Sunday, August 24, 2008

Bicara Iman dan Wanita

Bismillahir Rahman nir Rahim..

Segala puji bg Allah yang masih mengizinkan aku masih disini. Segala puji dan Maha Suci Allah yang masih berkenan untuk mengizinkan aku menulis lagi.. Maha Mulianya Allah, Maha Kasih dan Sayang…Selawat dan salam buat Rasul junjungan S.A.W yang terlalu dirindui.. (Semoga seluruh umat yang merinduimu di beri peluang untuk bertemu dgn mu di saat perhitungan azab kelak..amin ya Allah), seluruh para sahabat r.anhum dan sesiapa jua yang mengikuti baginda S.A.W.. semoga dirahmati Allah sehingga ke hari kiamat..

Allahuakbar..dah lama tak bicara iman.. wanita dan iman lebih2 lah lagi..tak mampu untuk dipisahkan, bahkan tak elok untuk dipisahkan.. tingginya martabat seorang wanita adalah disebabkan iman dan malunya (malu sebahagian daripada iman).. mgkn ana tak layak bicara iman di kalangan para sahabat… hanya layak hadir dalam bisikan hati nurani.. tapi percayalah.. ana pun wanita, seluruh sahabat ana adalah wanita (semoga dimuliakan Allah Ta’ala)..adik2 perempuan juga ramai (dan semoga dimuliakan Allah Azza Wa Jalla). Setiap apa yang ana fikirkan menjadi sebab yang hadir dalam hati untuk dikongsi bersama. Setiap ujian dunia yang melanda fikiran wanita..kadang2 sukar untuk dielak. Memikirkan diri sendiri lebih2 lah lagi.. apatah lagi para wanitaku. Ingatlah wahai diri dan para wanitaku, hidupmu cuma sekali.. isilah ia dengan takwa dan yakinlah hanya pada Nya dirimu kembali.

Ingatlah wahai diri dan para wanitaku.. Nabi S.A.W pernah bersabda, “Aku lihat di dalam api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah kaum wanita." Rasulullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapakah terjadinya sedemikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Dan lagi hadis, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “seorang wanita yang menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari berkata: “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah). Fikirkan ia wahai kaum wanitaku, seluruh makhluk di langit dan bumi mengutuk isteri yang derhaka hatta menyakiti hati suaminya mgkn dalam sedar atau tidak. Kita yang tidak memiliki apa2 kat dunia nih sering rasa cemburu dan menyimpan perasaan dendam pada suami atas perempuan lain.. inikan pula sang bidadari syurga yang suci dan dimuliakan Allah… lagilah tak layak :(

Berjagalah.. wahai diri, wahai ibu, wahai anak, wahai ukhti.. ia jelas balasan untuk wanita dan isteri yang derhaka.. Ingatlah wahai kaum ibuku..banyak kan amal, tingkatkan taqwa, banyakkan doa, banyakkan sabar, hanya pada Allah kita kembali…dan orng yang sabar pasti menang disisi Allah… Saudaraku wanita, tingkatkan takwa.. doalah dan doa semoga dikurniakan seorang suami soleh yang mampu membimbing dan mendidik dalam menuju redha dan kasih sayang Allah. Jangan takut dan gentar jika belum bertemu jodoh, ingat lah Dia mengurus hal-hal ghaibmu yang tidak engkau ketahui.. perbaikilah dirimu, dan jaga hubungan denganNya.. ada atau tiada jodoh, bukan urusan manusia..lambat atau cepat hanya Dia yang Tahu hikmah disebaliknya.. Ingatlah, mgkn hikmahnya.. Dia sedang memperbaiki keadaan dirimu dan menebus segala dosa yang telah lalu sebelum engkau nikah.. mgkn Dia ingin memuliakan mu di saat engkau bergelar isteri kelak.. bersyukur la pada yang telah mengurniakannya.. dan mintalah pada yang Memberi….

Wahai diri dan para wanitaku, pelihara auratmu.. hiasi diri dengan akhlak sejati, doa dan menangislah dihadapannya.. sesungguhnya engkau adalah penyebab kepada dosa dunia.. fikirlah dan muhasabah la atas diri.. kepada Allah engkau akan dihadirkan.. tiada siapa yang mampu tolong di hari perhitungan amal kelak… engkau pasti dilupakan manusia saat itu, dilupakan suami, dilupakan anak2..dilupakan ibu, dilupakan ayah..dilupakan org2 tersayang.. Syahdunya.. hanya Allah tempat melutut, mengadu, merayu serta meminta di tika itu.. pertolongan dan Rahmat Allah pasti tiba di saat itu andainya engkau menyerahkan hatimu padaNya di saat kehidupan mu di dunia dahulu.. tapi engkau pasti dilupakanNya andainya tiada cinta dihatimu padaNya ketika kehidupanmu didunia dahulu.. semoga Allah memandangmu dengan pandangan Rahmat di saat itu.. dan bukan pandangan kemurkaan Nya.. semoga ya Allah….

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya takut kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” (Riwayat Al-Bazzar dan At-Tabrani)

Semoga kita digolongkan dalam golongan orang2 yang sedikit..amin ya Rabb

:: Semoga diizinkan untuk bersambung lagi, insyaAllah biizniLlah…

For the sake of ALLAH, you are invited to visit my ukhti’s blog.. care to link this site.. http://uwaish.blogspot.com/ syukran, jazakiLlah khair… semoga bermanfaat untuk para wanita.

No comments: