Wednesday, June 6, 2012

Anak oh anak...


BismiLlah…walhamduliLlah…

Nak bercerita sikit…petang tadi jalan2 di Bandar Temerloh…bukan lah jalan-jalan…tapi nak kena bayar sewa kereta, bil telefon, dan ke klinik..kesian encik zauji… menderita kesakitan…ya Allah, semoga dengan kesakitan yang Engkau beri buat suamiku, akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu, sama ada dosa-dosa besar, mahupun dosa-dosa kecil…amin ya Rabb…Ayah mertua pun ikut sekali, mak mertua pun sama…ayah nak ke klinik juga sebab rasa sakit-sakit…beliau tak berapa sihat semenjak 2 bulan yang lalu…semoga Allah sembuhkan ayah mertuaku…amin ya Rabbi…

Sebenarnya, semenjak menjadi ibu ni…saya mendapat satu tabiat pula…tak tahu lah tabiat baik ke tabiat buruk…huhu..yang mana saya ni pantang betul la tengok kedai or Butik Bayi…Allahuakbar…pantang jumpa, mesti serbu… tak la bershopping sakan pun…Cuma sukanya lah nak tengok…Apa yang menjadi kegilaan saya ialah baby’s accessories such as for breastfeeding, for baby’s healthy, feeding, drinking…nak2 pulak Mahfuzah dah boleh makan sekarang…. suka tengok peralatan makan2nya.. minum2nya.. tapi, memang my baby perlukannya…Cuma saya ni agak pemilih nak yang berkualiti sangat, even harganya agak mahal…tapi bagi saya, biar lah berkualiti..saya sebagai ibu akan berpuas hati bila anak merasa selesa..dan sentiasa sihat…Apa pun, sakit dan sihat datangnya dari Allah…sebagai parents, berikan lah mana yang baik kan.. 

Tadi singgah lah ke Tunas Manja, Temerloh…hajat ayah mertua nak cari durian belanda untuk penawar kanser… rupanya dalam Tunas Manja pun ada butik bayi…seronoknya…dah lama saya mencari kedai baby pelbagai brand kat Temerloh ni tapi tak jumpa…walaupun macam2 brand ada…tapi tak la lengkap…so saya cuci mata je tadi…

Walaubagaimanapun, sempat lah beli barang ni…dah lama sangat nak beli…nak beli online…mahal pula…so, bila jumpa brand ni saya terus ambil…



benda ni ialah digital thermometer..digunakan untuk mengesan sama ada bayi memiliki suhu badan yang tinggi atau tidak…pendek kata, ia digunakan untuk nak tau sama ada baby demam atau tidak…memandangkan tempat tinggal saya jauh dari klinik…so, ia merupakan satu keperluan buat Mahfuzah…alhamduliLlah,…

Sebenarnya 2 minggu lepas, saya ada beli storage bottle for express breastmilk…alhamdulillah sangat berbaloi membeli belah online di e-mumshop.com.. AlhamduliLlah rezeki Allah buat Mahfuzah bila Ummi dah mula buat stok breastmilk awal bulan Mei lepas…so storage bottle yang berjumlah 10 botol tu habis ummi gunakan…then, guna liners pulak…tapi fikir2, memang perlu juga beli storage bottle.. Alhamdulillah, order hari ini..esoknya barang pun sampai…ape lagi, rasmi la botol2 tu keesokan harinya :)

Bumble Bee Bottle Storage

 MLO's Bottle storage

Last but not least, walaupun entry ni macam tak de faedah…tapi saya harap ia amat berfaedah dan bermanfaat buat ibu-ibu yang berkejaya yang ingin memberikan yang terbaik untuk anak2…entry ni sebagai satu sokongan untuk ibu-ibu khasnya ibu yang menyusukan..ingatlah, anak2 amanah Allah untuk kita..kita lah yang mencorak anak2 kita sama ada ingin menjadi yahudi atau nasrani…wallahualam

Sunday, June 3, 2012

Ilmu Penyusuan

BismiLlahir Rahman nir Rahim...

Alhamdulillah tiap nikmat Allah...masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang hamba, sebagai seorang isteri dan ibu...alhamdulillah...Lukluk Mahfuzah dah genap 6 bulan 12 hari...bererti Ummi dah berjaya melaksanakan penyusuan selama 6 bulan buat permata hati kami...walaupun pelbagai ujian yang diberi...kadang2 berlinang air mata bila datang ujian semasa tempoh penyusuan 6 bulan..tapi berkat sokongan dan kasih sayang suami yang tercinta... alhamdulillah ummi dapat melaksanakannya.. dan yang pasti Allah benar2 Maha Mendengar rintihan hati saya dan memberi saya peluang yang berazam kuat untuk melaksanakan penyusuan buat si kecil..

Kenapa saya beriya2 untuk menyusukan si kecil saya? persepsi orang kadang2 melihat ia sebagai asing, sebagai kolot dan yang paling menyedihkan ada yang menganggap ia sebagai bahan lucah..bila si ibu menyatakan yang beliau seorang ibu yang tegar menyusukan anak dan menunjukkan hasil2 perahan di laman Facebook..ya Allah, sungguh menyedihkan....

Di awal kehamilan saya lagi, memang saya sangat sayangkan bakal cahaya mata yang Allah ciptakan buat kami suami isteri..dan saya bertekad untuk mendidik anak2 saya kelak agar menjadi insan yang taat dan patuh pada setiap perintah Allah dan RasulNya...menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya..sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada hamba-Nya...dan saya beranggapan salah satu didikan yang paling baik ialah menyusukan bayinya dengan susu ibu nya yang mulia...bukan dengan susu tepung tiruan manusia..

Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud,

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan
.”


Allah memerintahkan setiap wanita yang bergelar ibu untuk menyusukan anak-anaknya... SubhanAllah...siapa yang tak nak redha Allah kan, siapa yang tak nak pahala dari Allah kan, setiap ibu menginginkan setiap anaknya menjadi baik, soleh, solehah...Begitulah saya juga...semoga dengan didikan awal ini, dapat menjadikan saya seorang ibu yang sentiasa peka untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan ini pada anak2...amin ya Rabb....


Friday, May 4, 2012

Saya seorang umi, ibu, mama..

BismiLlah...walhamduliLlahi a'la kulli hal

Terfikir untuk menaip sedikit coretan... alhamduliLlah, masih di izinkan Allah untuk menaip sesuatu di sini..tatkala encik suami sedang lena di buai mimpi, ditemani si kecil Lukluk... alhamduliLlah atas tiap nikmatMu ya Rabbi..

Sedar tak sedar, dah 5 bulan saya bergelar ibu.. Pengalaman yang terindah bagi setiap ibu yang pernah mengalaminya.. Masa mengandung dulu, walaupun sedar ada baby kat dalam tapi perasaan kasih dan sayang tu tak sekuat bila dah melahirkannya.. alhamduliLlah..Bila dah bergelar ibu ni, macam2 perasaan yang Allah kurniakan.. perasaan rindu kat ibu saya, perasaan sayang kat ibu, perasaan sayu dan syahdu, tabah, sabar.. manja pun ada juga...bukan manja mengada2 tak bertempat tu ye...tapi macam ada perasaan sensitif...sikit je nak berasa hati...tak tahu la klu semua wanita begitu, ataupun saya je yang mengalaminya.. tapi bukan semua org tahu perasaan tu...kalau boleh dipendam, biarlah saya pendam tak perlu beritahu pada sesiapa... :)

Dulu, saya pernah terfikir apa perasaan jadi ibu? setiap kali soalan tu saya tanya pada ibu2.. mereka akan jawab, tak boleh nak gambarkan perasaan tu..sekarang baru saya faham perasaan tu.. sebab saya dah pun milikinya.. tapi bukan semua orang ada perasaan tu.. sebab masih ada lagi yang sanggup mensia2kan nyawa si kecil yang tak berdosa tu ;( setiap kali saya tengok insiden kes pembuangan bayi, kes penderaan bayi..memang saya tak boleh nak sembunyikan perasaan saya.. tengah menaip ni pun saya sebak memikirkan nasib si kecil yang tak tahu apa2..tapi dah diperlakukan dengan kejam.. Allahu Rabbi, sayangilah mereka... "pelihara lah anakku dari setiap kejahatan dan fitnah di muka bumi ini.. hanya Engkau tempat kami berlindung dan meminta pertolongan.. Jadikan lah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehah, penyejuk hati kami, penawar duka kami..amin ya Rabbi"

 Sayang baby.. tak tergamak nak mengapa2kan mereka ni :(

Saya terfikir juga, macam ni la perasaan ibu saya semasa saya masih kecil :( kesian mama, bertungkus lumus menjaga kami, mendidik kami, menyayangi kami, mengasihi kami.. rindunya.. bapa pula bertungkus lumus mencari rezki, memberi perhatian pada kami.. rindunya.. bila lah dapat jumpa lagi...:( "Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku, sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangi kami semasa kami kecil...amin ya Rabbi... "

Terima kasih yang tak terhingga buat mama dan bapa kerana masih sudi menyayangi kami dari kecil hingga lah dewasa, buat suamiku yang dicintai...terima kasih atas setiap pengorbanan, kasih dan sayang yang diberi sejak kita diijab kabulkan..segala jasa dan kebaikan abang hanya Allah yang dapat balas..Aku mencintaimu semenjak kita disatukan dan ianya tak pernah berubah... sayang nak abang tahu, tiada yang aku inginkan melainkan mu..di dunia ini dan insyaAllah di akhirat juga..amin ya Rabbana.. (terjiwang pulak..hehe).. buat anakanda yang amat umi kasihi.. kaulah penyeri hidup umi dan abi.. cinta hati kami, rindu kami...semoga Allah sentiasa memeliharamu, semoga menjadi anak solehah...umi sayang Lukluk Mahfuzah Saiza...

::time to sleep, insyaAllah andainya diizinkanNya..nanti sambung lagi..rindu juga nak berblog.. hehe, cuma dah tak reti nak buat ayat..


Wednesday, May 2, 2012

wajah baru, post baru..

Bismillah...walhamdulillah...

Wah lama sungguh la tak update blog ni...dekat setahun, jangankan update, jenguk pun tak berkesempatan.. sian blog saya ni.. ada masa skit ni, sempat la bagi wajah blog ni bertukar...

Terfikir juga nak post topik2 pasal agama, petua or family's stories.. tapi tu lah memang tak berkesempatan lebih2 lagi semenjak mendapat my sweet litle darling ni... kalau ada kesempatan nak online pun, tengok FB dulu..

Kepada yang masih sudi buka and baca blog ni, especially my loyal friend and reader, Aima.. insyaAllah saya cuba untuk mengupdate blog ni dengan entry2 yang boleh di share dan semoga ianya mendapat manfaat pada semua :)

Thursday, June 16, 2011

Rehlah Cuti Sekolah

Bismillah....

Segala puji bagi Allah yang masih melihat kami, masih sudi melimpahkan rahmatNya yang maha Luas.... 28 Mei yang lalu, sempena bermulanya cuti sekolah, saya dan suami berkesempatan mengikuti ESP (Eksklusif Sehari Bersama Tuan Pengarah Hj Ismail). Pengarah Urusan HPA Produk Halal Tanggungjawab Bersama. Sebelum daftar kursus agak malas juga nak pegi, tapi memandangkan Encik Zauji dah mendaftar awal seorang diri, saya pun beriya iya juga nak turut serta.. mana boleh ketinggalan... Alhamdulillah, menarik sangat pengisian yang disediakan oleh pihak pengurusan HPA.. berbekalkan produk yang semakin mantap, dan ucapan oleh senior2 HPA menarik minat saya dan suami untuk cuba meneruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi Islam.

Saya terkesan dengan kata2 Hj Ismail, dalam meluaskan pasaran islam kena banyak sabar, niatkan kerana Allah, bukan keuntungan semata. Kalau niat kerana Allah, insyaAllah pasti kita sabar dan tak putus asa.. Kalau niat kerana keuntungan, memang jadi tak sabar dan mudah putus asa. InsyaAllah walaupun kami belum mampu menjadi pengedar, semoga dengan penggunaan produk Muslim ni dapat membantu ekonomi Islam yang semakin mendapat sambutan ini..insyaAllah amin, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan pada kami..dan kurniakan kami rezeki yang baik lagi halal.. Tak dapat ambik gambar ari tu, disebabkan kamera hp tak canggih.. :)

Apepun, sedikit kisah mengenai persekitaran Kursus ESP hari tu.. Sila point di sini http://www.hpa.com.my/hpaic/?p=2346

Sebenarnya, nak cerita tentang balik kampung..hehe.. 30hb tu saya bersama Encik Suami dan baby dalam perut ummi ni alhamdulillah berkesempatan untuk balik ke kampung di Sabah.. wah seronok tak terkira walaupun banyak duduk rumah. Sekurang2 nya dapat jumpa keluarga yang dikasihi yang dah setahun tak jumpa. Semoga Allah panjangkan umur kami, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan dapat lagi berjumpa keluarga tersayang di lain masa.

Cuti 2 minggu rasa tak puas je, tapi memikirkan ada amanah Allah yang diberikan yang masih perlu diteruskan, kami pun kenalah balik.. Alhamdulillah walaupun rasa tak puas, tapi dengan Kasih SayangNya, dapat juga kami merumpun kasih, mengerat sillaturrahim bersama keluarga tersayang. Semoga Allah peliharan keluarga kami di dunia dan di akhirat, amin ya Rabb...

Kat sini, kami di geget2 oleh sang Ikan kelah..comel2 depa ni.. tak dapat tunjuk gmbr, sebab tak jelas.

Aida dan Fika pose di Ladang Teh, Ranau

::Gambar ni aje yang dapat share :) wassalam

Wednesday, May 25, 2011

Coretan Bulan Mei dedikasi untuk Suami yang Dicintai

Bismillahir Rahman nir Rahim..

Alhamdulillah..dengan kurniaNya, dapat lagi aku mencoret sepatah dua kata.. agak lama aku tak menulis apa2 di sini...huhu.. sebenarnya tak tau nak tulis apa, idea pun berkurangan... tapi atas permintaan Encik Habibi Zauji (suami kesayanganku), yang berkenan untuk mengikuti blog ku ni...so aku pun cubalah tunaikan :) Dia berpesan supaya tulis la apa2 pasal kisah aku seharian ke, kongsi hati ke perasaan ke.. hehe, ade2 je... aku ni bukannya pandai berkongsi kisah hati dan perasaan...dah macam diary pulak ye... tapi tak pe la...semoga apa yang bakal di kongsi dalam blog ni bermanfaat sama ada utk penulis mahupun pembaca sekalian...

Baru tadi aku bersembang dengan adik2 melalui Skype.. dapat lah tgk video call.. rasa rindu tak terkata, lama tak jumpa...insyaAllah kalau tak de aral, tak lama lagi jumpa la sempena cuti sekolah ni...semoga mereka sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah Ta'ala hendaknya..

Alhamdulillah... aku kini dah hamil 14 minggu. Syukur atas kurnia dan rezekiNya. Ya Allah kurniakan kami zuriat2 yang soleh dan solehah, bakal pembela agamaMu, penyejuk hati kami, yang dapat mendoakan dan mensyafaati kami kelak..amin ya Rabb... Abi tak de selama 3 hari ini.. Rasa macam nak terbang ke Muazam bila dapat tahu Abi sakit tak daya nak bangun.. :( kesian.. sembuhkanlah sakit suamiku..pelihara la suamiku... jadikanlah kesakitan kami sebagai penebus untuk segala dosa2 kami yang telah lalu... Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...amin ya Rabbana...

