Tuesday, July 29, 2008

27 Rejab - Peristiwa Israk Mikraj

BismiLlahir Rahman nir Rahim..

Alhamdulillah, segala puji buat Allah yg masih memberi peluang untuk aku mengimbas kembali peristiwa bersejarah dalam kehidupan umat Islam (yg benar2 bersejarah bg ana).. Hari ini tanggal 27 rejab mengingatkan ana pada peristiwa Kekasih Nabi Allah, Rasulullah sallallahu a'laihi wassalam yang telah di perjalankan Allah Subhana wa Ta'ala bermula dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, dan seterusnya dari Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha langit yang ketujuh..subhanallah..Maha suci Allah yang memiliki Kemuliaan dan Keagungan yang telah mengurniakan hadiah yang cukup besar dan bererti buat Nabi S.A.W

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat kelak..Saat hari Qiamat itu pasti.. azab neraka itu benar, syurga itu benar adanya.. Maha suci Allah yang memperlihatkan Kebesaran dan Keagungan-Nya khusus untuk Nabi Kekasih Allah dan umatnya.. atas sebab peristiwa ini, Allah S.W.T berkenan untuk mengurniakan kemuliaan khusus untuk umat Nabi Sallallahu a'alahi wassalam...subhanAllah..

Peristiwa ini berlaku atas sebab kasih sayang dan pujukan Allah Azza Wa Jalla buat Nabi Muhammad S.A.W, yang mana pada masa tuh, Nabi Kekasih Allah mengalami tekanan yang hebat, yang mana ajaran baginda ditolak, bukan sahaja ditolak malah baginda telah dihina, dicerca dengan cukup hebat dari orang2 kafir.. Tamparan yang hebat bila mana dua orng individu yang amat dicintai Nabi S.A.W pergi menghadap Ilahi meninggalkan Rasulullah S.A.W seorang diri dalam keadaan dipulau dan dibenci orang2 kafir. Yakni isteri baginda Khadijah Khuwailid dan Ayah saudara baginda, Abu Talib.

Allahuakbar, sukar digambarkan kehidupan dan perasaan baginda S.A.W di waktu itu.. hanya Allah tempat mengadu, hanya Dia yang Tahu..dan Dia benar2 Mengetahui..Dia benar2 Melihat setiap urusan hamba-Nya..Atas sebab Kasih Sayang-Nya buat Nabi S.A.W, peristiwa Israk Mikraj berlaku..

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra' - ayat 1)

Terasa sayu bila mengenang peristiwa dan kenangan itu. Selawat dan salam ke atas Baginda rasulullah Sallallahu a'alaihi wassalam...berserta ahli keluarga baginda, seluruh para sahabat dan tabi'in dan sesiapa sahaja yang mengikuti baginda...

1001 ketaakjuban yang dilihat Baginda S.A.W ketika diisrakkan sampai ke Sidratul Muntaha, langit yang ketujuh. Antara peristiwa yang terlalu menyentuh hati ana dalam peristiwa itu adalah mengenai wanita.. semoga menjadi iktibar dan pengajaran bagi wanita Muslim dan ramainya penduduk wanita adalah 2/3 daripada penduduk dunia ini..:( wallahu 'alam

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj tersebut, Nabi S.A.W telah melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu baginda S.A.W bertanya kepada Jibril alaihissalam mengenai kawasan tersebut. Jibril menjawab, "Itulah Makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau adalah pengasuh anak Firaun LaknatuLlah, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat yang kuat, dan jiwa keislaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu ketika, Masyitah sedang menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan Allah, dia bertanya kepada Masyitah siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah Tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyitah. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."

Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda S.A.W turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah S.A.W menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda S.A.W diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda S.A.W ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi
iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.


Selain itu, Baginda S.A.W melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda S.A.W juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

:.Sumber.: http://www.rakanmasjid.com/modules/news/article.php?keywords=rejab&storyid=26

Terlalu banyak peristiwa yang dirakam sempena peristiwa ini menurut banyak hadis sahih.. tapi ana hanya selitkan peristiwa besar yg mengaitkan wanita sahaja.

Nabi s.a.w bersabda: "Aku meninjau dalam syurga dan melihat kebanyakan ahlinya adalah org2 yg faqir. Aku meninjau ke dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita". (HR Bukhari dan Muslim)

Mengenangkan sabda Nabi S.A.W, jiwa terasa lemah..dan berkata "akulah penghuninya". Semoga Engkau mengampuni segala dosa2 kami yang lemah ini. Bimbinglah kami ke jalan Redha-Mu..Janganlah kiranya Engkau biarkan kami hanyut dalam dakapan dunia.. andainya kami dibiarkan, sungguh amat celaka lah kami. Hanya Engkau tempat mengadu. Semoga Engkau mengampuni seluruh dosa2 para kaum wanita dan seluruh umat Nabi S.A.W keseluruhannya..

“Sekiranya pada hari kiamat nanti diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam neraka kecuali seorang.” Maka saya masih menaruh harapan dengan rahmat Allah S.W.T bahawa yang seorang itu ialah saya. Jika diisytiharkan, “Masukkanlah semua manusia ke dalam Syurga kecuali seorang. “Maka saya takut bahawa kerana kelemahan amal perbuatan saya, mungkin yang seorang itu ialah saya.” Umar r.a (wallahu'alam)

No comments: