegahnya. Ia datang dengan tiba-tiba. Ia tidak pernah mengetuk pintu, tidak pernah datang meminta izin daripadamu terlebih dahulu. Ia sentiasa dekat dengan setiap orang. Ia adalah janji yang diberikan kepadamu dan setiap orang. Semua manusia akan merasai keperitan maut yang membuatkan warna jari memucat.

Wahai pemilik kematian, mengapa engkau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana? Demi Allah, sesungguhnya mati itu pasti. Nafas kita terbatas. Seluruh gerakan kita menuju titik fana. Kalau keputusan Allah adalah perkara yang tetap, bagaimana mungkin seseorang dapat lari dan menghindar darinya? Allah berfirman yang bermaksud:
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhan, kembalikanlah daku (hidup semula ke dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.” Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Al-Mu’minun : 99-100)
Takutilah Azab Kubur
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, “Ketika ajal menjemput orang beriman, datanglah kepadanya malaikat rahmat membawa sutera putih. Mereka berkata, “Keluarlah (wahai roh) yang redha dan diredhai menuju Tuhan-Mu yang tidak akan murka serta ketenteraman dan rezeki dari-Nya.” Kemudian roh tersebut keluar seperti hembusan wangian yang harum.”
Setelah itu ia berpindah dari satu malaikat kepada malaikat yang lain hingga berada di pintu langit. Para malaikat bertanya, “betapa wanginya aroma yang kau bawa dari bumi.” Mereka dating membawa roh orang-orang beriman dengan gembira. Kegembiraan mereka melebih seseorang yang menemui barangnya yang hilang. Mereka bertanya, “Apa yang dilakukan oleh si fulan?” Dijawab, “Tinggalkan dia. Dia baru sahaja berada dalam kesedihan dunia.”
Adapun orang kafir, ketika kematian menjemputnya, datanglah malaikat azab membawa alat pemukul. Mereka membentak, “Keluarlah (wahai roh) yang murka dan dimurkai, menuju azab Allah.” Maka keluarlah roh tersebut dengan bau yang sangat busuk seperti bau bangkai. Ketika sampai di pintu langit, malaikat berkata, “Betapa busuknya bau ini.” Sampai akhirnya roh orang kafir itu datang kepada mereka.”
Umar bin Abdul Aziz berkata kepada beberapa kawan majlisnya, “Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam. Apakah pernah kau berfikir tentang kubur dan penghuninya? Kalau kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tidak akan berani mendekatinya. Kau akan dapati sebuah rumah yang diliputi resah dan nanah di dalamnya. Binatang yang melata di dalam tanah akan mengerumuni mayat sehingga berubah baunya. Kain kafan terkoyak rapuh, setelah sebelumnya beraroma harum dan bentuknya bagus.”
Suatu ketika, Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah. Ketika semuanya telah bersurai, Umar dan beberapa sahabatnya tidak beranjak dari kubur tadi. Beberapa sahabatnya bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, ini adalah jenazah yang engkau menjadi walinya. Engkau menunggunya di sini lalu akan meninggalkannya.”
Umar berkata, “Ya. Sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian aku beritahu apa yang ia katakan kepadaku?” Mereka menjawab, “Tentu.” Umar berkata, “Kubur itu memanggilku dan berkata, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku beritahu apa yang akan ku lakukan dengan orang yang kau cintai?” “Tentu”, jawabku.
Kubur itu berkata, “Aku bakar kafannya, aku robek badannya dan aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah aku beritahu apa yang akan ku lakukan pada anggota badannya?” “Tentu”, jawabku. “Aku cabut (satu persatu dari) telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan dan dari lengan menuju bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya. Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju telapak kakinya.”
Umar bin Abdul Azizi menangis dan berkata, “ketahuilah umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup di dalamnya akan mati. Celakalah yang tertipu olehnya.”
Janganlah kau tertipu oleh dunia, kerana apabila kau tahu hakikatnya, kau akan berpaling darinya. Orang yang tertipu adalah yang tertipu oleh dunia. Demi Allah, di dunia mereka menikmati kesenangan, mereka dicengkam oleh harta yang bertimbun. Dahulu di dunia, mereka berada di tengah-tengah keluarga. Di atas tempat yang empuk dan pembantu yang setia. Keluarga yang memuliakan dan kekasih yang menyertainya.
Tetapi ketika semuanya berlalu dan maut datang, lihatlah betapa dekat kubur dengan tempat tinggalnya. Tanyalah ke mana hartanya? Ke mana keluarganya? Tanyalah mereka tentang lidah, yang sebelumnya mereka gunakan untuk berbicara. Juga tentang mata yang mereka gunakan melihat perkara yang menyenangkan. Tanyakan tentang kulit yang lembut dan wajah yang menawan serta tubuh yang indah, apa yang dilakukan cacing tanah terhadap semuanya? Warnanya pudar, dagingnya hancur, wajahnya terlumuri tanah. Hilang keindahannya. Tulangnya remuk, badan membusuk dan dagingnya terlerai. MasyaAllah.
Suatu ketika Umar berkata dan menangis, “Wahai yang menjadi penghuni kubur esok hari, bagaimana dunia dapat menipumu? Di mana kafanmu, di mana minyak (wangian untuk orang mati)? di mana kemenyanmu? Bagaimana nanti ketika kamu telah berada dalam pelukan bumi?”
“Celakalah aku, dari bahagian tubuh yang mana mula-mula sekali cacing tanah itu memamahku? Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu dengan malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh Tuhanku?” beliau menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak beberapa lama kemudian beliau meninggal. Semoga beliau dirahmati Allah S.W.T.
Bahan rujukan: “Malam Pertama di Alam Kubur”, tulisan Dr. A’idh Al-Qarni, S.Muhammad Husain Ya’qub, Dr. Muhammad A.R Al-Uraifi.
Kehidupan di dunia tiada bererti apa-apa… sekali aku meninggalkan dunia, terputuslah segala galanya..terputuslah segalanya…jasad dipersembahkan untuk sang Pencipta!.. tiada apa yang dirindu, tiada apa yang dikenang… hanya diri yang dikhuatiri..dengan amal yang sedikit, iman yang nipis… meronta dan merintih agar dilepaskan dari segala azab.. merintih minta diampunkan segala dosa…meminta kasih sayangNya walau sedikit.. merintih supaya dipandang dengan belas RahmatNya. Namun sudah terlambat.. yang lepas menjadi sejarah… pada hari ini, bermula lah kehidupan yang abadi…. Semakin lama, semakin dilupakan oleh manusia dunia… diri sendiri menanggung derita, tiada siapa yang tahu… tiada siapa yang ambil peduli… seorang diri merintih.. sampai bila Tuhanku?.. izinkan daku kembali ke duniaMu…aku bersedia untuk memperbaiki diriku..izinkan aku wahai Kekasihku… “cukup la sekali kehidupanmu di dunia… diam lah engkau disini sehingga masa menentukan segala galanya”… maafkan segala salah dan silapku wahai Allah… ampunilah segala dos-dosa2ku wahai Allah…. Aku tidak punya siapa lagi disini… tolong la aku wahai Tuhanku… dengan kemuliaan dan keagunganMu… aku mohon mudahkan aku menghadapi makhluk-makhluk-Mu yang menggerunkan diriku…. Ringankanlah azab buat diriku… aku tidak berdaya wahai Allah… sungguh aku tiada daya…. Tolonglah daku….Kehidupan di dunia adalah jambatan untuk perjalanan ke destinasi yang abadi dan berkekalan!

Subscribe to:
Posts (Atom)