Tuesday, September 28, 2010

Bayan Masturat

BismiLlahir Rahman nir Rahim..

Terlalu banyak kepentingan dan kelebihan wanita. Apa yang saya sampaikan di sini adalah diperoleh dari Risalah buku kepentingan dan kelebihan wanita, Edisi tambahan nasihat dari Maulana dan Professor. Buku ni saya beli dari Masjid Sri Petaling, warna hijau. Jarang saya dapati isinya di buku-buku yang lain...Buku risalah ini telah disalin, diterjemah, disusun, disebar, ditulis, ditaip dan sebagainya atas maksud supaya ummat islam faham tentang kepentingan masturat (wanita) dengan cara apa sekalipun. (Mudah-mudahan Allah merahmati mereka didunia ini dan akhirat..amin ya Rabb)

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

4. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susuyang diberikannya.

5. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayannya dengan baik, dia akan mendapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami pula melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah s.w.t akan memandang mereka dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dijalan Allah s.w.t, dan kemudian menjaga rumahtangganya, mereka akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dari Permata Yaqut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah S.W.T memberinya 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "BISMILLAH", didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli/kamil tepung dengan bacaan "BISMILLAH", Allah s.w.t akan memberkati rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai BaituLlah.

13. Wanita yang menjaga solatnya, puasanya, dan taat kepada suaminya, ALlah s.w.t mengizinkannya masuk ke Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

14. Pahala bagi wanita hamil:
- Seperti berpuasa pada siang hari.
- Seperti beribadat pada malam hari.

15. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah s.w.t akan beri satu pahala haji.

16. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

17. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

18. Apabila seorang wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib baginya.

19. Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Seorang isteri yang memicit suami tanpa disuruh memperolehi pahala 7 tola emas manakala isteri yang memicit suami apabila disuruh akan memperolehi pahala 7 tola perak.

21. Wanita yang meninggal dunia dengan mendapat keredhaan suaminya, dia akan memasuki Syurga.

22. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

23. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya, dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Seluruh manusia akan dipanggil untuk melihat Wajah Allah S.W.T di akhirat tetapi Allah sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah (tetap).

25. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah S.W.T memberi padanya setengah pahala jihad.

26. Allah S.W.T memberkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

27. Allah S.W.T akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

28. Kepada wanita yang tidak menutup auratnya, Allah S.W.T berfirman "Hiduplah dengan apa yang kamu suka."

29. Dua orang yang bersolat tidak naik melebihi kepalanya ialah:
- Seorang hamba yang tidak patuh kepada tuannya.
- Seorang isteri yang tidak taat pada suaminya.

30. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir seolah-olah dia membersihkan Kaabah.

31. Selepas seorang wanita melahirkan anaknya, Allah S.W.T menyediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa, dan setiap kesakitan melahirkan anak itu, Allah S.W.T memberi pahala haji mabrur.

32. Apabila seorang wanita yang melahirkan anak dan dia meninggal dunia maka dikira sebagai mati syahid.

33. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang mafhumnya: "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa FisabiliLlah. Apabila dia terasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Apabila telah melahirkan anaknya dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Apabila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam FisabiliLlah dengan ikhlas." (Hadis Riwayat Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)

34. Mengenai layanan terhadap suami, RasuluLlah S.A.W bersabda kepada anaknya Fatimah r.anha yang bermaksud, "mana-mana wnita yang melayan suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air Syurga dan dia diringakan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia memperolehi taman-taman seperti taman Syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa Neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Wallahualam bissawab...semoga kita mampu beramal dalam kebaikan..amin ya Rabb

Sumber: Sedutan Fadhilat dari Bayan Masturat oleh Maulana Syed Ahmad Khan (Pakistan)