Sunday, August 16, 2009

Al-fatihah buat yang telah pergi..kami akan menyusul pula dengan izin Allah..

Bismillahir Rahman nir Rahim, walhamdulillahi 'ala kulli hal..

Segala puji dan puja hanya milik Allah..Tuhan semesta alam, pencipta alam, pencipta makhluk..dan seluruh yang ada di langit dan di bumi..kepadaNya semua akan dikembalikan. Terasa sedih dan pilu sejak akhir2 ni..tak tau la kenapa, masing2 sibuk mengejar kebaikan..seorang demi seorang kembali kepadaNya.. giliran aku pasti sampai.. masing2 ada nasibnya di sisi Allah Azza Wa Jalla.. begitu juga nasib ku..ntah apa nasib ku kelak, nasib umat Muhammad S.A.W keseluruhannya...semoga Engkau mengampuni segala dosa2 kami sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang.. jangan la Engkau azab kami andainya kami tidak tahu, dan andainya kami tersalah..ampuni la segala dosa2 kami..kerna tiada siapa yg sudi mengampuni segala dosa kami melainkan Engkau ya Rabbi.. kepada Mu jua kami akan kembali...

Terlalu lama tak update blog..alhamdulillah, hari ni baru berkesempatan untuk mencoret sikit. Kadang-kadang agak sibuk, sampai lupa nak lawat blog sendiri. Memang rindu nak coret sesuatu :) Hari2 dilalui dengan kepenatan, blum sentuh pasal iman lagi..Allahuakbar.. aku memohon kebaikanMu di dunia dan akhirat..

Sejak akhir2 ini malah dah sekian lamanya, masa terasa cepat sahaja berlalu.. nak kejar masa memang tak terdaya, sampai aku pernah menangis di sebabkan masa yang terlalu cepat, sedangkan satu kerja pun tak siap, gap utk solat lima waktu terasa dekat2 je.. mungkin aku je terasa macam tu..dan itulah tanda dekatnya hari kiamat.. wala haula wala quwwata iLlah biLlah...

Jauh di sudut hati, rasa macam nak lari dari situasi sekarang..tp nak lari ke mana..hehe, Allah kan ada.. walau di mana jua..di tempat keja ke, di rumah ke.. di perjalanan ke..hatta di hujung dunia sekalipun, Allah kan ada...dan setiap ujian yang diberikan, Dialah yang memberi..Dia juga yang meleraikannya...
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Dan setiap yang berlaku pasti ada asbab dan hikmahnya, yang hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang terasa ingin sahaja kembali ke pangkuanNya dengan cara yang baik, jauh dari dunia..tapi manalah mungkin kan..bila niat untuk lari dari ujian,itu putus asa namanya..sedangkan, Allah benar2 tidak menyukai hamba yang berputus asa dari RahmatNya..ya Allah lindungilah aku dari putus asa.. ya Allah ada.. jangan sedih lagi lepas ni :) amin ya Allah...

Rasa tak sabar untuk menyempurnakan separuh daripada agamaku.. semoga dimudahkan urusan agama kami.. insyaAllah, tak lama lagi aku bakal memegang amanah Allah sebagai seorang isteri...dan cita2 dan impianku tak lain nak jadi isteri yang dicintai Allah, Rasul dan suami..untuk mencapai redha Allah yang selama ini aku dambakan.. tapi aku tak buat persediaan apa pun untuk majlis nanti...macam mana nak buat persediaan..klu hujung minggu masa sentiasa terhad..hehe, bukan setakat weekdays, sabtu pun kena siapkan kerja kat office.. hari minggu nak tenangkan hati dan minda kat rumah.. bila la ada kesempatan..

InsyaAllah, tengah menunggu kepulangan tunang yang jauh di sana.. semoga beliau najah dalam imtihannya yang lepas.. dan semoga dimudahkan tiap urusan agama kami, dimudahkan apa yang sukar bg kami...amin ya Rabb...

No comments: