BismiLlah…walhamduliLlah…
Nak bercerita sikit…petang tadi jalan2 di Bandar Temerloh…bukan
lah jalan-jalan…tapi nak kena bayar sewa kereta, bil telefon, dan ke
klinik..kesian encik zauji… menderita kesakitan…ya Allah, semoga dengan
kesakitan yang Engkau beri buat suamiku, akan terhapus dosa-dosanya yang telah
lalu, sama ada dosa-dosa besar, mahupun dosa-dosa kecil…amin ya Rabb…Ayah
mertua pun ikut sekali, mak mertua pun sama…ayah nak ke klinik juga sebab rasa
sakit-sakit…beliau tak berapa sihat semenjak 2 bulan yang lalu…semoga Allah
sembuhkan ayah mertuaku…amin ya Rabbi…
Sebenarnya, semenjak menjadi ibu ni…saya mendapat satu
tabiat pula…tak tahu lah tabiat baik ke tabiat buruk…huhu..yang mana saya ni
pantang betul la tengok kedai or Butik Bayi…Allahuakbar…pantang jumpa, mesti
serbu… tak la bershopping sakan pun…Cuma sukanya lah nak tengok…Apa yang
menjadi kegilaan saya ialah baby’s accessories such as for breastfeeding, for baby’s
healthy, feeding, drinking…nak2 pulak Mahfuzah dah boleh makan sekarang…. suka
tengok peralatan makan2nya.. minum2nya.. tapi, memang my baby perlukannya…Cuma saya
ni agak pemilih nak yang berkualiti sangat, even harganya agak mahal…tapi bagi
saya, biar lah berkualiti..saya sebagai ibu akan berpuas hati bila anak merasa
selesa..dan sentiasa sihat…Apa pun, sakit dan sihat datangnya dari Allah…sebagai
parents, berikan lah mana yang baik kan..
Tadi singgah lah ke Tunas Manja, Temerloh…hajat ayah mertua
nak cari durian belanda untuk penawar kanser… rupanya dalam Tunas Manja pun ada
butik bayi…seronoknya…dah lama saya mencari kedai baby pelbagai brand kat
Temerloh ni tapi tak jumpa…walaupun macam2 brand ada…tapi tak la lengkap…so
saya cuci mata je tadi…
Walaubagaimanapun, sempat lah beli barang ni…dah lama sangat
nak beli…nak beli online…mahal pula…so, bila jumpa brand ni saya terus ambil…
benda
ni ialah digital thermometer..digunakan untuk mengesan sama ada bayi memiliki
suhu badan yang tinggi atau tidak…pendek kata, ia digunakan untuk nak tau sama
ada baby demam atau tidak…memandangkan tempat tinggal saya jauh dari klinik…so,
ia merupakan satu keperluan buat Mahfuzah…alhamduliLlah,…
Sebenarnya 2 minggu lepas, saya ada beli storage bottle for
express breastmilk…alhamdulillah sangat berbaloi membeli belah online di e-mumshop.com.. AlhamduliLlah rezeki Allah buat Mahfuzah bila Ummi dah mula buat
stok breastmilk awal bulan Mei lepas…so storage bottle yang berjumlah 10 botol
tu habis ummi gunakan…then, guna liners pulak…tapi fikir2, memang perlu juga
beli storage bottle.. Alhamdulillah, order hari ini..esoknya barang pun sampai…ape
lagi, rasmi la botol2 tu keesokan harinya :)
Bumble Bee Bottle Storage
MLO's Bottle storage
Last but not least, walaupun entry ni macam tak de faedah…tapi
saya harap ia amat berfaedah dan bermanfaat buat ibu-ibu yang berkejaya yang
ingin memberikan yang terbaik untuk anak2…entry ni sebagai satu sokongan untuk
ibu-ibu khasnya ibu yang menyusukan..ingatlah, anak2 amanah Allah untuk
kita..kita lah yang mencorak anak2 kita sama ada ingin menjadi yahudi atau
nasrani…wallahualam